YBK tidak perlu tiru politik jahat

Tuesday, February 2, 2010
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) tidak perlu meniru perlakuan politik jahat (gutter politics) dengan mengajar kanak-kanak di bawah jagaan mereka untuk memburuk-burukkan menteri besar mereka sendiri. Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin berkata, YBK sepatutnya menunjukkan teladan yang baik kepada kanak-kanak yang masih mentah.
“Apakah kaitan kehidupan kanak-kanak ini dengan isu pembinaan kampus UiTM yang YBK sendiri terpaksa lupakan kerana tidak cukup pembiayaan?” tanya beliau.
Sehubungan itu, pihaknya memandang serius tindak-tanduk YBK memperalatkan kanak-kanak dari Arama Kasih, Serendah untuk meraih simpati masyarakat dalam usaha melawan Menteri Besar Selangor daripada mengambil tindakan undang-undang.

Ini berikutan ketidakupayaan YBK membayar cukai taksiran yang telah tertunggak selama lapan tahun berjumlah RM5.6 juta.
Beliau berkata, YBK tidak perlu lari daripada menjelaskan bayaran cukai taksiran itu kepada Kerajaan Negeri Selangor atau menerima tindakan undang-undang seperti mana pemilik tanah yang tidak membayarnya.
“YBK terpaksa akur bahawa mereka tidak boleh terlepas dari tindakan kerajaan negeri yang berusaha menjalankan pentadbiran yang cekap dan telus,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Beliau berharap agar isu itu diselesaikan secara profesional oleh pihak pengurusan YBK dengan kerajaan negeri tanpa perlu dipanjangkan dengan isu-isu yang tidak berkaitan.
Pihaknya juga berharap untuk mendapat tindakan daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terhadap perbuatan YBK yang memperalatkan kanak-kanak di bawah jagaan mereka untuk tujuan yang menyalahi undang-undang.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]