Himpunan Bersih sekali lagi

Friday, February 25, 2011
Pakatan Rakyat memberi peluang kepada BN untuk mengubah kelamahan mereka dan tidak mustahil himpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) akan berulang bagi menuntut pilihan raya yang adil.
"Kita mahu BN membetulkan kelemahan-kelamahan ini. Kita masuk pilihan raya kecil sebab nak tengok sejauh mana BN membuat perubahan.
"Kalau BN tak mahu buat perubahan, bila umur panjang dia nyanyuk dan akan jatuh akhirnya. Kami masih memberi peluang kepada BN untuk membuat perubahan dalam demokrasi.
"PAS akan mencadangkan satu himpunan Bersih sekali lagi untuk mendesak kerajaan membuat perubahan ke arah demokrasi dan pilihan raya yang adil," tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika ditemui pemberita di Majlis Pengisytiharan Calon PRK Dun Merlimau di Markas Solihin, dekat sini, malam tadi.

Yuhaizad di Merlimau, Hassanuddin di Kerdau

PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.
Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.
Di JASIN, pemilihan Yuhaizad (kanan) selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS dan PKR, Datuk Mustafa Ali dan Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Ketua AMK dan Dapsy Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin dan Loke Siew Fook serta Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Mari Kenali Calon Pakatan Rakyat N27 Merlimau..!!


Profile Calon

Latarbelakang

- Tuan Hj Yuhaizad bin Abdullah dilahirkan pada tanggal 17hb Oktober 1973 di kampong barok Jasin Melaka.
- Beliau merupakan anak ke-4 daripada 5 orang adik-beradik.
- Bapanya Abdullah bin Hj Jumat merupakan bekas Tok sidang kampong chinchin manakala ibunya Hajah Fatimah bt Hasan seorang surirumah sepenuh masa dan merupakan anak kepada imam Hj Hassan Bin Wahab bekas imam kpg chinchin.

Ikhwan tubuh Parti Kebebasan dan Keadilan

Thursday, February 24, 2011
Pembangkang terbesar Mesir, Ikwan Muslimin menubuhkan parti politik mereka bernama “Parti Kebebasan dan Keadilan” atau dalam bahasa arabnya "Huriya wa Adala" bagi bertanding pada pilihan raya umum negara itu nanti.
Keputusan tersebut diumumkan oleh Mursyid Am gerakan itu, Dr Muhammadd Badie pada satu sidang akhbar semalam dan kenyataan tersebut turut disiar pada laman web rasmi pertubuhan itu.

Muhammadd Badie berkata, keputusan menubuhkan parti tersebut bukanlah perkara baru, bahkan ia adalah keputusan Majlis Syura sejak dahulu yang memutuskan bahawa jemaah Ikhwan Muslimin akan menubuhkan sebuah parti politik untuk jemaah tersebut.

"Langkah ini merupakan respon kepada hasrat rakyat Mesir ke arah memiliki masa depan yang lebih baik dan gemilang serta mengembalikan peranan, kedudukan dan kepimpinan Mesir itu sendiri yang telah diukir oleh sejarahnya yang terbilang," katanya.

Beliau turut memaklumkan keanggotaan parti itu adalah terbuka untuk semua orang Mesir yang mahu menerima program serta perjuangan mereka untuk menjaga kebajikan rakyat Mesir.

Kabinet parti itu juga jelasnya, akan diumumkan segera selepas segala persiapan selesai manakala langkah-langkah awal akan diambil untuk mengesahkan pendaftarannya.

Beliau juga berkata bahawa sebuah biro telah ditubuhkan untuk menyiapkan perlembagaan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan penubuhan parti tersebut.

Ikhwan juga telah mengesahkan bahawa ia tidak keberatan untuk memilih wanita atau penganut kristian Koptik sebagai anggota kabinet tetapi merasakan belum sesuai untuk mencalonkan mereka sebagai ketua parti.

Pilihan Raya Umum Mesir bakal diadakan selewat-lewatnya dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

BOB LOKMAN & PAS : alhamdulillah

Wednesday, February 23, 2011
Sumber dari blog Bob Lokman : http://boblokman.blogspot.com/

Setelah aku melalui segala jalan syahwat, ALLAH memberikan aku gambaran AKHIRAT. Maka aku mula berjalan mencari kebenaran dan semalam 16 Rabi'ul awal, aku melangkah masuk kedalam gerbang hijau yg bertonggakkan Ulama' yg sangat ditakuti oleh pencinta dunia.
Mengalir airmata bila borang ahli disambut oleh DS Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah. Biar pun aku bukan sesiapa dikalangan orang PAS, tapi aku dapat merasakan kehangatan persaudaraan yg dihulurkan oleh mereka. Aku menjadi insaf dikalangan anak2 muda PAS yg rugged tapi ikhlas dalam perjuangan dan aku merasa amat malu diperhatikan oleh mereka bilamana aku merasa seperti seluruh hidup aku sebelum ini diselubungi syahwat keduniaan hingga aku merasa aku teramat tua dikalangan mereka. Terlintas juga dibenak ku, mungkin kerana anak2 muda inilah orang bijak pandai seperti Mahathir menolak PAS.

Siswa berang: Kemenangan pro-M dibatalkan

Lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.

NONEMenurut jurucakap pelajar berkenaan, Ahmad Shukri Kamaruddin, semua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan.

"Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin" kata Ahmad Shukri.

Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.

Kumpulan pro-M menganjurkan bantahan mereka sebaik menerima keputusan pembatalan kemenangan mereka sejak jam 10 malam semalam. Setkat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.

NONEPelajar juga meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan timbalan naib canselor apabila beliau tiba di pejabatnya pagi ini.

Satu mesyuarat kemudian diadakan dengan lima daripada calon yang terbabit itu.

"Kami juga menghubungi Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berhubung perkara tersebut. Beliau melahirkan rasa kecewa yang perkara ini berlaku dan berjanji menghubungi pihak universiti,” kata said Ahmad Shukri.

Liwat II: Ahli kimia akui tidak patuhi piawaian

Monday, February 21, 2011

Ahli kimia dan pakar DNA Dr Seah Lay Hong hari ini mengakui beliau tidak mengikuti piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Society of Forensic Genetics ketika menyediakan laporan berhubung ujian DNA pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEBeliau mengakui meskipun menganggotai pertubuhan itu tetapi tidak mematuhi apa yang dinyatakan pada jurnal berkenaan.

"Saya tidak mematuhi peraturan antarabangsa tetapi sejak itu, ia mungkin telah berubah,” katanya.

Dr Seah juga tidak bersetuju bahawa beliau berat sebelah dalam menyediakan laporan dan berkata ia disediakan berdasarkan maklumat yang dibekalkan kepadanya.

“Berdasarkan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan dalam jurnal ini, awak tidak mengikuti ataupun mematuhinya,” kata peguambela Ram Karpal Singh.

“Saya tak setuju,” balas Dr Seah.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian menyoal doktor itu mengapa beliau gagal mematuhi arahan tersebut tetapi Seah gagal menjawab soalan berkenaan.

Pelajar UM Diculik

Friday, February 18, 2011
Wednesday, February 16, 2011

Kebangkitan Anak Muda 30K di Kedah

1. Hanya tinggal  beberapa hari sahaja lagi masa untuk Pemuda PAS dari seluruh negara berkumpul di Negeri Kedah Darul Aman dalam kekuatan 30 ribu tenaga sebagai persiapan dan pecutan akhir menggalas agenda Kebangkitan Anak Muda Negara menuju perubahan. Tema himpunan 30K Pemuda PAS ini ialah " Masa Untuk Berubah : PAS Sedia Ganti UMNO " .

2. Ironisnya, himpunan ini akan berlangsung seminggu selepas dunia menyaksikan kejayaan kebangkitan generasi muda di bumi Mesir yang membawa kejatuhan Regim Hosni Mubarak yang telah memerintah sejak 30 tahun yang lalu. Pastinya semangat anak - anak muda di negara utara Afrika itu telah menular ke seluruh dunia untuk membangkitkan kesedaran serta keinsafan rakyat menolak regim yang zalim . Saya percaya, semangat dan kesedaran yang sama juga telah sampai ke negara kita dan kini anak - anak muda pula bersedia untuk bangkit menggantikan pemerintahan UMNO dan BN yang telah memerintah negara sejak 50 tahun yang lalu dengan memberi mandat kepada PAS dan PRsebagai pemerintah, pentadbir dan pengurus negara yang baru menjelang PRU yang akan datang.

Ikhwan cadang tubuh parti

Ikhwan Muslimin Mesir berkata, mereka akan menubuhkan parti politik di negara itu jika diberi kebebasan berpolitik.

Ahli Biro Politik pertubuhan itu, Mohammed Mursi, berkata Ikhwanul Muslimin yakin dalam suasana negara itu kini, mereka akan dibenarkan menubuhkan parti politik, lapor AFP.

“Halangan ke atas Ikhwanul Muslimin mencapai matlamatnya sebelum ini adalah undang-undang negara yang mewajibkan penubuhan parti politik mendapat persetujuan Parti Demokratik Nasional (pimpinan Hosni),” katanya kepada media, semalam.

Mereka turut mendakwa waktu ini adalah peluang terbaik selepas Hosni Mubarak yang mengharamkan kumpulan itu disingkirkan.

Menjadi kumpulan pembangkang paling berpengaruh dan tersusun di Mesir, Ikhwanul Muslimin meyertai pilihan raya atas kapasiti calon bebas.

Pada 2005, mereka menggunakan slogan 'Islam Adalah Penyelesaian' dan berjaya memenangi 20 peratus kerusi di Parlimen.

Bagaimanapun, Ikhwan Muslimin memboikot pilihan raya umum terbaru tahun lalu kerana rejim Hosni terbabit dalam penyelewengan bagi memastikan mereka kekal berkuasa.

Walaupun menyertai protes besar-besaran baru-baru ini, Ikhwan Muslimin menyatakan, mereka tidak akan menyertai pilihan raya presiden bagi menggantikan Hosni.
Difahamkan hanya Ikhwan Muslimin sahaja yang bersedia menghadapi pilihan raya dalam masa terdekat.
Pada masa sama, mereka dicurigai Barat dan kumpulan sekular kerana dibimbangi melaksanakan undang-undang Islam jika berkuasa nanti.

Bagaimanapun, Ikhwan Muslimin menafikan dakwaan itu dan bertegas menyokong tuntutan demokrasi menyeluruh di Mesir.

Ulama muktabar dunia Islam Sheikh Yusuf Al-Qaradawi sebelum ini turut berpendapat bahawa menuntut kebebasan adalah lebih utama berbanding melaksanakan undang-undang Islam di negara Tmur Tengah itu.

S'gor perluas kempen anti zina, banteras gejala sosial

Monday, February 14, 2011
Rentetan kejayaan Kempen Anti Zina siri satu dan dua sebelum ini telah membuatkan kerajaan negeri Selangor meneruskan kempen tersebut sehinggalah isu gejala sosial yang melanda masyarakat dapat dibanteras, lapor TV Selangor.

selangor anti-zina campaign halimah and khalid ibrahimMenurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sejak kempen ini diperkenalkan oleh kerajaan negeri, ia telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak.

"Saya berasa amat gembira apabila diberitahu sambutan anti zina kedua yang diadakan pada malam sambutan tahun baru yang sama, amat menggalakkan, telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 5,000 sukarelawan," katanya. 

Menurut beliau lagi, kempen seperti ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu beragama Islam dan bukan bertujuan untuk menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.

selangor anti-zina campaign convoy"Kempen anti zina ini bukanlah untuk mengganggu masyarakat bukan Islam tetapi adalah tanda amaran kepada umat Islam, dan ini bukan dianggap sebagai serbuan tetapi peringatan kepada orang Islam dan menjadi tanggungjawab mereka dalam mencegahnya," katanya.


Simbolik 

Beliau yang bercakap ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Anti Zina Siri 3 yang diadakan di Dataran Shah Alam sebagai simbolik pelancaran ini Menteri Besar telah melepaskan sekumpulan konvoi yang disertai oleh 80 buah kereta dan 30 buah motosikal berkuasa tinggi.

Kumpulan yang dianggarkan kira-kira 500 orang ini akan berpusing seluruh Shah Alam sebagai "tanda amaran" untuk memberitahu orang awam bahawa kempen ini telah bermula sambil membunyikan hon.

TAHNIAH RAKYAT MESIR...

Saturday, February 12, 2011
PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.
PAS mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang tidak berganjak mengadakan bantahan selama 18 hari yang memaksa Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatan.
“Tahniah rakyat Mesir, 18 hari tak berganjak akhirnya Hosni Mubarak meletakkan jawatan, berakhirnya rejim Umno Mesir,” ulas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di laman Twitter.
Bagi Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi pula, anak muda melahirkan rasa syukur dengan kejatuhan regim Mubarak itu.
Beliau mengharapkan kebangkitan rakyat menentang kezaliman menular ke seluruh dunia.
“Tahniah Rakyat Mesir. Tahrir Square menjadi saksi kejatuhan Hosni pemimpin yang korup dan menindas. Di Malaysia juga ada, Merdeka Square,” ujar Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula berharap tentera yang mengambil alih kuasa tidak mengkhianati amanat rakyat dan membebaskan rakyat Mesir daripada dibelenggu pemerintahan yang zalim
Namun, menurutnya pengaruh Amerika ke atas tentera Mesir masih kuat.
Beliau mempersoalkan adakah pihak tentera akan membebaskan rakyat Mesir dan dibenar memilih pemimpin mereka atau terus dibelenggu demi Israel.
“Takbir! Mubarak dijatuhkan kuasa rakyat,” ujarnya.
Naib Presiden, Omar Sulaimen dalam pengumuman menerusi televisyen malam tadi memberitahu Mubarak, 82, mengambil keputusan meletakkan jawatan dan Majlis Tertinggi Tentera mengambilalih pentadbiran negara.
Ekoran pengumuman tersebut, jutaan rakyat negara Afrika Utara itu yang membanjiri Dataran Tahrir melaungkan 'Allahu Akbar' dan bersorak gembira.
Dilaporkan, Mubarak yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Rakyat sengsara, hutang isi rumah RM577 bilion

Wednesday, February 9, 2011
Pakatan Rakyat akan mencadangkan "penyelesaian radikal" bagi mengurangkan bebanan cukai yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia mengikut Dasar Automotif Negara (NAP).

NONETimbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata cadangan itu akan dibentangkan pada Persidangan Ekonomi Pakatan yang dijadualkan pada bulan depan.

Katanya, cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan tiga jenis cukai yang sekarang membebankan pembeli dan melipat gandakan harga kereta. Ini termasuk cukai import, cukai eksais dan cukai jualan.

Katanya, walaupun kenderaan di bawah 1,500 cc, cukai yang dikenakan sekurang-kurangnya 60 peratus untuk eksais, 10 peratus cukai jualan manakala 30 peratus cukai import, 60 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan untuk kereta import.

"Ini bermakna bagi setiap kereta paling kecil yang dijual oleh Perodua pada harga RM40,000, sebanyak RM16,500 cukai dibayar kepada kerajaan.

housing hulu kelang"Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," katanya pada sidang media mingguan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.

Beliau turun mendesak kerajaan Umno-BN memohon maaf kepada rakyat dan menjelaskan bagaimana rakyat dibebani dengan hutang sepanjang masa.

Azmin berkata hutang isi rumah yang tinggi sehingga mececah 74 peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada November tahun lalu adalah bukti kurangnya pendapatan rakyat menerusi dasar ekonomi yang dilaksanakan kerajaan persekutuan.

Menurutnya, polisi yang diamalkan tidak lagi relevan memandangkan setiap keluarga terpaksa menanggung hutang negara yang kini melebihi 50 peratus kepada KDNK selain hutang peribadi.

"Kita yakin kalau mahu menjana ekonomi, rakyat perlu ada kapasiti untuk belanja kerana hutang isi rumah yang tinggi," jelas beliau.

PAS WAKIL PAKATAN DI MERLIMAU

Tuesday, February 8, 2011
Pakatan Rakyat hari ini sebulat suara meletakkan calon daripada parti PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka yang akan diadakan pada 6 Mac depan.

Sambil menafikan khabar angin bahawa Pakatan tidak akan meletakkan sebarang calon, ketua pembangkang, Datuk Seri AnwarIbrahim pada sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur berkata keputusan yang dibuat itu adalah sebulat suara.


azlan"Tentang Merlimau kami setuju sebulat suara untuk sokong calon PAS dan seluruh jentera Pakatan Rakyat akan membantu.

“Kami telah bincang dan bersetuju menyokong calon PAS sebagai wakil Pakatan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini mengumumkan tarikh penaman calon adalah 26 Februari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga hadir pada sidang mjedia itu berkata parti itu aan bermesyuarat pada 13 Februari ini bagi membincangkan calon yang akan diketengahkan bagi meramapas DUN Merlimau.
Mungkin wanita, mungkin lelaki

Bawa pulang, jangan pindah warga di Mesir

Tuesday, February 1, 2011

PAS hari ini tampil mendesak kerajaan supaya segera membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Mesir dan bukannya memindahkan mereka ke negara-negara jiran di rantau berkenaan.
Naib presidennya Nasharuddin Mat Isa berkata protes yang dijalankan warga Mesir kini sudah menjadi tidak terkawal dan telahpun menular ke negara-negara di rantau itu.
"Saya minta supaya pihak Kementerian Luar Negeri menyediakan beberapa buah kapal terbang dan segera mengambil semua rakyat Malaysia yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak selamat di Mesir.
"Saya berpendapat tindakan kerajaan mahu menghantar pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana ke negara jiran seperti Jordan, Libya dan Arab Saudi adalah kurang tepat memandangkan protes kebangkitan rakyat telah menjalar ke beberapa buah lagi negara di Timur Tengah termasuk di Jordan sendiri," katanya.
Katanya lagi, warga Malaysia di negara kawasan Alexandria di Mesir kini tertekan kerana berada bawah perintah berkurung dan amat sukar untuk mendapatkan makanan.
Tambahnya, kes jenayah juga dibimbangi akan berlaku memandangkan "sejumlah besar banduan telah berjaya meloloskan diri daripada penjara."
"Selain itu, kawasan Tir'ah pula berada dalam keadaan yang tidak selamat. Kawasan Mansurah pula telah dilabelkan kod jingga sebagai tanda amaran akan berlakunya rusuhan secara besar-besaran," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]