Agenda Pembangunan Kampung Baru Masih Kabur

Monday, February 22, 2010
Rusli Islam


KUALA LUMPUR, 21 Feb: Walaupun telah dijanjikan oleh beberapa Perdana Menteri dan Menteri Wilayah Persekutuan yang silih berganti semenjak tahun 1990, agenda pembangunan Kampung Baru masih dilihat kabur.  

"Semacam tidak ada satu kesungguhan dari pihak kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru ini. Semenjak dari zaman Dr Mahathir (1990) hinggalah sekarang diperkatakan tentang pembangunan Kampung Baru tapi tidak ada satu tindakan kerajaan yang menunjukkan usaha tersebut.

"Masalahnya apabila Perdana Menteri bertukar, pergi lawat Kampung Baru dan berjanji. Apabila menteri (Wilayah) tukar pergi lawat Kampung Baru (dan berjanji)," kata Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad.

Beliau berkata, ketika Umno menjadi wakil rakyat di Titiwangsa, pelbagai program termasuk perbincangan berkaitan pembangunan Kampung Baru selalu melibatkan Ahli Parlimen Umno tersebut.

"Anehnya ketika Pakatan Rakyat menang, tidak ada peranan yang diberikan kepada ahli parlimen kita (Dr. Lo’ Lo’')," ujar beliau.


Katanya, dalam perancangan draf KL 2020, pandangan penduduk telah diketepikan projek berkenaan melibatkan tanah penduduk tersebut. "Kerajaan berkata rakyat didahulukan tetapi (hakikatnya) rakyat dikemudiankan (dan) menjadi mangsa kepada pembangunan ini," tambahnya.

Yang Dipertua PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin yang merupakan orang lama dalam PAS Wilayah Persekutuan pula berkata, sebenarnya pembangunan Kampung Baru telah diwar-wakan sejak tahun 1974 lagi, semasa beliau menjadi calon di Setapak.

Katanya, janji-janji untuk membangunkan Kampung Baru sering ditaburkan apabila menjelang pilihan raya dan mesyuarat agung Umno tetapi tidak ada hasilnya sehingga kini. Walaupun persekitaran Kampung Baru telah lama dimajukan dan banyak bangunan-bangunan yang telah wujud tetapi ia masih lagi seperti dahulu.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo’ sendiri pernah mencadangkan suatu badan amanah diwujudkan bagi menguruskan Kampung Baru supaya pengurusannya lebih telus dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan politik pihak tertentu. Tanah yang luasnya kira-kira 103.5 hektar di tengah-tengah Kuala Lumpur itu menjadi mercu tanda penduduk-penduduk Melayu yang berada di tengah ibu kota.

Ketua Penerangan PAS Titiwangsa, Zamri Asad Khuzaimi pula berkata, dalam tempoh tiga tahun, tidak kurang daripada tiga jenis pembangunan yang dipromosikan di Kampung Baru. "Antaranya ialah Draf  KL 2020 yang sepatutnya telah bermula sekarang. Walaubagaimanapun rancangan ini belum pun diluluskan oleh menteri dan Datuk Bandar.

"Projek Puncak Baru pula pernah diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 Mac 2001 lalu dan tidak diketahui apa statusnya sekarang ini," katanya. Beberapa hari lepas pula katanya, pembangunan komprehensif  Kampung Baru dengan peruntukan sebanyak RM4 juta telah dijanjikan oleh Perdana Menteri.

Beliau yang juga Pengerusi Juham turut mengatakan terdapat percanggahan di antara kenyataan Perdana Menteri dan Menteri Wilayah Persekutuan dalam isu ini. "Najib (PM) berkata penduduk tidak perlu pindah dan Raja Nong Chik (menteri) pula berkata sebahagian penduduk perlu pindah," katanya.

Katanya, PAS Wilayah juga sangat tidak bersetuju dengan undang-undang baru yang dicadangkan oleh Raja Nong Chik mengenai pembangunan di Wilayah Persekutuan. Undang-undang itu, mengatakan bahawa semua penduduk dianggap bersetuju sekiranya 80 peratus daripada keseluruhan penduduk bersetuju dengan cadangan kerajaan dalam masalah pembangunan tanah Wilayah Persekutuan.

"PAS memandang ini sebagai ugutan dan provokatif dari Menteri Wilayah. Suatu yang tidak munasabah kerana dalam apa-apa jua pembangunan, kaedah undang-undang adalah yang terakhir," katanya.
Katanya, kaedah pertama mesti diadakan perbincangan yang melibatkan penduduk, Malay Agriculture Settlement (MAS), wakil rakyat, DBKL dan kerajaan. PAS Wilayah Persekutuan turut menegaskan, semua kampung-kampung warisan tanpa mengira bangsa di sekitar Kuala Lumpur mesti dikekalkan dan pembangunannya juga mestilah memberi manfaat kepada penduduk tanpa memindahkan mereka.

Harakah Daily

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]