KUALA LUMPUR, 25 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengajak umat Islam agar bersama-sama menjadikan sambutan Maulidur Rasul untuk menguatkan iltizam menegakkan sunnah Rasulullah s.a.w. sepanjang tahun dan sepanjang hayat. “Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah s.a.w. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda,” ujarnya dalam Perutusan Maulidur Rasul 1431 yang disambut esok. Katanya, seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya, sementara sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya. Berikut adalah perutusan penuh beliau. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan. Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam. Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini? Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28) Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna. Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda. Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun. Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya. Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431. DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG, PRESIDEN PAS Harakah Daily |
Tegak Sunnah Rasulullah s.a.w. Sepanjang Hayat - Presiden PAS
Friday, February 26, 2010
Melalui
INFO DPPSA
|
pada
7:05 AM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
February
(123)
- Hubungan Kaum Makin Erat di Era Pakatan Rakyat
- Anwar Shatters Najib's Rosy Picture
- Pemuda Perlu Berani Berubah, Lakar Sejarah Baru
- Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor 7 Mac
- PR, Bersedialah untuk Gantikan BN
- GST Tidak Sesuai Kerana Jurang Pendapatan Besar di...
- Risalah Hina Istana Selangor Cemar Sambutan Maulud...
- Anwar: Ekonomi Malaysia Kini Retak dan Bakal Berkecai
- Tegak Sunnah Rasulullah s.a.w. Sepanjang Hayat - P...
- GST: Pakatan Siap Depani BN di Parlimen 15 Mac
- Hishammuddin Diselar Elak Jumpa Mangsa Tembakan
- Selangor Agihkan RM49 Juta Melalui Dasar Merakyatk...
- Nik Aziz: Keakraban PAS-Bukan Islam Tidak Direka K...
- Blogger dedah perbualan Saiful dengan blogger Umno
- Royalti: Husam sedia dedah jika Mustapa minat
- Nasharudin Membawa Pulang Amanat Qardawi
- Sebatan syarie lebih baik dari hukuman penjara
- Pilihan raya ke 13 sudah hampir
- Tiada Exco, wakil rakyat Selangor miliki harta projek
- Perginya Seorang Pejuang Di Kota Raja; Ustaz Hj Ha...
- Kehakiman Lemah Punca Negara Luar Campur Tangan - ...
- Agenda Pembangunan Kampung Baru Masih Kabur
- Penduduk bersyukur rumah tergendala, kini siap
- Proses kehakiman negara banyak tidak kena
- Tahniah Kepada Mahathir Kerana Anaknya Kayawan
- Nizar Berceramah Dalam majlis BN... Sambutan Luar ...
- Saksi: Terima wang bukan pelik
- Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS
- Laporan bedah siasat ke-2 didedahkan hari ini
- Permohonan Anwar untuk hakim tarik diri ditolak
- JANGAN TUDUH PRESIDEN PAS DENGAN MELULU TANPA USUL...
- Presiden PAS, keluarga selamatkan orang lemas
- Adik PM, Melayu Ke-4 Terkaya di Malaysia..Adakah U...
- Fakta Pulau Pinang Membela Melayu
- TGNA: Sebenar-benar Maulud Ialah Mewujudkan Suasan...
- Kerajaan alami masalah kewangan serius
- Panel: Khalid should appeal if he feels suspension...
- Pemuda PAS bantah sambutan hari kekasih menara KL
- Tamrin Jabatan Amal Selangor pada 26 Februari
- 80.8% rakyat Kelantan tolak wang ehsan
- Culik Altantuya: 'Nasir Safar di tempat kejadian'
- Ugut bunuh: Anwar anggap laporan Saiful aneh
- JK Disiplin: Ikut saluran, bukan kritik terbuka
- ROSMAH TIDAK DILANTIK SEMULA
- Blogger hina MB Kelantan serah diri
- PAKATAN RAKYAT PERAK AKUR DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH
- Bangkit dengan semangat membara - Presiden PAS
- MB Perak: Rakyat lebih layak buat keputusan
- Bertarung di `mahkamah rakyat' – Nizar
- Nizar meninggalkan mahkamah dengan lambaian kemena...
- lintas langsung kes mb perak
- Penyokong Nizar, Zambry mula berkumpul
- Lintas langsung dari Mahkamah Persekutuan Putrajaya
- Muflis 2012: PAS mohon Sultan Johor campurtangan
- 24 kerusi panas jadi rebutan di Perak
- MANA NAK LETAK MUKA : MAHKAMAH ARAH RODA EYE ON MA...
- PERUTUSAN YB NIZAR MENJELANG KEPUTUSAN
- UMNO peralatkan kakitangan Kerajaan
- Perbicaraan kes liwat ditangguh
- Keputusan Jawatankuasa Disiplin Perlu Di Taati
- Bubar Dun Perak - Nizar
- Royalti: Pemuda minta SPRM siasat Mustapa Mohamed
- Nik Aziz kesal lakaran blog cuba mengaibnya
- LANTIK AHLI MAJLIS KERAJAAN TEMPATAN: UMNO TERDESAK
- nizar paling layak jadi MB perak
- Chua dakwa Umno guna isu Allah pecahkan Pakatan
- 2 enjin jet TUDM dijumpai di Uruguay
- Isu JK Disiplin : Sebenarnya Orang Masih Sayangkan...
- Petronas Should Do The Right Thing - Tengku Razaleigh
- XPDC Jelajah Daerah sempena Setahun Kudeta: Bertol...
- Nik Aziz offered discussion on religion, not unity...
- TNC UM pula didesak letak jawatan
- Kes Anwar Disambung Isnin Depan
- Melayu, Islam Pulau Pinang jauh lebih terbela di b...
- LAMAN web pro pakatan rakyat mula bermasalah
- Saiful: Dua hari tak buang air besar
- Ketua Penolong Pengarah JKSK Bukit Aman Maut Dalam...
- Two more RMAF jet engines 'lost'
- Majority of Perak voters want fresh elections, pol...
- su Khalid: Exco Pemuda PAS diarah beri penjelasan
- Liwat II: Seluar dalam Saiful dikemukakan
- Munajat Hapus Rampasan Kuasa Jahat Umno
- Hari ini dalam sejarah: Rampasan Kuasa di Perak
- Anwar: Utusan kotor, biadap, jijik
- Kes Enjin Belum Selesai, Kini Kes Maklumat Bocor Pula
- Nasharudin Terima Jemputan Qardawi
- Liwat II: Kondo Desa Damansara jadi tumpuan
- KEBAKARAN DI KAMPUNG BUKIT KUDA
- Apa najib Buat sewaktu menjadi menteri pertahanan?
- 1M'sia: Najib gagal ajar pegawainya, kata PAS
- PAKATAN RAKYAT DAN SAAT KRITIKAL
- Kenyataan Saiful Memang Meragukan..Sah Konspirasi..
- Jika pemimpin PR cakap macam Nasir, pasti kena ISA
- Anwar minta dibicara, Saiful beri keterangan
- Letak jawatan tidak cukup, guna Akta Hasutan - MCA
- Tuduhan liwat DSAI : Jawapan Dr Haron Din
- DATO' TUAN IBRAHIM : PENJELASAN TINDAKAN TATATERTIB
- Bersemuka dengan Lim Guan Eng
- Perkauman: Pecat, dakwa Nasir di mahkamah
- Masih lagi Terbayang Wajah Tok Guru Nik Aziz
-
▼
February
(123)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment