Nasharudin Terima Jemputan Qardawi

Thursday, February 4, 2010
Oleh: admin_ann

"Kuala Lumpur, 4 Feb : Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharudin Mat Isa telah berlepas ke Doha, Qatar pagi ini bagi menyahut jemputan Syeikh Yusuf Al-Qardawi untuk mengikuti satu wacana yang di panggil Multaqa Anak Murid Qardawi yang julung-julung kali di adakan di Qatar.

Program selama lebih satu minggu itu akan turut dihadiri oleh seramai 30 orang ulama yang lain yang telah dikenal pasti dan dijemput sendiri oleh Syeikh Yusuf dari seluruh pelusuk dunia. Nasharudin merupakan sesatunya wakil dari Malaysia yang dijemput ke program tersebut. Menurut Nasharudin, ketika Syeikh Yusuf berada di Malaysia untuk menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah baru-baru ini, beliau telah dijemput secara lisan oleh Syeikh Yusuf sendiri dan diikuti dengan surat jemputan rasmi untuk mengikuti program tersebut.
 
       
Penghormatan yang diberikan kepada beliau itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menimba ilmu daripada ulama terkenal di dunia itu di samping meluaskan jaringan rangkaian bersama lebih 30 ulama yang lain yang akan turut mengikuti program tersebut. “Mudah-mudahan rangkaian yang bakal terhasil nanti akan membantu kita memperkukuhkan gerakan Islam di seluruh dunia”, kata beliau.
 
Menurut Nasharudin, sebelum mengikuti program tersebut beliau telah dikehendaki untuk membaca lebih 10 kitab terbaru karangan Syeikh Yusuf sendiri. Program tersebut nanti akan membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan usul fiqh dan penumpuan akan diberikan kepada bagaimana untuk melaksanakan usul fiqh dalam konteks kontemporari dengan pendekatan wasatiyah (kesederhanaan).
 
Menurut Nasharudin lagi, selepas berakhir program tersebut, ijazah akan diberikan kepada semua peserta untuk mempromosikan dan melangsungkan agenda yang cukup besar itu supaya kefahaman tentang Islam dapat diberikan kepada seluruh masyarakat dunia samada dikalangan orang Islam mahupun bukan Islam. Begitu juga untuk menjelaskan peranan gerakan Islam dalam menyampaikan risalah Islam dalam keadaan dunia yang sedang mencabar ini.
 
Ketika ditanya tentang isu kalimah Allah, Nasharudin berkata, “ saya menjangkakan akan membangkitkan beberapa isu semasa yang sedang berlaku di negara kita khasnya isu yang berkaitan dengan kalimah Allah ini kerana Syeikh Qardawi sendiri pada dua minggu lepas ketika menyampaikan khutbah di masjid beliau telah menyentuh tentang isu yang berlaku di Malaysia. InsyaAllah, saya akan cuba memberikan penjelasan tentang keadaan di Malaysia dan sudah tentulah pandangan-pandangan beliau nanti akan dapat kita ambil untuk saya bawa balik sebagai saranan daripada beliau sendiri.”  - ANN
"

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]