Tiada Exco, wakil rakyat Selangor miliki harta projek

Monday, February 22, 2010
GOMBAK, 22 Feb: Dalam masa hampir dua tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor, tiada seorang Exco dan wakil rakyat yang memiliki harta atau kekayaan sama ada melalui projek yang diberikan atas nama anak-beranak atau kroni, kata Exco Kerajaan negeri, Datuk Dr Hasan Mohd Ali. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat Istiadat dan Kemudahan Awam negeri itu juga memastikan setiap masjid di seluruh negeri mesti mengadakan kuliah, pengajian ilmu agama serta qiamullail.
Katanya, mana-mana masjid yang pendapatan kurang daripada RM1,000 pula, Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan membantu membayar imbuhan untuk penceramah.
Ini kerana, katanya, Selangor suatu ketika dahulu merupakan tempat lahirnya golongan ulama dengan adanya sekolah-sekolah pondok seperti di Sungai Besar, Tanjong Karang, Sabak Bernam dan Kuala Langat.

Malangnya, tambah beliau biasiswa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri untuk pelajar yang melanjutkan pengajian ke Timur Tengah seperti Jordan dan Arab Saudi tiada pelajar yang memohonnya.
Ini kerana, katanya, Umno sudah berjaya melemahkan sistem pengajian Islam di negeri ini dan sebagai bukti golongan remaja terjebak dalam gejala maksiat dan tidak gemar mengikuti pengajian agama di masjid dan surau.
Beliau menyatakan demikian pada majlis penyerahan borang permohonan keahlian PAS kepadanya selaku Pesuruhjaya PAS negeri di Kampung Makmur, kelmarin.
Sebanyak 40 borang keahlian PAS telah diserahkan kepada Hasan melalui Ketua PAS Cawangan, Mazli Ahmad dalam majlis ringkas yang penuh bermakna, pada malam kelmarin di Kampung Makmur (gambar).
Turut serta Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Sallehuddin Nasir; timbalannya, Radzi Ahmad; Pengerusi Kelab Penyokong PAS Gombak, Hong Euk Wh serta AJK PAS kawasan.
Penduduk di kamping itu mengisytiharkan menyertai PAS beramai-ramai kerana berasa terjamin hak tempat tinggal mereka sejak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat di samping ura-ura kerajaan negeri akan memberi geran pemilikan tetap.
Penduduk kampung sekarang sedar selama berpuluh tahun mereka di bawah pemerintah Umno/BN sering ditipu untuk meluluskan geran tapak rumah setiap kali menjelang pilihan raya tetapi ia hanya permainan politik Umno untuk BN terus mengekalkan kuasa.
Penduduk asal kampung tersebut mempunyai 160 buah keluarga dan sebahagian daripada mereka telah menerima tawaran perpindahan di pangsapuri kawasan Selayang manakala 47 buah keluarga masih tinggal di kampung tersebut.
Dr Hasan juga melahirkan rasa sedih melihat penduduk Kampung Makmur yang masih belum mendapat pemilikan tanah kekal walaupun setiap kali menjelang pilihan raya dijanjikan oleh Umno/BN untuk mendapat geran pemilikan kekal.
Menurut maklmut yang diperolehi, katanya, setiap kali sebelum pilihan raya ada pihak daripada Pejabat Tanah daerah menemui penduduk Kampung Makmur supaya mengisi borang dengan dijanjikan mendapat geran kekal dan diminta bayaran sebanyak RM160.
Bagaimanapun beliau berkata, penduduk Kampung Makmur tetap tinggal dalam keadaan masih belum mendapat pemilikan tanah kekal walaupun sudah lebih 50 tahun Umno/BN mentadbir Selangor.
"Umno memang suka tanah yang diduduki penduduk bertaraf TOL sebab apabila menjelang pilihan raya Umno/BN boleh menjanjikan kepada penduduk untuk mendapat geran," katanya.
Menjelang pilihan raya, kata beliau, banyak janji yang ditaburkan oleh pimpinan Umno/BN sama ada daripada Pusat, negeri dan calon-calon untuk memberi pembangunan.
“Dalam janji-janji Umno/BN untuk memberi pembangunan inilah yang penduduk Kampung Makmur perolehi dengan keadaan surau yang bocor dan buruk serta suasana kampung yang tidak selesa,” ujarnya.
Menurut beliau, Selangor merupakan penyumbang cukai terbesar jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain iaitu sebanyak 40 peratus kepada kerajaan Pusat kerana mempunyai pelabuhan dan tujuh pusat pengajian tinggi.
Katanya, Selangor merupakan negeri yang kaya jika ditadbir oleh pemimpin yang ikhlas, amanah maka tidak ada rakyatnya yang tinggal di tanah TOL atau setinggan.
Hasan juga mengingatkan seluruh penduduk Kampung Makmur supaya menjadi ahli PAS dan mendaftar sebagai pemilih kerana pilihan raya mungkin adakan diadakan dalam tempoh setahun.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]