Ketua Penolong Pengarah JKSK Bukit Aman Maut Dalam Kemalangan

Friday, February 5, 2010
KUALA LUMPUR: Ketua Penolong Pengarah Siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner II Mohd Hazam Abd Halim maut dalam kemalangan di KM 419.7 Lebuhraya Utara-Selatan menghala susur masuk Bukit Tagar, Hulu Selangor tengah malam tadi.
Dalam kejadian itu, kereta Proton Perdana yang dipandu pemandunya, Lans Koperal Asminton Salimin dipercayai terbabas dan melanggar belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan akibat kerosakan.
Mohd Hazam, 50, ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke ibu negara dari Ipoh, selepas menghadiri mesyuarat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Perak.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, Mohd Hazam yang duduk di kerusi penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pemandunya yang cedera parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan kini mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Nooryah Md Anvar yang dihubungi berkata, jenazah Allahyarham dimandi dan dikapankan di Hospital Kuala Kubu Baru sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tunku Jaafar, Seremban.
Jenazah akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat di Makam Haji Said, Taman Tunku Jaafar. Sebelum ini, Mohd Hazam pernah menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu. - BERNAMA

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]