NGO Melayu-Islam, PAS umpama anggota badan yang sama

Monday, February 1, 2010

KUALA LUMPUR, 1 Feb: PAS menganggap badan bukan kerajaan (NGO) Melayu-Islam seperti sebahagian daripada parti itu dalam mendepani isu penggunaan kalimah 'Allah' di kalangan masyarakat bukan Islam. Bercakap pada Majlis Dialog Bersama-sama NGO, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengumpamakan PAS dan NGO yang hadir seperti anggota badan dari tubuh yang sama.
"Peranan NGO dan parti (PAS) adalah seperti anggota-anggota dari badan yang sama. Baik NGO-NGO atau parti dakwah seperti PAS sendiri seharusnya menghapuskan sentimen politik kepartian, taksub atau nak mengekalkan kuasa dengan melaksanakan dakwah secara dialog," jelas beliau pada majlis yang diadakan di sebuah hotel, di sini malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan bahawa PAS dan NGO Melayu-Islam seharusnya lebih progresif mengajak penganut Kristian berdialog dalam mencari kebenaran sebenar Allah.
"Sepatutnya kita perlu lebih progresif seperti Rasulullah s.a.w, diajak mereka, Yahudi dan Nasrani ini berdialog atas 'kalimatiin thawa'in' iaitu atas nama Allah.
"Rasulullah bertanya tentang pengabdian yang sebenar kepada Allah apabila Yahudi berkata Uzair itu anak Allah, Nasrani berkata Isa itu anak Allah; sehingga akhirnya mereka melihat keadilan Islam (melalui) pendekatan dialog," jelasnya.
Mengakui kebolehupayaan berdialog antara agama oleh beberapa NGO Islam, Abdul Hadi mewakili PAS menyeru mereka yang terbabit membantu PAS melaksanakan tugasan dakwah kepada masyarakat bukan Islam.
"Rakan-rakan kita yang mempunyai kepakaran dakam dialog antara agama, maka kita (PAS) dan NGO perlu ambil manfaat seperti Ahmad Deedat dan Zakir Naik, begitu juga di Malaysia, Allah tentu melantik di antara kita seperti Ahmad Deedat dan Zakir Naik,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut mengakui rasa bimbang sekiranya umat Islam dikelirukan oleh penerbitan akhbar mingguan The Herald menggunakan kalimah Allah, seperti yang dibangkitkan oleh beberapa pemimpin NGO.
Pun begitu, beliau tidak bersetuju penguatkuasaan undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri kepada mereka yang disyaki menyalahgunakan kalimah 'Allah'.
"Sekiranya didapati mereka menggunakan nama Allah pada tempat yang tidak betul, maka perlu didakwa mereka secara adil, tidak boleh digunakan ISA.
"Dialog mesti mendahului undang-Undang. Undang-undang adalah jalan terakhir sekiranya dialog gagal membawa kebenaran kepada (masyarakat) bukan Islam," katanya.
Antara yang menyertai Majlis Dialog bersama-sama Presiden PAS adalah Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM,) Zaid Kamaruddin, Presiden Guaman Syariah Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abdul Ratip, wakil Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Mohd Azmi Walang, jurucakap bagi Saba' Islamic Media, Shah Kirit Kakolal Davinji, wakil Teran Pengupayaan Melayu (Teras), Jamaluddin Ismail, Pengerusi Ilmuan, Kamaruzzaman Yusoff, Jaringan Siswazah Malaysia, Mohd Asrul Mohd Nor @ Ismail, Persatuan Pelajar Islam Selangor.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hadi yang mewakili PAS menyatakan komitmen untuk membantu Pakatan Rakyat (PR) mengadakan dialog antara agama dalam masa terdekat, seperti ketetapan mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat petang semalam.

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]