GST: Pakatan Siap Depani BN di Parlimen 15 Mac

Friday, February 26, 2010
Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 25 Feb: Demi mengelakkan rakyat dari terbeban oleh cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membuat beberapa persiapan penghujahan sebelum menghadapi sidang Parlimen yang bermula 15 Mac depan.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad semalam menjelaskan bahawa Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menyertai seminar penjelasan berkaitan GSTdi Parlimen semalam bersedia menghadapi Umno BN dalam Dewan Rakyat kelak.

"Ahli Parlimen serta Adun yang hadir (seminar GST di Parlimen) kebanyakannya telahpun menyuarakan kesediaan untuk menolak isu ini habis-habisan. "Tidak ada kompromi, tapi kita tetap bersedia berhujah kelak," jelasnya di luar Dewan MBSA semalam.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, penerapan kefahaman kepada rakyat turut dilakukan bermula semalam supaya penolakan GST boleh dilakukan di Parlimen dan luar Parlimen kelak. "Penerangan kepada rakyat dalam bahasa yang paling mudah turut dilakukan supaya implikasi di luar Parlimen sama kuat dengan di dalam (persidangan Dewan Rakyat) kelak," jelasnya.


Bercakap selepas menyampaikan pendirian PAS dalam Forum Awam: Implikasi GST ke atas rakyat semalam, beliau menjelaskan bahawa rakyat seharusnya terus digembling dengan ilmu serta rasional supaya penghujahan-penghujahan Ahli Parlimen Umno dan BN boleh disanggah oleh mereka sendiri.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat umumnya akan menggunakan media-media baru yang ada semaksimum mungkin supaya rakyat terus terdedah pada implikasi negatif ekoran perlaksanaan GST tersebut.

Tambahnya lagi, Sekretariat Pakatan Rakyat sendiri dimaklumkan menyusun beberapa ceramah mega di luar bandar dan di setiap negeri untuk mencapai tujuan tersebut. "Ceramah di Timur, Selatan, Utara dan Barat (Semenanjung) akan dibuat serentak supaya rakyat tahu bahawa apa yang diperkatakan Umno BN itu tidaklah benar," jelasnya.

Walaupun Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat habis-habisan akan berusaha menolak GST tersebut secara ilmiah dan rasional di Dewan Rakyat, beliau yakin GST tetap akan dilaksanakan dengan sokongan majoriti mudah oleh Ahli-ahli Parlimen Umno BN kelak.

Pun begitu, keputusan kerajaan yang dianggap merugikan rakyat itu sudah tentu ditolak sekali lagi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kelak."Boleh jadi mereka tidak melaksanakannya (GST) dalam masa terdekat, tetapi mereka akan tetap laksanakan.

"Pokoknya, selagi tak alami sendiri GST, mungkin kita tak tahu tapi Parti Konservatif (iaitu parti pemerintah) di Kanada akhirnya tumbang selepas mereka melaksanakan GST,” ujarnya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang ditemui kemudian berkata, tidak mustahil kerajaan Umno BN akan tumbang pada PRU 13 disebabkan mereka melaksanakan GST. "Tak mustahil, peluang untuk berlaku adalah amat tinggi kerana rakyat akan rasa impak GST tak lama lagi," jelasnya.

Bagaimana pun, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak seharusnya menunggu hal tersebut berlaku di tanah air, sebagaimana yang telah pun terjadi di Kanada pada 1993 lalu. "Undang-undang GST ini tetap akan dilaksanakan, rakyat akan terbeban dan kita (Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) tidak boleh menunggu itu berlaku," jelasnya.

Beliau, panelis Forum Awam yang mewakili DAP semalam turut menjelaskan bahawa jawapan-jawan yang dijangka akan diberikan oleh kerajaan dalam sidang Parlimen depan. "Datuk Seri Husni (Menteri Kewangan II) tentu akan akan Malaysia laksana GST ini kerana mengikut negara maju sedangkan rakyat negara-negara maju sepatutnya menikmati gaji yang lumayan terlebih dahulu," jelasnya.

Ujarnya lagi, Malaysia tidak perlu mengikut 143 negara lain mengenakan GST ke atas rakyat kerana tujuan cukai itu berasaskan keperluan. "Tak perlu ikut 143 negara itu, GST bukan main-main (tapi) cukai yang ditentukan ikut keperluan,” ujarnya.

Tambahnya lagi, keperluan utama yang patut ditangani oleh kerajaan adalah rasuah, amalan tender tertutup, ketirisan, penyalahgunaan wang Petronas serta pembaziran wang rakyat yang dilakukan oleh kerajaan sendiri.

Bercakap di depan lebih 1,000 peserta forum sebelum itu, Dzulkifly dan Tony Pua menegaskan bahawa Pakatan Rakyat menolak GST bukan disebabkan sistem percukaian tersebut yang dianggap lemah, tetapi disebabkan kerajaan dianggap menguruskan perbelanjaan negara secara pincang.

Harakah Daily

1 Komen:

semiha said...

merhaba,çok anlamlı ve güzel bir web sitesi.Hayatınıda anlamlı yararlı olsun diyorum.saygılar.
turkiye
sevgiler.

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]