'Ramai terkejut keputusan PAS gantung Khalid'

Monday, February 1, 2010
Malaysiakini.com
Pemuda PAS Shah Alam berpendapat, walaupun jawatankuasa disiplin parti melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin, masih ramai yang terkejut dengan keputusan yang dikenakan terhadap dua pemimpinnya.

Menurut dewan itu, tindakan terhadap Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Hasan Ali (kiri) dan yang dipertuan (YDP) Shah Alam Khalid Samad mustahil dapat memuaskan semua pihak kerana kes tersebut rumit dan jarang berlaku."Isu tindakan disiplin terhadap YDP PAS Shah Alam dan pesuruhjaya PAS Selangor mendapat perhatian serius oleh Dewan Pemuda PAS Shah Alam.
"Dan kami juga percaya banyak pihak yang terkejut dengan apa yang telah diputuskan," kata dewan itu.
Jumaat lalu,
pengerusi jawatankuasa disiplin PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan, Khalid dan Dr Hasan bersalah terhadap dua pertuduhan terhadap mereka.Sehubungan itu, jawatankuas itu menggantung jawatan Khalid sebagai YDP Shah Alam dan anggota biro politik parti selama enam bulan.
Sementara Hasan pula hanya diberikan amaran bertulis. Kedua-dua mereka dilarang membuat kenyataan yang menjejaskan PAS dan Pakatan Rakyat.

Dalam satu kenyataan hari ini, dewan itu menyeru supaya keputusan itu dijadikan pengajaran dan tidak dibesar-besarkan kerana PAS "masih belajar cara menguruskan kemenangam" dan "memahami rentak".

"Janganlah dilihat kesalahan ini terlalu besar sehingga tidak boleh dimaafkan. Malang lagi kalau masih ada yang terus membesar-besarkan kesalahan ini. Sampai bila pun penyelesaian tidak akan terlaksana," kata kenyataan itu.
Sementara itu, pemangku YDP PAS Shah Alam, Azli Yusof berkata, pihaknya akan terus mendokong kepimpinan Khalid "memperjuangkan kesyumulan dan keadilan Islam" dan "memberikan khidmat terbaik dan berterusan kepada masyarakat".

"Tambahan pula, Khalid boleh meneruskan tugas biasa beliau sebagai seorang ahli parlimen yang tidak akan terhalang dengan keputusan itu.
"Penggantungan Khalid tidak akan menjejaskan perjalanan kerja dan kedudukan PAS Shah Alam kerana selama ini, PAS kawasan ini digerakkan secara berjamaah, sebagai sebuah organisasi," kata dalam satu kenyataan hari ini.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]