PAKATAN RAKYAT DAN SAAT KRITIKAL

Thursday, February 4, 2010
Oleh : Penerangan DPPSA

Umum mengetahui senario politik negara yang semakin berkecamuk mutakhir ini mengundang kepada kekeliruan yang amat mendalam kepada seluruh rakyat. Serangan demi serangan samada dari pihak BN terhadap PR mahupun sebaliknya. Namun harus diingat segala isu-isu yang melingkari masyarakat ini perlu dilihat secara rasional dan bukan berpandu kepada emosi. Hanya dengan kaedah ini maka rakyat dapat menilai secara jelas tentang hala tuju yang cuba dibawa terutama Pakatan Rakyat.

Pentadbiran Pakatan Rakyat sedang diserang secara habis-habisan oleh BN dan agen konspiratornya. Selangor diserang dengan pelbagai isu rasuah yang tidak wujud. Perak diserang sehingga tumbangnya negeri Pakatan rakyat itu dan BN naik mentadbir secara tidak sah. Kelantan diserang dengan isu yang pelbagai namun umum mengetahui kebijaksanaan kepimpinan Kelantan sejak sekian lama. Panas sekejap, rasa seperti kepimpinan Tok Guru hampir tersembam tiba-tiba naik kembali dan memberikan pukulan maut kepada UMNO negeri itu dalam isu royalti. Kini yang terbaru, serangan secara hebat sedang ditujukan kepada Pulau Pinang. Negeri yang kita anggap selama ini tidak mengalami banyak masalah juga dicipta isu yang pelbagai untuk menjatuhkan kredibiliti pentadbiran Pakatan rakyat.

Kita meyakini bahawa suatu masa kelak Kedah akan mengalami nasib yang sama. Sebelum PRU akan datang pelbagai lagi cerita yang mungkin pelik akan berlaku yang membabitkan maruah Pakatan Rakyat.Saat ini wajarlah kita namakan saat kritikal Pakatan Rakyat. Jika Pakatan rakyat mampu menangai kemelut ciptaan musuh ini secara berhemah dan rasional, insyaAllah masa depan Pakatan rakyat amat cerah untuk menerajui pentadbiran Malaysia seperti yang telah lama diidam-idamkan.

Semua maklum dua kes besar yang amat menjadi perhatian rakyat pada masa ini yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kes Menteri Besar Perak. Kedua-dua kes ini wujud kerana kerakusan musuh Pakatan Rakyat untuk menjatuhkan kredibiliti Pakatan Rakyat. Jesteru tidak hairanlah bagaimana logik dimanipulasi sehingga menjadi tidak logik lagi. Bagaimana kebenaran sudah digambarkan sebagai salah dan cerita rekaan itu diolah menjadi realiti. Malang bagi musuh Pakatan rakyat jika mereka berfikiran sama seperti 50 tahun dahulu. Terlebih malang jika mereka masih menganggap pengundi kini berfikiran sama seperti 50 tahun silam. Percaturan yang mereka atur telah hampir ke titik kegagalan tetapi mereka berusaha sedaya upaya untuk menjayakan niat jahat mereka itu. Kita meyakini dengan kehebatan Allah SWT, perancangan jahat musuh ini pasti menemui titik buntu.

Dalam keadaan Pakatan rakyat dihimpit dengan isu-isu ciptaan musuh dan dalam keadaan BN sedang berkecamuk dengan penentangan dalaman mereka sendiri, ayuh kita menyusun langkah,menguatkan jentera, mempersatukan hati para petugas dan memperkemaskan saf kepimpinan. Ayuh kita mara untuk menghadapi saat kritikal ini. Semoga PRU akan datang menjadi bukti bahawa Pakatan ini bekerja kerana Allah demi memartabatkan keadilan dan kebenaran selari dengan kehendak Allah SWT.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]