Anwar: JJ ketuai usaha Umno 'pikat' MP PKR

Sunday, January 31, 2010
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya usaha Umno untuk 'memikat' beberapa ahli parlimen parti itu, termasuk ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Anwar berkata, usaha tersebut diketuai oleh bekas menteri kabinet, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis dan juga pemimpin Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan, yang menghubungi Azan melalui telefon bimbit.

"Azan beritahu secara khusus bahawa Huan daripada Parti Cinta Malaysia cuba untuk pikat dia," katanya yang menerima bukti hubungan itu dibuat melalui telefon bimbit Azan.

Kerajaan silap tutup kementerian


Dr Nordin   
Sesudah membaca artikel tulisan rakan saya Datuk Salleh Majid berkaitan isu usahawan bumiputra, saya terfikir adakah kerajaan wajar ataupun tersilap congak ketika membubarkan MECD berbanding kementerian lain. Impak dari MECD amat besar kepada ekonomi negara terutama sekali kepada bumiputra. Pembubaran MECD benar-benar melesukan program keusahawanan.
Walaupun fungsi MECD diagihkan kepada beberapa kementerian tapi banyak yang menjadi lesu. Lihat saja INSKEN yang sehingga kini gagal mewujudkan program latihan. Layarilah web INSKEN dan anda akan terkejut dengan mesej mereka. Semua menteri yang diagihkan fungsi MECD samada MITI, Kem. Agro, KPLB lebih memberi tumpuan kepada aktiviti dana besar saja. Aktiviti usahawan diberikan perhatian amat rendah dan ada juga tiada langsung. Bayangkan permohonan geran pelancaran pun tidak selesai setelah 6 bulan.

TINDAKAN TATATERTIB : PENDIRIAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM

Isu tindakan disiplin terhadap YDP PAS Kawasan Shah Alam Dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor mendapat perhatian serius oleh Dewan Pemuda PAS Shah Alam dan kami juga percaya banyak pihak yang terkejut dengan apa yang telah diputuskan.

Walaubagaimanapun DPPSA bersyukur dan lega kerana PAS dilihat mempunyai mekanisme yang tegas untuk menjaga keutuhan dan kemantapan parti.

PAS semenjak akhir-akhir ini dilihat mula diminati oleh sebahagian besar masyarakat di Malaysia. Jesteru kehadiran pelbagai jenis golongan ke dalam PAS sudah semestinya akan membawa bersama pelbagai bentuk ragam dan warna. Maka PAS perlu memperkasakan jawatankuasa tatatertibnya agar dapat memastikan tindakan ahlinya tidak melanggar perlembagan atau akhlaq parti.

DPPSA juga berbangga dengan sikap Pesuruhjaya PAS Selangor dan Yang Dipertua PAS Shah Alam kerana masing-masing mampu menterjemahkan sikap matang dan berlapang dada yang patut menjadi contoh kepada keseluruhan ahli di dalam menerima keputusan Jawatankuasa Tatatertib ini. Sikap keterbukaan dan berlapang dada sahaja mampu meredakan segala kegusaran dan rasa tidak selesa terhadap sesuatu keputusan.

DPPSA memahami kesukaran Lembaga Disiplin yang terpaksa menangani kes rumit ini yang mana ianya memang jarang berlaku dalam parti PAS sebelum ini. Atas kapasiti itu adalah mustahil untuk lembaga disiplin memuaskan hati semua pihak dalam keputusannya. Namun kita amat meyakini lembaga disiplin telah berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.

DPPSA juga melihat bagaimana kedudukan YB Khalid dan YB Datuk Hassan Ali sebagai individu baru dalam konteks kemenangan.

PAS baru mengecapi erti kemenangan di Selangor dan masing-masing sedang belajar untuk mengurus kemenangan tersebut. Sebagaimana kami Dewan Pemuda PAS Shah Alam juga baru dalam memahami rentak mengurus kemenangan ini. Jesteru dalam meniti proses ini ada masanya akan berlaku kesilapan dan perlu diperbetulkan agar kesilapan tidak berulang. Janganlah dilihat kesalahan ini terlalu besar sehingga tidak boleh dimaafkan. Malang lagi kalau masih ada yang terus membesar-besarkan kesalahan ini. Sampai bila pun penyelesaian tidak akan terlaksana.

DPPSA menyeru agar kes ini menjadi suatu pengajaran berguna untuk kita memperkukuhkan saf dan mara dengan lebih tersusun untuk mengisi kemenangan dan seterusnya menjadi benteng pertahanan Pakatan Rakyat di Selangor ini. DPPSA menekankan bahawasanya TARBIAH wajib diperkasakan agar dapat dipastikan ahli-ahlinya berkualiti. Kes ini hanyalah secebis kes dalam asam garam berjuang. Akhirnya nanti PAS akan terus utuh sebagai parti matang yang mampu menerajui pentadbiran Malaysia.

DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM

kenaikan harga minyak bulan mei

Oleh : Mhbr79
Isu kenaikan harga minyak pada bulan mei telah diketahui umum. Namun jumlah kenaikan dijangka bakal mengejutkan pengguna dan bakal menyaksikan rakyat Malaysia jatuh miskin serta merta. Disamping segala krisis berkaitan kenaikan harga minyak mungkin tidak dapat dibendung dan bakal mencetus kenaikan harga barang yang bakal membebankan rakyat Malaysia. Setelah kerajaan memperkenalkan RON 95 bagi mengelabui mata pengguna untuk menaikkan harga minyak, kita tidak mengetahui apakah strategi yang bakal digunakan pada bulan Mei nanti untuk menghalakan tindakan mereka.

Harga minyak telah menghantui masyarakat Malaysia sebelum ini apabila ia dinaikkan ke paras tertinggi RM 2.70 seliter yang menyaksikan kekalahan teruk BN dalam PRU ke 12. Apakah masalah yang sama perlu dihadapi oleh BN dalam PRU ke 13 apabila memilih untuk menaikkan harga minyak ini? Namun harus diingat, kesan buruk rasuah telah mula melanda ekonomi negara ini. Jika pentadbirnya masih orang yang sama, kita bimbang kes-kes penganiayaan terhadap rakyat demi melindungi kepentingan golongan tertentu akan terus berleluasa dan rakyat bakal menangis di bumi sendiri.

Ibu Tunggal Ditembak Tanpa Sebab

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.

Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.

Khalid terima keputusan, akan rayu segera

Saturday, January 30, 2010
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menerima keputusan Jawatankuasa Disiplin yang mendapati beliau bersalah namun akan membuat rayuan segera berhubung hukuman penggantungan enam bulan dari jawatan parti.

Dalam respon segera kepada Harakahdaily beliau yang berada di luar negara berkata, beliau menghormati keputusan tersebut.

"Oh ok, No problem, saya boleh appeal (merayu) selepas saya balik.

"Yang penting dua dua didapati bersalah dan saya harap Datuk PJ (Hassan Ali) tidak akan lagi menimbulkan masalah dengan PR (Pakatan Rakyat) Selangor," katanya melalui khidmat pesanan ringkas SMS.

Keputusan p'raya kampus UM digantung

Friday, January 29, 2010
Selepas rundingan lebih empat jam hari ini, Universiti Malaya mengambil keputusan untuk menggantung sementara keputusan pilihan raya kampusnya yang diumumkan semalam.Menurut bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad, keputusan itu dipersetujui bersama oleh naib canselor, Ghauth Jasmon dan kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M).

Ghauth juga bersetuju membenarkan kumpulan pro-M untuk melantik perunding bagi menguji sistem e-undi yang didakwa mereka dimanipulasikan.Sekiranya dakwaan berkenaan berasas, Ghauth bersetuju pilihan raya kampus diadakan semula.
Ghauth juga berjanji akan menyiasat dakwaan yang timbalan naib canselor, Azarae Idris menyalah-gunakan kedudukannya dan terbabit memanipulasikan pilihan raya itu.
Selepas pengumuman butiran perbincangan itu, kumpulan pro-M berarak ke Dewan Tunku canselor untuk meraikan keputusan berkenaan.

Mereka juga menghempas sebuah komputer sebagai melambangkan bantahan terhadap pengundian e-undi dan membawa komputer itu berarak di seluruh kampus.Pada masa yang sama, mahasiswa berkenaan turut membakar akhbar Kosmo yang didakwa membuat laporan tidak tepat berhubung jumlah kerusi yang dimenangi mereka.
Sebelum ini, lebih 200 pelajar dari kumpulan pro-M yang tewas semalam mengugut akan mengadakan demonstrasi jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.Antara tuntutan awal mereka ialah supaya pilihan raya kampus diadakan semula dan pembatalan pengundian secara berkomputer atau e-undi.
Suasana tegang menyelubungi kampus UM sejak malam semalam dan pagi tadi apabila ratusan mahasiswanya berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori.

Khalid digantung jawatan 6 bulan, Hassan Ali diberi amaran

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali diberi amaran bertulis berkuat kuasa hari ini.

Kedua dua mereka didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS.

Khalid digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Pengerusi Lajnah Politik PAS Pusat.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada sidang media selepas mesyuarat petang ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Anasir dari Umno dan Polis Terlibat dengan Insiden Kepala Babi?

Keadilanrakyat.org

Banyak pihak mengkritik Naib Presiden KEADILAN Azmin Ali mendedahkan bahawa beberapa anggota Umno terlibat dalam pembakaran sebuah gereja di Desa Melawati. Beliau akan mengumumkan nama mereka pada ketika yang sesuai. Mungkinkah kerana itu pihak Menteri Dalam Negeri dan polis tidak mahu memanggil beliau untuk siasatan?

Berikutan peristiwa kepala babi hutan diletakkan dekat masjid di Taman Datuk Harun dan Seri Sentosa pula didapati banyak perbualan mengenainya di kalangan orang ramai setempat. Sehubungan perbualan-perbualan di Taman Medan beberapa kesimpulan dapat dirumuskan,

Hina Raja: Penulis blog, Aduka Taruna didakwa

Seorang penulis blog, yang disiasat berhubung kesalahan menghina Sultan Johor, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini.

NONEPemuda 29 tahun itu, yang dikenali dengan nama penanya Aduka Taruna, ditahan reman di Majistret Kota Bharu selama empat hari yang berakhir hari ini.

Menurut peguammnya, Mohd Razlan Jalaludin, Aduka Taruna telah tiba di mahkamah berkenaan selepas solat Jumaat tadi dan sedang menunggu pendakwaan terhadapnya dimulakan.

Penulis berkenaan menyerah diri di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu Isnin lalu.

Beliau akan didakwa bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda RM50,000, satu tahun penjara atau kedua-duanya.

Kalimah Allah: Presiden PAS anjur dialog dengan NGO Islam

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mengadakan satu dialog dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut aga Kristian di negara ini.

Majlis tersebut akan diadakan pada hari Ahad ini 31 Januari bertempat di Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut di ibu negara dan akan bermula jam 9 malam.

Setiausaha politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu penganjuran tersebut bagi melihat peranan yang boleh dimainkan oleh NGO Islam dalam menangani permasalah ini.

Bukti Pemuda Umno Terlibat..Mengapa Hishamuddin Ketakutan..

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengeluarkan kenyataan "anih" selaku Menteri Dalam Negeri apabila mengumumkan polis tidak akan mengambil keterangan daripada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berhubung dakwaannya beberapa ahli Pemuda Umno terbabit dalam kes serangan gereja di Desa Melawati awal bulan ini.
Hishamuddin menuduh Azmin sebagai membuat "kenyataan politik" namun hakikat ialah sebagai Menteri bertanggungjawab atas keselamatan, beliau harus mendesak polis menyiasat kesahihan dakwaan berani yang dibuat Azmin.
Sebaliknya Hishamuddin berkata Azmin bebas untuk membuat kenyataan namun polis tidak akan mengambil keterangannya.
"Azmin hanya orang politik yang boleh membuat andaian dan tuduhan yang bermacam-macam," kata Hishamuddin.

Pelajar UM terus berdemonstrasi

TERKINI Lebih 200 mahasiswa Universiti Malaya daripada kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori.
Mereka berang selepas tewas dalam pilihan raya kampus yang diadakan semalam dan mendakwa berlakunya penyelewengan.Kumpulan pro-M juga menuntut pilihan raya baru diadakan semula dan sistem pengundian secara berkomputer atau e-undi batalkan.
Mahasiswa berkenaan memakai lilit kepala putih dengan tertera perkataan 'bantah' dalam tulisan merah.
Kumpulan mahasiswa itu juga dilaporkan bersiap sedia untuk menyerbu pejabat Canselori jika Naib Canselor, Ghauth Jamson gagal berjumpa dengan mereka.
Turut berada di lokasi adalah kumpulan mahasiswa dari kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) yang berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M. Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas.

Selangor dakwa polis sabotaj Thaipusam

Polis petang semalam merobohkan pentas yang telah siap dibina oleh kerajaan negeri Selangor untuk menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves.

Pentas berkenaan bertujuan digunakan bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan bantuan RM1 juta kepada sekolah-sekolah Tamil dan kuil-kuil Hindhu di negeri itu.

“OCPD Gombak (Abdul Rahim Abdullah) dan pegawai polis lain datang pada jam 6.30pm dan mendakwa ia (perobohan) untuk tujuan keselamatan," kata penyelaras program itu yang juga Ahli Majlis Tempatan Selayang, George Gunaraj.

Beliau juga mendakwa Abdul Rahim telah memberikan kebenaran lisan bagi pembinaan pentas itu ketika mesyuarat menganjurkan sambutan Thaipusam itu.

dr xavier jayakumar official photoExco Selangor Dr Xavier Jayakumar juga mendakwa mereka telah mendapat kebenaran dari Majlis Perbandaran Selayang.

Beliau berkata arahan pihak polis itu amat mencurigakan dan berkemungkinan besar menjurus kepada lawatan Perdana Menteri Najib Razak hari ini.

Beliau bersama-sama Adun Batu Caves Amirudin Shaari bergegas ke lokasi untuk meninjau tindakan polis ini, dan meminta penjelasan namun polis enggan bekerjasama.

PROJEK MENTERNAK IKAN KELI PEMUDA PAS PADANG JAWA


Bantahan e-undi di UM memuncak, pelajar berang

Suasana tegang menyelubungi Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur malam semalam apabila lebih 500 mahasiswa berkumpul dan bertelingkah berhubung keputusan pilihan raya kampusnya.

Lebih 300 pelajar daripada kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) melancarkan bantahan berhubung pengundian secara berkomputer atau e-undi sejurus selepas keputusan menunjukkan kumpulan pro-aspirasi (pro-A) kembali menguasai universiti ini.

Bantahan yang bermula jam 10.30 malam semalam berlanjutan selama sejam di pejabat canselori, UM.

Walaupun pihak keselamatan cuba menghalang perhimpunan itu tetapi mereka gagal berbuat demikian apabila jumlah yang terbabit semakin ramai.

Pelajar menuntut naib canselor, Ghauth Jamson turun bagi berbincang dengan mereka sambil melaungkan slogan seperti "NC turun", "bantah e-undi" dan "kita marah".

Walaupun pelajar dimaklumkan bahawa naib canselor dan timbalannya tidak berada di pejabat ketika itu, namun mereka tidak mempercayainya dan tetap menuntut berjumpa dengannya.

Pemuda PAS WP persoal daftar Puteri Umno di sekolah


Herman Samsudeen   
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan kewajaran tindakan Umno Bahagian Segambut dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut yang membuat kempen pendaftaran Puteri Umno kepada pelajar-pelajar sekolah.

Expo Pendidikan Jalinan Mesra 1 Malaysia yang dianjurkan sebenarnya hanyalah gimik pihak sekolah dan Umno Bahagian untuk mengambil kesempatan ke atas pelajar-pelajar sekolah.

DPPWP kesal dengan kecurangan yang ditunjukan oleh pihak Sekolah yang bersekongkol dengan Umno untuk mempolitikan pelajar sekolah. DPPWP mengesa agar pengetua sekolah  berkenaan diambil tindakan tatatertib di atas tindakan beliau membenarkan Umno mendaftarkan Pelajarnya sebagai anggota Puteri Umno.

Ku Li: Kelantan Berhak Dapat Royalti, Bukan "Wang Ehsan"..!


Matlamat untuk mengumpulkan 100,000 orang di Stadium Sultan Mohd IV tercapai untuk program Solat Hajat dan Majlis Penerangan Royalti Minyak oleh YBM Tengku Razeleigh Hamzah malam tadi.

Harga Proton Waja Di Arab Saudi

Thursday, January 28, 2010
idhamlim.blogspot.com

Email : BADRUL HISHAM HJ. AHMAD FUAD

1 MALAYSIA SENTIASA DITIPU...


Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi?
Apa istimewanya orang Arab?

Kata ”Rakyat didahulukan”…..
Kenapa orang Arab lebih diutamakan?

Haaaa…..Jawapannya ialah…..Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu …..Hahaha

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950


1 Saudi Riyal = RM 0.94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje

1 Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk 1 Waja di Msia!
RM31,126.97 lebih MAHAL!


Malaysia Government suppose to protect their people instead of cheating their hard earnings..!!

Ketegangan agama: Nik Aziz persalahkan Umno

Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 28 Jan: Umno perlu bertanggungjawab terhadap ketegangan yang berlaku di negara ini termasuk insiden kepala babi yang dilontarkan di dua buah masjid di Petaling Jaya semalam.
Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata perkara buruk seumpama itu berlaku akibat Umno telah menghilangkan rasa hormat masyarakat kepada agama.

Akibatnya, berlakulah perkara negatif seperti merosakkan rumah ibadat agama lain dan melemparkan kepala babi di masjid tempat orang muslim beribadat.
(GAMBAR: Nik Aziz makan tengahari bersama paderi Kristian di sebuah hotel hari ini. Turut serta 200 pemimpin lima agama utama di Malaysia)

“Astaghfirullahalazaim…saya mendoakan semoga Kelantan terselamat dari gejala itu termasuk Malaysia juga.

Nik Aziz jadi hos 200 pemimpin agama makan tengahari bersama

Harakahdaily   

KOTA BHARU, 28 Jan: Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara, Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengahari bersama.
Mereka bertemu di sebuah hotel di Kota Bharu atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu.

Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katholik, yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan 'God' dalam Bahasa Inggeris.

Royalti minyak Kelantan sepatutnya RM40 juta

Kerajaan PAS Kelantan mempertikaikan wang ihsan hanya sebanyak RM20 juta dan meminta kerajaan pusat menilai jumlah itu.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata nilai yang sewajarnya diterima negeri itu, berdasarkan dengan pihak Petronas awal bulan ini, adalah sebanyak RM40 juta bukannya RM20 juta seperti diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam. Husam yang juga Pesuruhjaya PAS II Kelantan berkata melalui perbincangannya Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Hassan Merican pada 8 Jan lalu, beliau RM40 juta itu tidak termasuk tuntutan di kawasan telaga bintang yang dengan kawasan perairan Terengganu-Kelantan.

"Pendirian kerajaan negeri tetap tidak menerima keputusan itu...kami mahu kenyataan rasmi dari Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco, di Kota Baharu hari ini.Beliau mengulas kenyataan Mustapa semalam mengumumkan kerajaan Persekutuan memutuskan untuk membayar sebanyak RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan pada Mac ini yang merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil cari gali petroleum diperolehi sejak Mei 2008.

Rakyat perlu waspada dengan manipulasi perkauman, agama

http://anwaribrahimblog.com/   

Saya konsisten menyatakan betapa pencemaran mesjid, gereja dan rumah ibadat yang berterusan amat membimbangkan.

Rakyat harus waspada dengan muslihat individu atau gerombolan yang mewakili kalangan terdesak menghasut rakyat dengan memperalatkan isu kaum dan agama.

Tindakan polis dan Menteri Dalam Negeri membuat penangkapan ramai dan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri amat dicurigai.

Adalah dikhuatiri langkah tersebut adalah percubaan mengalih perhatian dari gerombolan terlibat. Kami membantah keras penggunaan ISA dalam apa jua keadaan sekalipun.

Dalam menangani kemelut kini, kami ulangi saranan agar pertemuan antara kaum dan agama dianjurkan di setiap peringkat agar permasalahan ini tidak membarah di kalangan masyarakat.

DPPP bidas kelembapan kerajaan

http://episodeperjuangan.blogspot.com   
1. Negara amnya dan ummat Islam khasnya sekali lagi berada dalam keadaan resah dan tidak selesa dengan perkembangan terkini berkait isu kepala babi yang diletakkan di perkarangan 2 buah masjid Taman Datuk Harun di Petaling Jaya dan Masjid Al-Imam Al-Tirmizi, Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama.



2. Sebelumnya negara kita cemas dengan insiden pembakaran gereja dan surau ekoran polemik penggunaan kalimah Allah menjadi isu panas dalam negara .

3. Pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengeksploitasi keadaan dengan melancarkan tindakan provokatif yang mencetus ancaman terhadap tahap keselamatan rakyat dan negara .

4. Keadaan ini perlu diredakan segera . Keamanan negara mesti dipelihara . Semua pihak bertanggungjawab dengan pantas menghentikan segala tindakan dan kenyataan yang bersifat provokatif .

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia komited dengan tindakan yang positif ke arah menyelesaikan konflik yang tercetus . Tanpa kawalan cepat , berkesan dan bijak keadaan mungkin berjaya dimanipulasi oleh pihak yang sengaja mengambil kesempatan untuk menimbulkan huru hara dalam negara kita .

Serang gereja: Azmin dakwa ahli Umno terbabit

Naib Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mendakwa terdapat ahli Umno yang terlibat dalam kejadian serangan ke atas sebuah gereja di Desa Melawati awal bulan lalu.


"Saya akan mendedahkan dalam masa terdekat ini mereka yang terlibat dalam kes serangan terhadap gereja di Taman Melawati (Desa Melawati) adalah ahli dan anggota Pemuda Umno.

"Saya menggesa presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) mengambil tanggungjawab berhubung perkara ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengumpulkan bukti untuk didedahkan kepada umum, dijangka dalam masa terdekat ini.

"Saya akan kumpulkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor keahlian Umno, baru saya akan sebarkan kepada rakyat," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Diminta menjelaskan jangkaan pengumuman itu dapat dibuat, beliau berkata:

"Dalam masa terdekat. Saya tidak sukar (mendapatkan butiran tersebut) kerana berdasarkan nombor kad pengenalan, kita boleh dapat nombor keahlian Umno mereka."

Azmin memberitahu media perkara berkenaan selepas melawat Masjid Jumhuriyah Taman Datuk Harun, Petaling Jaya ekoran insiden kepala babi diletakkan dalam perkarangan masjid berkenaan awal pagi ini.

Beliau melapangkan masa kira-kira satu jam bermula 2.30 petang.

DALAM DIAM ISA DIGUNAKAN : 50 termasuk pelajar ditahan bawah ISA

Wednesday, January 27, 2010
TERIKINI Lima puluh orang, termasuk rakyat asing dan pelajar universiti tempatan, ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Khamis lalu, kerana disyaki terbabit dalam keganasan, demikian menurut peguam Edmund Bon.

edmund bon 00Menurut Edmund yang juga adalah peguam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), mereka yang ditahan dibawa ke ibu pejabat polis Bukit Aman.Menurutnya, 38 orang daripada mereka dibebaskan sehari selepas itu, manakala 12 lagi masih ditahan.

Edmund juga berkata, beliau telah bercakap dengan beberapa mereka yang telah dibebaskan dan sedang berusaha menemui mereka yang masih ditahan.
Bagaimanapun menurut Kementerian Dalam Negeri pihaknya belum dimaklumkan mengenai penangkapan itu.
ISA membenarkan penahan tanpa bicara.

AdukaTaruna: Rais Yatim Terpaksa Menyelamatkan Maruah UMNO

Rais Yatim lebih lama dan senior dalam politik berbanding dengan blogger-blogger UMNO seperti Parpukari, PapaGomo, RuangBicaraFaizal, DarulEhsanToday dan sebagainya. Rais Yatim tahu bahawa isu Aduka Taruna ini hanya akan menikam UMNO lebih dari diri Aduka sendiri.

Maka Rais Yatim terpaksa mengeluar kenyataan bahawa tiada tindakan kepada Aduka Taruna sekiranya beliau meminta maaf secara terbuka. (Dan Aduka Taruna telahpun meminta maaf secara terbuka)

Rais Yatim belajar dari insiden Rampasan Kuasa Haram di Perak. Sewaktu bermula insiden tersebut, parti-parti Pakatan Rakyat cuba dilabel sebagai penderhaka kepada Raja-Raja Melayu. Malangnya, apabila isu tersebut digunakan, timbul balik semua sejarah UMNO menderhaka kepada Raja2 Melayu.

Ini kerana tidak sampai setahun yang lepas rakyat melihat juak-juak UMNO memanggil Raja Terengganu dengan perkataan “Binatang” secara terbuka. Dan pada waktu itu tiada siapa yang ditangkap polis. Bukit Aman dan Ketua Polis Negara tidak menubuhkan apa-apa pasukan penyiasat khas bagi menyiasat siapa di belakang banner yang menghina Tuanku Sultan Terengganu itu.

The Sultan and I

http://www.khalidsamad.com/   

Salaam dari Timur Tengah,

Pada asalnya saya tidak bercadang untuk membicarakan persoalan kunjungan saya selaku ahli Parlimen Shah Alam menghadap Baginda Sultan Selangor.

Ianya sebenarnya merupakan satu kunjungan hormat yang sememangnya patut dilakukan oleh sesiapa sahaja yang dipilih rakyat untuk menjadi Ahli Parlimen Shah Alam.

Di atas dasar itulah maka saya menulis pada 20 November 2009 untuk diperkenankan mengadap. Oleh kerana kesibukan Baginda, maka pada tarikh 22 Januari 2010 barulah permintaan saya itu diperkenankan.

Oleh kerana tidak mahu menghebohkannya atau mempolitikkannya, maka apabila ditanya wartawan mengenainya pada hari berkenaan maka saya hanya menjawab, “Tiada komen, sila dapatkan penjelasan dari pihak Istana”.

Malangnya respon yang bersahaja itu telah disalah ertikan. Akhirnya, beberapa akhbar telah menyiarkan berita saya mengadap Sultan di muka surat depannya, “Khalid dititah mengadap Sultan” seolah-olah saya telah diperintah menghadirkan diri atas sebab DYMM Sultan murka terhadap saya.

Dua kepala babi di masjid Datuk Harun

Harakahdaily   
PETALING JAYA, 27 Jan: Dua kepala babi dikesan dilontar di masjid Jumhuriah Taman Datuk Harun di Petaling Jaya pagi ini.

Menurut satu sumber, kejadian disedari jam 7 pagi apabila siak masjid menjumpai bungkusan mencurigakan di perkarangan pintu masuk bahagian belakang masjid.

Pada mulanya beliau menyangka bungkusan tersebut mengandungi bayi yang ditinggalakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Namun setelah pihak polis yang dihubungi datang menyiasat, terdapat dua kepala babi dalam bungkusan tersebut.
Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Petaling Jaya Selatan, Ustaz Ghazali Shaari dan beberapa anggota unit amal.

Kelantan Dapat RM20 Juta Wang Ehsan Mac Ini

Malaysiakini

Kerajaan Persekutuan memutuskan sebanyak RM20 juta wang ehsan diberikan kepada Kelantan yang akan dibayar pada Mac ini,kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau

berkata hasil perbincangan Kerajaan Persekutuan dengan Petronas baru-baru ini, wang itu merupakan hasil pengeluaran hasil minyak dan gas di Medan Bumi Selatan, Blok PM301 yang berdekatan dengan perairan Kelantan.
"Jumlah RM20 juta itu merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil di blok tersebut sejak Mei 2008," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Wang Ehsan yang bertajuk "Antara Retorik Politik dan Keperluan Rakyat" di Kota Baharu, malam semalam.

Adun Triang menitiskan air mata mengenangkan sokongan Presiden PAS

Buletinonline

KEMAMAN 26 Jan: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang, Pahang dari parti DAP, Encil Leong Ngah Ngah, menitiskan air mata apabila mengenangkan kesahnya dengan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

”Saya menangis bila ingat kesah dengan Tok Guru Hadi Awang, waktu itu sepuluh tahun lalu, Tok Guru pergi ceramah di tempat saya di Triang, semua orang Melayu, saya satu orang Cina,”katanya memulakan ucapan pada Majlis Makan Malam bersama Masyarakat Tionghua DUN Chukai, disini Sabtu lalu, 23 Januari.

(gambar: Leong dua dari kanan dalam majlis di Chukai)

berkempen dalam memperjuangkan ketuanan Melayu dan memburuk-burukkan orang Cina, khususnya DAP.

Katanya, Umno sedang bersiap sedia untuk membawa 10,000 orang pemudanya ke Kuala Lumpur, bagi menunjukkan kekuatan.

Siasatan lawatan Disneyland diserah ke Putrajaya

Tuesday, January 26, 2010
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan siasatan dakwaan penyalahgunaan dana awam untuk lawatan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo (bawah) ke taman tema Disneyland di Perancis dan Amerika Syarikat.
Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Mahad berkata kini terpulang kepada peguam kanan persekutuan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk mengambil lanjut."Saya dimaklumkan SPRM Putrajaya telah menyelesaikan siasatannya mengenai itu dan (hasilnya) telah dihantar ke peguam kanan persekutuan.
"Sekarang, peguam kanan persekutuan akan menyiasat perkara itu dari semua sudut perundangan, berdasarkan keterangan yang diberikan," katanya dalam sidang di pejabatnya diShah Alam hari ini, lapor Bernama.

Mohd Khir didakwa menggunakan dana kerajaan negeri untuk membuat dua "lawatan teknikal" ke taman tema di Perancis dan Amerika Syarikat pada 2004 dan 2007, yang dikatakan membabitkan perbelanjaan kira-kira RM1.7 juta wang anak syarikat kerajaan negeri Permodalan Negeri Selangor Bhd.Sebelum itu, pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor telah menghantar 'rombongan' ke pejabat SPRM di Shah Alam, dengan membawa replika 'Disneyland'.
Ia merupakan satu 'ingatan' kepada SPRM supaya membuka segera kes lawatan Khir ke Disneyland, pada 2004.

PAKATAN RAKYAT VS BN PART 1

FAKTA :

PERUNTUKAN HAL  EHWAL ISLAM PULAU PINANG SECARA PERBANDINGAN :


2008 (ZAMAN BN) : RM 12.5 JUTA

2009 (ZAMAN PR) : RM 20.5 JUTA

2010 (ZAMAN PR) : RM 24.13 JUTA


KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG  MEMPERUNTUKKAN SATU KALI GANDA DARI ZAMAN KERAJAAN BN UNTUK MEMBANTU PENGEMBANGAN ISLAM DALAM NEGERI PULAU PINANG....

Itulah antara beberapa fakta yang membuktikan bahawa BN hanya pandai bercakap membela Islam, namun hakikatnya Islam hanyalah alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka.....

Nizar akan ambil tindakan undang-undang terhadap TV3, TV9

http://misabah.blogspot.com

Hj Nizar telah meminta saya menghubungi peguam Hanipa Maidin bagi membincangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan namanya yang terpalit akibat dakwaan TV3 DAN TV 9 kononnya Pegawai Khasnya telah ditahan oleh SPRM.

Para bloggers UMNO BN telah memainkan isu ini dan mendakwa kononnya Pakatan Rakyat akan menuduh UMNO BNlah yang mengatur konspirasi ini menjelang keputusan Mahkamah Federal 9hb Februari ini.

Kalau itulah yang didakwa UMNO BN, memang sungguh BN UMNOlah perencana konspirasi ini. Sehingga sekarang tidak ada seorang pun Pegawai Khas Hj Nizar yang ditahan oleh SPRM, mereka ada di Ipoh, di Pasir Panjang dan di Bukit Gantang

Bekas Pegawai Khas YB Hj Nizar di pejabat MB dulu ada tiga orang, En. Amran, Muhammad K.Y Tiang dan Nadarajah.

Pegawai Khasnya yang masih bertugas dengan beliau di Pasir Panjang En Hamidon, manakala Pegawai Khasnya di Bukit Gantang, En Saharuddin, En Fadzil dan En Zainuddin dan En Bashir. Semuanya dilantik oleh YB Dato' Seri Hj Nizar.

Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang ditahan, direman atau dihubungi oleh pihak SPRM. Jadi dakwaan tersebut adalah karut dan berniat jahat.

YB Dato' Seri Hj Nizar melalui peguamnya Hanipa Maidin dijangka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 dan TV9 bagi membersihkan namanya dan juga nama pegawai-pegawai khasnya

Hina Sultan: Polis juga diiminta siasat Cybertrooper Umno

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengesa Polis membuat siasatan menyeluruh terhadap kes menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

DPPWP berharap bukan Aduka Taruna sahaja yang disiasat dan didakwa, sedangkan orang lain dilepaskan. Rakyat akan melihat Aduka Taruna sebagai kambing hitam dan Polis akan dianggap berat sebelah jika siasatan menyeluruh tidak dibuat.

Semalam, DPPWP juga menerima beberapa maklumat lain yang turut melibatkan beberapa blogger lain termasuk cybertrooper Umno yang turut menyebarkan berita palsu serta menghina Almarhum Sultan.

Komplot Menjatuhkan maruah YB Nizar

YB Idham Lim
Sepanjang hari semalam sehingga larut malam saya masih menerima panggilan dan sms bertanyakan mengenai berita yang didakwa disiarkan dalam berita di TV 3 mengenai pegawai Khas kepada MB Rakyat Perak, DS. Nizar yang dikatkan dengan siasatan SPRM yang hangat diperkatakan sekarang.

Secara kebetulan berita kelmarin juga dihangatkan dengan surat yang diterima oleh DS. Nizar mengenai tarikh 9 Februari yang akan memutuskan keputusan perbicaraaan di Mahkamah Persekutuan pada 5 November tahun lepas.

Saudara Amran Harun adalah Pegawai Khas kepada DS.Nizar dan sampai semalam saya bersama beliau dan maklumat yang diberikan kepada saya ialah dalam salah seorang yang ditangkap oleh SPRM , individu tersebut memiliki kad nama yang memperkenalkan dirinya adalah Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Pemuda PAS buat jelajah erat ukhuwah

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam, Pemuda PAS Pusat akan mengadakan sesi jelajah seluruh
negara bertema `Kami mencintai Mu Ya, Rasulullah' bermula awal Februari dan berakhir Disember 2010.

Menurut pengerusinya, Ustaz Ridwan Mohd Noor dalam program itu turut diedarkan sticker kereta dan motor.

Katanya, matlamat program itu mahu menanam dan menyubur rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah di samping menyuntik kesedaran
para penyokong dan pendukung PAS tentang perjuangan Islam yang diteraskan qudwah terbaik melalui Rasulullah.

"Kita juga mengharapkan dapat merapatkan ukhuwah antara pimpinan Pemuda PAS Pusat dengan ahli di peringkat akar umbi," katanya.

Beliau berkata, program itu bermula di Sungai Besar dan akan berakhir di dataran Masjid KLCC pada 31 Disember 2010.

Agong jalani rawatan, Sultan Kedah memangku

Monday, January 25, 2010
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan melantik empat anggota Jemaah Pemangku Baginda bagi menjalankan tugas-tugas Sultan Kedah berkuatkuasa esok sehingga 25 Feb.

tuanku abdul halim sultan of kedahAnggota-anggota Jemaah Pemangku itu ialah adinda baginda, Tunku Bendahara Datuk Seri Tunku Anuar dilantik sebagai Yang Dipertua Jemaah Pemangku Sultan, tiga anggota Jemaah Pemangku Sultan ialah Tunku Temenggong Kedah Datuk Seri Tunku Sallehuddin, Tunku Laksamana Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani dan puteri baginda, Tunku Panglima Besar, Datuk Seri Puteri Intaz Safinaz.

Keempat-empat anggota jemaah tersebut melafaz sumpah yang disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Hussin dan Ketua Hakim Syarie Datuk Wira Sheikh Yahya Jusoh.

Minta maaf tidak cukup, Aduka Taruna perlu disiasat

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) bersetuju dengan pandangan Pemuda PAS Johor agar polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
Tulisan dalam blog Adukantaruna.blogspot.com berkenaan Almarhum Sultan adalah biadap dan tidak menunjukan sikap sebagai orang yang berakhlak. Artikelnya yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la" jelas membuat penyataan yang menghina.

Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina ulama mahzab dan juga isteri Rasulullah saw, Aisyah.

"DPPWP berpandangan bahawa tahap kebiadapan Aduka Taruna amat melampau dan beliau langsung tidak sensitif terhadap perasaan rakyat dan umat Islam. Keegoan beliau perlulah disiasat sebagai memperbetulkan fikrah yang kian tersesat," kata Herman Shamsudin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Bagi Herman, Jakim juga perlu bertindak dalam hal ini kerana minta maaf sahaja tidak cukup untung melangsaikan hutang kebiadapan dan fikrah yang mengarut Aduka Taruna.

Akhirnya : Mahkamah Persekutuan putuskan 9 Feb Kes MB Perak



Mahkamah Persekutuan akan memutuskan pada 9 Februari depan kes pertikaian berhubung siapakah menteri besar Perak yang sah.

Dalam twitternya, pemimpin DAP, Lim Kit Siang menulis bahawa mahkamah akan bersidang pada jam 9.30 hari berkenaan.

Sebelum ini, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Pada Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Mohammad Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, tidak membantah berhubung permohonan itu.

Pertikaian bagi jawatan menteri besar Perak bermula selepas tiga anggota dewan undangan negeri meninggalkan pakatan pembangkang DAP-PKR-PAS dan memberikan sokongan kepada BN pada Februari.

Melayu Bukan UMNO Bertaraf Lebih Rendah Dari Kaum Cina dan India


Di bawah adalah sepucuk surat dari Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat. Surat tersebut menyuruh pihak JKR Batu Pahat menyenarai hitamkan beberapa kontraktor Melayu Islam yang didapati menyokong pembangkang.

Ini bererti peluang ekonomi dalam bentuk kontrak dan projek hanya diberikan mengikut fahaman politik dan bukannya mengikut kelayakan serta kemampuan seseorang. Ini bererti diskriminasi berlaku bukan sahaja kepada orang Cina dan India, tetapi juga pada orang Islam yang tidak menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Polis naik pentas hentikan ceramah Anwar

Siri ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Kerinci malam tadi kecoh ekoran polis bertindak menaiki pentas untuk memberhentikan ceramah tersebut.

Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bersama-sama beberapa anggotanya bertindak menaiki pentas ceramah itu di Blok L Flat PKNS Kampung Kerinci meminta ketua pembangkang itu berhenti menyampaikan ceramah.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.35 malam, selepas setengah jam Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh memulakan ceramahnya.

Kejadian tersebut disaksikan kira-kira 500 hadirin yang hadir di situ sejak jam 8.30 malam.

(Kepala Surat Umno) Bajet Pilihanraya MPP di Kampus 2010

Sumber : berita semasa
 

Semua sedang mengetahui sekarang ini negara dilanda pilihanraya kampus bagi pemilihan Majlis Pewakilan Pelajar untuk tahun 2010. Pilihanraya kampus 2010 kali ini tidak kurang hebatnya. Ada yang menang, ada pihak yang kalah. Dan ada juga kejutan bagi keputusan pilihanraya di beberapa kampus. Seperti biasa calon-calon daripada pro-Aspirasi akan mendapat tentangan daripada calon-calon pro-Mahasiswa. Tidak mengapa, kita tinggalkan sebentar “pertarungan atas gelanggang” antara Pro-Aspirasi VS Pro-Mahasiswa. Mari kita lihat dan perhatikan surat yang di bawah ini :

DSAI Dihalang berceramah di Lembah Pantai

http://anwaribrahimblog.com/   
Alhamdulillah acara di Ampang dibanjiri puluhan ribu rakyat tanpa sebarang masalah.

Tetapi program di tanah PKNS, Kampong Kerinchi bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dan Nurul Izzah menghadapi masalah permit polis.

Entah mengapa sejak kemenangan kita usai tahun 2008, belum pernah sekali kami dibenarkan berucap di Lembah Pantai. Shahrizat terus berdendam dengan kekalahan dan Raja Nongchik menganggap beliau punyai kuasa mutlak. Dan polis bertindak sebagai alat penguasa Umno.

Pasukan khas siasat blog hina Almarhum Sultan Iskandar

Sumber BERNAMA

Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat Jumaat lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com  itu.

“Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah,” katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.

bersungguh pertahan kalimah allah, filem menghina tuhan dibenar tayang


Jika anda menyaksikan rancangan the making of "legion" di NTV 7 tengahari semalam, salah seorang aktornya memberikan kesimpulan kisah filem tersebut iaitu "Tuhan" telah bosan dengan manusia dan ingin menghapuskan mereka dengan menghantar para malaikat dan dibantah oleh ketua malaikat yang cuba menyelamatkan manusia.


Filem yang ditayangkan di Malaysia ini membayangkan betapa hipokritnya pemimpin UMNO. Tatkala mereka bermati-matian mempertahankan kalimah Allah, menggerakkan seluruh balaci mereka untuk membincangkan kepentingan memelihara kalimah Allah malangnya mereka tidak mempunyai hasrat langsung untuk mempertahankan akidah umat Islam dengan membenarkan penayangan filem yang mempunyai unsur menghina Allah.


Sehingga kini kita masih belum mendengar hatta satu teguran dari NGO-NGO ataupun pemimpin keris berkarat tersebut berkaitan filem yang boleh merosakkan akidah umat Islam ini.


Filem yang diarahkan oleh Scott Stewart dan dibarisi pelakon seperti Paul Bettany, Dennis Quaid, Kate Walsh, Adrianne Palicki , Willa Holland, Lucas Black, Tyrese Gibson dan Charlie S. Dutton ini bakal memusnahkan akidah umat Islam telahpun bermula 21 Januari 2010 yang lalu.


Kita menantikan respon dari seluruh umat Islam, samada mereka wajar mempertahankan kalimah Allah atau mereka wajar mempertahankan ALLAH.

Kelantan tolak lantik wakil pantau wang ehsan

Mohd Nor Yahya, Salmah Mat Husain, Foto: Rizal Tahir   
KOTA BHARU, 24 Jan: Kerajaan Kelantan menolak tawaran Pusat untuk melantik wakil kerajaan negeri dalam jawatankuasa pemantau wang ehsan di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan demikian pada sidang media selepas menerima kunjungan 45 peserta ekspedisi penyerahan memorandum menyokong tuntutan royalti petroleum oleh PAS Kawasan Batu, Kuala Lumpur, di JKR 10, di sini petang ini.
“Kalau dijemput semata-mata untuk menerima wang ehsan, saya tidak akan pergi dan benarkan, 100 peratus kerajaan Kelantan akan tolak,” ujarnya.
Ianya sebagai mengulas cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin, yang mendakwa akan menubuhkan jawatankuasa pembangunan wang ehsan di peringkat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Menurut Nik Aziz lagi, lebih penting dari penubuhan jawatankuasa itu adalah memastikan dahulu bentuk perundingan yang ingin dibuat sama ada rundingan soal royalti atau wang ehsan.

“Kalau nak beri wang ehsan tak payah rundinglah, sebab dia paksa kita.
“Saya tidak akan terima wang harta Kelantan,” ujarnya.

Mahasiswa Malaysia tidak redha ditindas

Sunday, January 24, 2010
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 24 Jan: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyeru kepada seluruh mahasiswa dan rakyat keseluruhannya bahawa mahasiswa negara ini tidak pernah redha dengan tindakan yang menindas mereka. Demikian kenyataan media SMM kepada Harakahdaily hari ini berhubung tangkapan sembilan pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) semalam.
Menurut kenyataan itu, seluruh mahasiswa IPTA semalam telah melakukan perarakan aman menuntut demokrasi bersih (walk for democracy) bermula dari Dataran Merdeka sehingga pusat membeli belah Sogo sekitar jam 10.30 pagi hingga 1 petang.
Perhimpunan tersebut menunjukkan ketidakpuasan hati mahasiswa Malaysia ke atas pencabulan demokrasi kampus dan hak-hak mahasiswa.

YB Khalid perjelas inti titah Sultan

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj menitahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad supaya mengusahakan suatu cadangan enakmen berkaitan masyarakat bukan Islam di negeri itu. Penjelasan Khalid itu sekaligus menafikan bahawa beliau dititahkan ke istana disebabkan vokal dalam isu kalimah 'Allah' sebagaimana yang dilaporkan beberapa media massa.
"Sekakat ini, bukan isu kalimah 'Allah', Sultan lebih bertitah (tentang) enakmen-enakmen berkaitan orang bukan Islam," jelas Khalid ketika dihubungi petang tadi.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik PAS Pusat menganggap Sultan Sharifuddin sebagai seorang pemimpin yang bersikap toleransi dalam melihat beberapa isu mutakhir yang membabitkan umat Islam dan masyarakat bukan Islam di Selangor.

Kedah telah laksana 80% janji manifesto - Exco

Ali Hashim   
PADANG SERAI, 24 Jan: Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR) telah berjaya melaksanakan 80 peratus janji dalam manifesto pilihan raya umum yang lalu walaupun belum mencapai tempoh pemerintahan negeri selama 24 bulan. Menurut Exco Kerajaan Negeri, Siti Aishah Ghazali, ini membuktikan bahawa kerajaan PR yang dipimpin oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mampu untuk mentadbir dan mengurus selia negeri dengan baik dalam tempoh yang singkat.

Menurut beliau lagi pada tahun 2009 yang lalu bajet sebanyak 26.5 juta kepada Maktab Mahmud telah ditambah kepada 28.5 juta pada tahun 2010 bagi menambahbaikkan institusi pendidikan agama tersebut di negeri ini.

"Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan berkebajikan kita juga telah memperuntukkan sebanyak RM600 ribu setahun kepada sekolah agama rakyat. Disamping itu sebanyak 12.5 juta telah diperuntukkan kepada guru KAFA dan juga guru-guru Quran di kampung-kampung.

"Kerajaan negeri juga telah menguntukkan sebanyak 8.75 juta kepada Universiti Insaniah bagi pengurusan dan pentadbiran supaya institusi ini akan menjadi salah sebuah institusi yang terbaik setanding dengan IPT yang lain," katanya.

SPRM didakwa menggeledah rumah tanpa waran geledah yang sah

Friday, January 22, 2010
SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terkejut dengan perkembangan terkini siasatan ke atas setiausaha kerja kepada Exco Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari kerana pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa menggeledah rumahnya tanpa waran geledah yang sah.

Menurut beliau, SPRM perlu memberi penjelasan terperinci kepada Kerajaan Negeri mengenai insiden tersebut supaya tidak menimbulkan keraguan.

“Kerajaan Negeri mahu SPRM memberi penjelasan mengapa perkara boleh berlaku. Penyiasatan SPRM melibatkan sebuah syarikat yang tidak tersenarai dalam pemberian kontrak aktiviti perlombongan pasir.

Bakar surau kerja orang tidak siuman - Idris

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap mereka yang membakar Surau Silaturrahim dan Surau Kampung Parit Beting pagi semalam sebagai orang yang gila dan tidak siuman.
Orang yang waras akan datang ke surau itu untuk beribadat. Jika bukan Islam, mereka  juga tidak akan bertindak sedemikian kecuali sudah hilang pertimbangan sebagai manusia yang normal.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataannya.

Menurut Idris, Allah pasti akan menghukum sesiapa sahaja yang cuba memusnahkan rumahNya (Masjid-Surau) sebagaimana yang terkandung dalam Sural Al-Fil ayat1-5 ;

"Tidakkah engkau lihat bagaimana Tuhan bertindak terhadap Tentera- tentera Bergajah? Tidakkah Ia jadikan rancangan jahat mereka (berakhir) dengan kesesatan (kegagalan)? Dan Allah telah melepaskan ke atas mereka burung-burung yang terbang berpasukan-pasukan. Sambil melontar ke atas mereka batu-batu yang pejal. Lalu Allah menjadikan mereka (binasa) seperti daun-daun yang dimakan ulat."

Jika Allah tidak menghukumnya di dunia, Allah telah menyediakan janjiNya untuk menghukum mereka yang melakukan dosa tersebut diakhirat.

Ustaz Hadi nafi laporan 'God bukan Allah'

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) semalam sebenarnya tidak membuat apa-apa resolusi. Penjelasan tersebut sekaligus dilihat berbeza dengan berita 'God bukan Allah -Ikim' seperti yang dilaporkan akhbar arus perdana bahawa ahli muzakarah sebulat suara bersepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi ganti nama 'God' atau 'Tuhan' adalah tidak tepat.
"Ya, muzakarah itu tidak mempunyai apa-apa resolusi, laporan itu tidak betul," jelasnya ketika dihubungi petang ini.
Pun begitu, beliau menegaskan bahawa kalimah Allah tidak boleh disalah guna untuk mengelirukan umat Islam.

kera dihutan disusukan : Rosmah jemput pelajar New Delhi sertai Permata Pintar

NEW DELHI 21 Jan. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menjemput pelajar-pelajar di New Delhi School, sebuah sekolah untuk pelajar-pelajar cemerlang di sini menyertai program Permata Pintar yang dicetuskan oleh beliau di Malaysia.
Dalam lawatannya ke Delhi Public School di sini, beliau berucap kepada 300 pelajar dan guru sekolah itu juga memaklumkan akan memanjangkan jemputan yang sama kepada pelajar-pelajar di negara lain.
Menjawab soalan seorang pelajar mengenai program itu, Rosmah berkata, Permata lahir atas sifat keibuannya yang mahu melihat generasi hari ini tidak dipersia-siakan.
Beliau yang berkongsi pengalaman mengenai perkembangan Permata Negara dan Permata Pintar memberitahu, program Permata telah diperkembangkan dengan kewujudan Permata Seni Muzik dan Permata Seni Koir.

Pemuda PAS jalin hubungan dengan kedutaan asing

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan kedutaan-kedutaan asing sebagai agenda dalam mempersiapkan PAS sebagai government in waiting.
Sehubungan itu, buat julung kalinya, Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat mengunjungi kedutaan Amerika Syarikat (AS), kelmarin.
Hubungan bersejarah itu terjalin apabila beberapa orang wakil Pemuda PAS Pusat yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Dr Raja Ahmad Alhiss membuat kunjungan hormat itu.
Rombongan yang turut disertai oleh Setiausaha Lajnah Antarabangsa dan Afyan Mat Rawi Ahli Jawatankuasanya, Fakhrulrazi Mokhtar itu disambut oleh Mr Brian McFeeters, Pegawai Politik Kedutaan Amerika Syarikat di samping Mr Nicholas Papp (Pegawai  Kebudayaan), Mr Ravindran Manickam (Pegawai Kanan Politik) dan Mr Riaz Urrahman Sadayan (Pegawai Public Afffair) .
Kunjungan tersebut amat dialu-alukan oleh pihak kedutaan AS yang selama ini hanya mendapatkan maklumat tentang PAS melalui media arus perdana sahaja.

kEHILANGAN 40000 WARGA INDIA DI MALAYSIA : PELIK & AJAIB

Misteri kehilangan rakyat India di Malaysia bukan sahaja menggusarkan kerajaan India tetapi juga menggusarkan seluruh rakyat Malaysia. Apakah yang telah terjadi kepada mereka? Adakah mereka berlegar sekitar kita selaku orang yang digelar PATI atau mereka telah diterima secara sah (yang tidak sah) sebagai rakyat Malaysia untuk membantu memenangkan BN dalam PRU akan datang. Siasatan perlu dilakukan segera terhadap keahlian MIC sekarang. Sekiranya pertambahan yang mengejutkan, sudah pasti ada sesuatu yang perlu diterangkan oleh pengerusi BN sekarang.

Sekiranya mereka dibiarkan terumbang-ambing tidak berhaluan, apa fungsi pihak bertanggungjawab bagi mengelakkan tercetusnya masalah-masalah sosial yang lebih serius. Nilainya bukan sedikit 40,000 orang. Sesuatu perlu dilakukan....

Muzakarah: Penggunaan Kalimah Allah Sebagai Terjemahan Kepada 'God' Tidak Tepat

KUALA LUMPUR: Muzakarah Pakar, yang disertai tujuh ilmuwan Islam, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini bersetuju bahawa penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada "God" adalah tidak tepat.
Pengerusi IKIM Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata muzakarah itu merumuskan bahawa terjemahan kalimah Allah sebagai "God" juga menyalahi hakikat sebenar kerana bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjurkan oleh agama Islam di Malaysia.
"Dalam perbincangan ini, kita semua setuju bahawasanya kita perlu menghormati dan menjunjung Perlembagaan Malaysia yang memberikan kebebasan beragama diteruskan dalam suasana aman dan harmoni," katanya pada sidang akhbar selepas muzakarah itu.
Tujuh pakar itu ialah Prof Madya Dr Kamar Oniah Kamaruzzaman dari Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa; Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin; Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang; anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Mohd Nur Manuty; bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan IKIM Dr Mohd Sani Badron dan Felo Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM Md Asham Ahmad.

Bersedia untuk naik minyak

Angkasanuri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan 1Malaysia akan memperkenalkan mekanisme harga baru petrol sebelum bulan Mei ini.

Menurut beliau Majlis Ekonomi Negara akan menentukan sama ada harga petrol akan naik atau sebaliknya. Berdasarkan perkembangan harga semasa di pasaran dunia, harga petrol terus menunjukkan peningkatan.

bersedialah kakitangan kerajaan menanggung beban rasuah dua tiga bulan lagi

Khabar angin bertiup kencang sehinggakan menampakkan seolah-olah ia adalah khabar yang benar-benar bakal menimpa seluruh kakitangan awam di Malaysia. Elaun-elaun mereka akan dipotong dan kenaikan demi kenaikan harga barang akan menimpa yang bakal menjadikan kakitangan kerajaan mungkin sesetengahnya jatuh miskin dengan relatif keadaan. Itulah hakikat yang menimpa. Cikgu-cikgu sekolah sudah merungut. Bil air dan Elektrik sekolah kena tanggung. Duit nak buat aktiviti menyusut. Budget makan untuk mesyuarat PPD juga telah dipotong sehinggakan mesyuarat dipastikan habis sebelaum tiba waktu makan demi nak mengelakkan terpaksa menanggung kos makan para ahli mesyuarat.

Malangnya, program permata pintar yang diterajui Dati Seri Rosmah Mansor mendapat peruntukan luar biasa dan tidak menghadapai masalah yang besar untuk dilaksanakan. Kakitangan awam hari ini mula menampakkan kecenderungan untuk melakukan penentangan terhadap pentadbiran 1 Malaysia sekarang kerana ternyata ia hanya retorik untuk keuntungan politik UMNO.

yb khalid samad menghadap sultan selangor

YB Khalid Samad dijangka menghadap kebawah duli yang maha mulia Sultan Selangor 11 pagi ini. Semoga pertemuan beliau dengan Sultan Selangor dapat memadamkan khabar angin yang cuba dimainkan oleh pihak UMNO bahawa YB Khalid tidak menghormati Sultan Selangor . Sama-sama kita mendoakan agar pertemuan ini dapat menatijahkan sesuatu yang baik buat Islam dan Umat Islam seluruhnya.

Adakah selepas 10 tahun kes di perak baru mendapat penghakiman sewajarnya?

Thursday, January 21, 2010
Semakin hari semakin jelas sistem yang dibina oleh UMNO terutama bidang kehakiman terlalu banyak dipengaruhi oleh tangan ghaib yang mengatur keputusan. Sehinggakan keputusan yang tidak wajar akhirnya keluar dan rakyat diminta untuk mematuhi kehendak mahkamah. Kes di Perak sebagai bukti paling mudah dan jelas, namun apa yang terjadi. Semua orang maklum dan semua orang tidak mungkin mengatakan bahawa menteri besar sekarang adalah sah. Menggunakan segala kesenangan dan kemudahan yang disediakan oleh rakyat dengan menggunakan pengisytiharan mahkamah yang amat diragui. Jesteru adakah selepas 10 tahun baru segala kesilapan ini perlu dibetulkan? Atau Mahkamah yang tidak tahu bila akan mengeluarkan keputusan agar segera memperbaiki mutu kehakiman sebelum rakyat mula bertambah kesangsian terhadapa sistem kehakiman.

Berita asal yang dipetik dari malaysiakini :

Bekas Ketua Hakim Negara lakukan kesilapan besar
Mahkamah Persekutuan hari ini mengubah penghakiman 10 tahun lalu yang dibuatnya dalam kes Adorna Properties Sdn Bhd lawan Boonsom Boonyanit yang sekaligus membuka peluang kepada pemilik tanah yang kehilangan tanah mereka secara tidak sah mendapatkan harta mereka semula.


Keputusan menukar penghakiman itu dibuat sebulat suara oleh lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi (kiri).

Mereka menukar keputusan yang yang dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai mantan Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin pada 2000.

Menurut Zaki adalah menjadi tanggungjawab perundangannya membetulkan kesilapan yang sebegitu nyata dan jelas.

“Adalah menjadi fakta yang jelas, bahawa ada orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan kesilapan itu dengan secara menipu memindahkan hak tanah berkenaan kepada diri mereka sendiri.

“Saya berharap dengan keputusan ini, pihak berkuasa akan lebih berhati-hati apabila mendaftarkan pemindahan hak milik tanah.”

Khalid Samad nafi tidak hormati Sultan S'gor

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menafikan bahawa beliau tidak menghormati Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan mengheret instutusi di bawah naungan baginda, ke kancah politik.

"Saya ingin menafikan tuduhan tersebut, dengan sekeras-kerasnya. Pada hakikatnya ucapan saya bertujuan untuk menghalang golongan yang berkepentingan daripada menggunakan institusi di bawah naungan DYMM Sultan Selangor untuk tujuan politik mereka.

"Peringatan dan teguran saya bertujuan untuk menghalang nama baik baginda Sultan dari tercemar atas perbuatan yang tidak bertanggngjawab ini.

"Usaha untuk mengheret institusi di bawah naungan Sultan Selangor, dilakukan oleh golongan ini, bukan saya," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya.

Khalid begita demikian ketika mengulas laporan polis yang dibuat terhadapnya pada 18 Januari lalu oleh 16 NGO di Shah Alam yang menuduhnya tidak menghormati Sultan Selangor sebagai pemerintah dan sultan di negeri.

Khalid yang juga yang dipertua PAS Shah Alam turut mengulangi desakan supaya pentadbiran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ditukar dengan mereka yang berpengetahuan agama, yang bebas dari kefahaman politik selain politik Islam.

Tutup mulut jika tak faham - Tun Salleh

Menteri dan mana-mana ahli politik terutama dari Umno yang tidak mahir tentang undang-undang pembangunan petroleum dinasihatkan supaya menutup mulut kerana ia boleh mengelirukan rakyat berkaitan pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam tuntutan Kelantan sekarang.
Sehubunag itu, bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abas menyarankan kepada mereka yang tidak terlibat dalam bidang perundangan supaya berhenti bercakap hal tuntutan royalti yang dibuat kerajaan Kelantan kerana rakyat bukannya bodoh.
"Lagi banyak mereka bercakap hal ini, makin jelaslah kedangkalan mereka terhadap undang-undang negara ini," katanya.
Oleh itu tegas beliau, dari segi undang-undang, rakyat kini seolah-olah dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang berfikiran sempit tentang selok-belok perundangan dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dan Terengganu.
Beliau berkata isu yang ada kini berkaitan hak sesebuah negeri dalam menuntut royalti dari Petronas, bukannya dari kerajaan pusat.
"Orang ramai mesti faham perkara ini. Sekali lagi saya tegaskan, bukanya dari kerajaan pusat.
"Kerajaan pusat juga mendapat royalti dari Petronas," kata beliau ketika ditemui Oleh Malaysian Insider di kediamannya di sini.

Saiful Bukhari: UMNO Nak Buat Agama Baru ke?

Dalam Facebook saya berdebat dengan ramai puak-puak UMNO ni dalam berbagai topik. Bila timbul topic tuduhan liwat Anwar dan Saiful Bukhari, mati-mati mereka mempertahankan bahawa Anwar bersalah kerana Anwar tidak bersumpah.

Saya tanya pada mereka, ini ugama baru ke yang UMNO hendak bawa? Sejak bila dalam Hudud, sumpah laknat boleh dipakai sebagai bukti? Siapa yang ajar?

Malahan, kalau Saiful Bukhari bersumpah di Masjidil Haram atau Masjidil Nabawi sepertimana yang beliau bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, beliau tidak sempat keluar pintu masjid sebelum beliau ditangkap oleh Polis Agama Saudi (Al Mutawwa).

SPR Tidak Ikhlas, PAS Mesti Agresif Daftarkan Pemilih Baru

Oleh: sofiwahab

"SPR baru-baru ini mengumumkan bahawa kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera. Menurut kenyataan itu Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000) yang masih belum mendaftar diri mereka menjadi pemilih.


Jika ditakdirkan terjadi pilihanraya dalam masa terdekat (kurang dari 6 bulan) sudah pasti mereka akan terlepas dari mengambil bahagian sebagai pengundi berdaftar kerana proses pendaftaran pemilih biasanya memakan masa sekurang-kurang 6 bulan.
Persoalannya mengapa begitu ramai rakyat yang tidak peka dan tidak sensitif dengan kewajipan menjadi pemilih.

Malang sekali setiap kali kita membicarakan masalah ini, SPR menuding jari ke arah rakyat yang tidak peka dan tidak tahu kewajipan mereka sebagai rakyat. Ikhtiar dan program pendaftaran pemilih secara bergerak dan sebagainya telah dilakukan oleh SPR. Agen Penolong Pendaftar pemilih di kalangan orang perseorangan dan anggota parti sudahpun dilantik dan beroperasi sejak beberapa lama dahulu. Tetapi hasilnya tidak seberapa.

agenda menjatuhkan kerajaan negeri selangor masih berjalan

 Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam tengah hari ini.Dipercayai pegawai SPRM telah mengarahkan setiausaha kerja exco tersebut, yang dikenali sebagai Hussein Ahmad, datang ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat.


Menurut sumber-sumber, satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap Hussein (berdiri) bberhubung dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir.

Yaakob adalah pengerusi pengurusan sumber alam dan pembangunan ssahawan negeri. Difahamkan, lima pegawai SPRM, yang diketuai oleh Penguasa Premraj Victor, masih berada di pejabat Yaakob.
Sementara itu, jurucakap sekretariat media kerajaan negeri berkata, siasatan SPRM itu dipercayai ada kaitan dengan isu pasir.
Menurutnya, SPRM mahu menahan Husin tetapi dibantah oleh kakitangan di pejabat itu kerana pekeliling kerajaan Selangor tidak membenarkan soalsiasat di luar pejabat dan di luar waktu pejabat


Turut kelihatan di situ sebelum ini ialah penasihat undang-undang negeri, Salim Bashir dan pengerusi kesatuan pegawai khas Pakatan Rakyat, Razak Ismail.Difahamkan insiden ini ekoran pertelingkahan tentang pengurusan syarikat kaitan kerajaan, kumpulan Semesta yang menguruskan penjualan pasir.

Sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, didakwa banyak kes kecurian pasir.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]