Dalam Forum Awam Implikasi GST malam tadi, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, media arus perdana langsung tidak menjelaskan soal itu kepada rakyat.
Antara yang turut memberikan pandangan ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan En; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad.
Malah, Khalid juga berpendapat sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST sebaliknya usaha harus tertumpu kepada meningkatkan pendapatan rakyat.
“Itu sebab Pakatan Rakyat bersetuju ini bukan masanya untuk memberikan satu bentuk cukai yang baru. Ini bukan masanya. Masa ini adalah masa untuk membangunkan rakyat, mencari peluang supaya rakyat dapat meningkatkan pendapatan, mengatasi masalah jurang pendapatan,” katanya.
Beliau sebaliknya mencadangkan kerajaan persekutuan yang mendakwa prihatin masalah rakyat supaya mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting sambil mengurangkan kos kehidupan.
“Kurangkan kalau betul dia sayangkan rakyat, kurangkan kos tol jalan raya, kos air, kos elektrik, dan semua tu lebih baik daripada mengadakan GST dan kurangkan perbelanjaan perkara-perkara yang tak perlu dan dengan itu kerajaan melebihkan wang untuk pembangunan,” katanya.
0 Komen:
Post a Comment