PAS Shah Alam tumpu lumpuhkan Umno/BN

Tuesday, February 2, 2010
Harakahdaily   
SHAH ALAM, 2 Feb: PAS Kawasan Shah Alam akan terus menumpukan seluruh tenaga untuk melumpuhkan Umno dan Barisan Nasional dan mempastikan Parlimen Shah Alam, Dun Kota Anggerik dan Batu Tiga akan terus kekal di tangan Pakatan Rakyat dalam Plihan raya Umum ke-13 akan datang. Sehubungan itu, PAS kawasan menghormati keputusan Jawatankuasa Disiplin PAS terhadap Khalid Samad yang digantung jawatan selaku Yang Dipertua PAS kawasan selama enam bulan sebagaimana yang dimaklumkan pada 29 Januari lepas.
Menurut Pemangku Yang Dipertuanya, Haji Azli Yusof, PAS kawasan menganggap ianya sebagai sebahagian dari proses di dalam urusan berjamaah yang boleh berlaku kepada mana-mana individu dalam parti.

“Keputusan ini tidak melunturkan sokongan dan kepercayaan ahli terhadap YB Khalid Samad, malah PAS Shah Alam akan terus mendokong kepimpinan beliau memperjuangkan kesyumulan dan keadilan Islam, seterusnya memberikan khidmat terbaik dan berterusan kepada masyarakat,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Menurutnya, pendirian PAS kawasan itu dicapai sebulat suara dalam mesyuarat khas ahli jawatankuasa yang dipengerusikannya pada 31 Januari lalu.
Tambahan pula, katanya, Khalid Samad boleh meneruskan tugas biasa sebagai seorang ahli parlimen yang tidak akan terhalang dengan keputusan itu.
Menurutnya, penggantungan Khalid tidak akan menjejaskan perjalanan kerja dan kedudukan PAS Shah Alam kerana selama ini PAS kawasan digerakkan secara berjamaah sebagai sebuah organisasi.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]