Banjir Di Tenang

Monday, January 31, 2011

Bahagian F.L.O.M.di web JPM dikeluarkan

Friday, January 28, 2011
Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.

Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau “Wanita pertama Malaysia”.

azlanMenurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas.

Kawal media Internet: Lebih ramai bantah

Thursday, January 27, 2011
Langkah terbaru Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk memperluaskan penguatkuasaan merangkumi ruang maya Internet hari ini menerima bantahan keras daripada golongan pendukung kebebasan media.
azlanKesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyuarakan rasa bimbang dan kesal dengan tindakan KDN yang ingin meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) untuk terus mengawal kebebasan media di negara ini.
Presidennya, Hata Wahari berkata ia satu "usaha ke kebelakang" yang akan menghalang aliran maklumat kepada masyarakat dan seterusnya memundurkan Malaysia.

PRK TENANG:(GAMBAR) Kedatangan TG Nik Aziz buat BN tak tenang

UMNO dalam keadaan bergelora dan tidak tenang apabila mendengar Tuan Guru Nik Aziz aku turun berkempen di Tenang. UMNO ibarat cacing kepanasan.
Walaupun Tok Guru baru sembuh dan masih rawatan, beliau sanggup turun membantu kempen calon PAS. Tok Guru telah sampai ke Tenang pada semalam dan akan berada di Tenang sehingga hari Jumaat. Pelbagai aktiviti kempen akan diadakan. Aktiviti kempen Tok Guru telah bermula setelah sampai tadi.
Tok Guru telah menyampaikan ceramah di Dataran Air Panas. Tok Guru menyampaikan ceramah bersama- sama Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud, Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin, Adun dari Perak YB Chan Ming Kai dan beberapa pimpinan lain.
Kedatangan Tok Guru disambut meriah oleh rakyat. Rakyat berebut- rebut untuk bersalaman dengan Tuan Guru.

Bohong: PAS desak calon BN tarik diri

Wednesday, January 26, 2011
PAS mendesak calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim supaya menarik diri kerana berbohong mengenai isu melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.
Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu tersebut masih belum selesai walaupun Azahar menafikannya.
“Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini, sebentar tadi.
Pemimpin PAS yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad di samping Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau. 
Beliau yang juga Naib Presiden PAS menambah, isu tersebut bukannya serangan peribadi terhadap Azahar sebaliknya rakyat perlu menilai untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti.
Katanya, integriti perlu menjadi perkara serius yang mesti dipertanggungjawabkan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

Kerana bilik gerakan bn terlindung, gerai jadi mangsa

LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini.
(GAMBAR ATAS: BONGKAK...Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambr pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan.)
Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka.

Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas).

Ia telah dirobohkan pada 20 Januari lepas tanpa pengetahuan mahupun perbincangan  dengan Norehan dan isterinya selaku penyewa kedai makan tersebut apatah lagi diberikan pampasan yang sewajarnya.
(GAMBAR: SEDIH...Sampai kini, Norehan sedih dengan apa yang berlaku.)
"Saya penyewa di situ, sepatutnya paling-paling tidak pihak yang ingin merobohkan kedai saya mestilah meminta pandangan dan berbincang terlebih dahulu dengan saya sebagai tuan penyewa kedai," katanya.

Apabila ditanya bagaimana detik-detik situasi perobohan kedai makan tersebut dilakukan, Norehan dengan penuh kesal memberitahu "Jam 2 petang, seorang yang bernama En. Raub datang ke rumah saya dan mengarahkan supaya mengeluarkan barang-barang di kedai segera. Katanya, jentolak sudah siap untuk merobohkan kedai tersebut!," ceritanya.

warna warni calon tenang

Tuesday, January 25, 2011

Bersalam Dengan Suami Tersayang…

Umno derhaka: Dulu, kini dan selamanya

Seluruh rakyat negeri Selangor dan Malaysia semalam telah menyaksikan satu lagi sejarah penderhakaan pemimpin Umno BN, kata Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Tambahnya, tindakan Adun Umno BN yang menolak usul pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi tujuan mengembalikan kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah cukup melayakkan syarat buat mereka untuk bergelar “Umno Penderhaka Sejati, Dulu, Kini dan Selamanya”.
“Selama ini Umno mengaku kononnya merekalah Juara Melayu, tetapi bila mana usul pindaan mahu mengembalikan kuasa Raja-raja Melayu, terutama Yang Mulia Raja Selangor dibentangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, mereka menolak mentah-mentah pula,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Beliau yang juga Ketua Wanita PKR berkata, insiden semalam juga akan menjadi satu lagi ‘trade-mark’ kegagalan agenda Ketuanan Melayu Umno, selepas tragedi penarikan kuasa Raja-raja Melayu 1993.
“Dakwaan bahawa Umno parti pemusnah dan penindas bangsa Melayu kini tidak lagi diragui dan sudah terbukti benar,” katanya.
Justeru, ujarnya rakyat kini telah sedar, siapa Juara Melayu sebenar, siapa Hang Tuah tulen, yakni yang pastinya bukanlah Umno “Si Penderhaka Sejati, Dulu, Kini dan Selamanya”.
Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Satim Diman semasa membahaskan perkara itu semalam menegaskan beliau dan 20 Adun dari Barisan Nasional serta Adun Bebas tidak akan menyokong usaha kerajaan negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri seperti yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

 Kembalikan perlembagaan kepada yang asal

Monday, January 24, 2011
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, pndaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir Negeri Selangor sebagai negeri berdaulat.
Abdul Khalid berkata, PR mentadbir negeri menurut aspirasi dan amalan yang diberikan rakyat bertunjangkan konsep keihsanan dan kepedulian rakyat.
Menurutnya, rakyat Selangor tidak meminta lebih, mereka hanya mahu hak mereka sebagai rakyat negeri yang menyumbangkan 30 peratus kekayaan Negara Malaysia.
Tegasnya, kerana itu, beliau perlu menghuraikan kronologi yang menyebabkan Mesyuarat Dewan di bawah peraturan 10(3) diadakan.
Abdul Khalid berkata, peristiwa ini akan menjadi lakaran sejarah untuk rujukan penggubal undang-undang pada masa hadapan dan bagi kajian ilmiah pelajar dan pengamal undang-undang agar tiada lagi pengamal undang-undang yang buta sejarah.
"Saya perlu mengguna masa agak panjang bagi menghuraikan kronologi ini," tegasnya yang merujuk kepada 29 muka surat kandungan buku ucapannya dalam Mesyuarat Dewan Negeri Selangor Menurut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor, pagi ini.

Ceramah Umum Seksyen 16 Shah Alam



Adun Merlimau meninggal dunia

Friday, January 21, 2011

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 8.10 malam ini.

Beberapa portal berita sejak petang tadi sedang mengikuti rapat perkembangan kesihatan Allahyarham selepas ada laporan mendakwa beliau telah meninggal dunia petang tadi.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.

Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidakselesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.
Ekoran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka bermesyuarat bagi menentukan satu lagi Pilihan Raya Kecil dalam masa terdekat.
Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, Mohamad Hidhir yang mewakili BN menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan Majoriti 2,154 undi.

Mohamad Hidhir mendapat 4,981 manakala Jasme Tompang mendapat 2,827.

Kerajaan negeri ucap terima kasih pada Sultan

Wednesday, January 19, 2011
Kerajaan negeri menyembah ucapan terima kasih kepada Sultan Selangor kerana telah memberi perkenan untuk diadakan sidang Dewan Negeri Selangor pada 24 Januari ini bagi membentangkan cadangan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 atau Perlembagaan Negeri.
“Kami menghargai keprihatinan DYMM Sultan kepada usaha Kerajaan untuk mengembalikan kuasa Negeri dalam pelantikan tiga pegawai ex-officio iaitu:  Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. 
“Dalam perjumpaan mingguan saya dengan DYMM Sultan pagi tadi, saya telah mempersembahkan Rang Undang-Undang yang boleh mengembalikan kuasa pelantikan kepada Sultan dan Menteri Besar,” ujar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. 
Jelasnya, pindaan yang kerajaan negeri akan cadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal berikut: “Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Dengan syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula.”
Katanya, pindaan itu jelas bertujuan mengembalikan prosedur untuk pelantikan tiga pegawai tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negeri sebelum ianya dipinda pada 1993.
“Rang undang-undang ini kita hebahkan kepada orang ramai supaya ianya dapat dibincang dan dikupas secara sihat dan professional sebelum ia dibawa ke Dewan Negeri Selangor untuk dibentangkan,” katanya.
Ini, ujarnya selaras dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban (transparency and accountability) Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul HishamAbdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.
Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.
NONESebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN selama lebih setengah tahun.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Pemuda PAS Selangor sokong saranan Nik Aziz

Tuesday, January 18, 2011
Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPS) menyokong penuh cadangan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya diadakan satu pertemuan antara tokoh-tokoh pelbagai agama di negara ini bagi membuat rumusan mengenai judi, arak, zina dan juga pergaulan bebas.
Pertemuan seperti itu amat penting bagi membolehkan semua pihak memahami hak masing-masing dalam melaksanakan ajaran agama mereka, terutama hak umat Islam dalam mengamalkan ajaran Islam.
Ketua DPPS, Ustaz Hasbullah Mohd Redzwan (gambar) menegaskan, dengan pertemuan seperti itu, umat Islam akan lebih berpeluang menjelaskan kepada mereka yang bukan Islam tentang hak umat Islam yang wajib mengelakkan diri dari sebarang maksiat.
Menurut beliau, antara yang perlu dijelaskan kepada yang bukan Islam termasuk kewajipan umat Islam untuk tidak melibatkan diri dengan sebarang perkara yang melibatkan judi, arak, zina dan pergaulan bebas seperti yang disebutkan oleh Tun Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Cadangan dan pandangan Tuan Guru Nik Aziz itu sememang cadangan dan pandangan yang baik. Jadi, kita sokong sepenuhnya cadangan dan pandangan Tuan Guru Nik Aziz itu bagi membolehkan semua pihak faham tentang kewajipan umat Islam untuk membebaskan diri dari perkara-perkara mungkar," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Rosmah sewa hotel RM100, 000 satu malam di Dubai

Monday, January 17, 2011
Di kala Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak menyarankan kepada rakyat agar mengubah cara hidup bagi mengurangkan kesan terhadap kenaikkan harga barangan, isteri kesayangan Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor bermewah - mewahan bagai isteri jutawan minyak dari Arab Saudi, mengamalkan gaya hidup mengalahkan selebriti Amerika apabila memilih untuk bermalam di sebuah hotel terkemuka di Dubai dengan kadar sewa RM 100, 000 untuk satu malam.


Beginikah seorang pemimpin yang benar-benar mahu memperjuangkan nasib rakyat? Bila kehendak rakyat diminta untuk diperjuangkan, alasan Najib "Negara akan bankrap". Bila Najib ingin menamatkan subsidi petrol untuk rakyat, alasan yang sama juga digunakan "Sekiranya subsidi untuk rakyat diteruskan, negara akan bangkrap pada tahun 2019". 

Normala Sudirman calon PAS di Tenang


Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.
Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.
Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.
Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.
Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Selangor bantu orang Islam henti kerja di premis arak

Saturday, January 15, 2011
Kerajaan Selangor akan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras. 

NONEMenteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis berkenaan.

"Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini. 

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, LZS akan diminta untuk bersama-sama menubuhkan tabung khas tersebut. 

Katanya, kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan tersebut atas sebab ekonomi.

Pakatan yakin komitmen PAS

Friday, January 14, 2011
DAP dan PKR melahirkan rasa puas hati mereka dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden PAS ekoran pertemuan dua pemimpin tertinggi PAS dengan Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin tertinggi Umno.

"Saya penuh yakin, PAS terus komited bersama Pakatan Rakyat walaupun telah bertemu dengan para pemimpin Umno itu," kata Lim Kit Siang dalam sidang media yang diadakan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini.

Mesyuarat itu diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini.

Sebelum mesyuarat itu, Lim Kit Siang bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sebelum ini, Abdul Hadi juga telah memberikan penjelasan mengenai pertemuan itu kepada pimpinan PKR termasuk Datuk Seri Anwar.

Abdul Hadi juga telah memberikan penjelasan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini mengenai pertemuan itu.

Bagi Anwar, Umno terlalu terdesak sehingga membuat perancangan untuk bertemu pemimpin PAS sedemikian rupa.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya berkata, pertemuan yang diadakan di Istana Terenganu di Kuala Lumpur itu diadakan atas jemputan Yang Dipertuan Agung.

Ia dibuat menggunakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sebagai 'posmen' semasa kunjungannya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Ekoran pertemuan itu timbul pelbagai spekulasi di dalam blog sehinggalah dijelaskan oleh Nik Aziz sebelum ini dan penjelasan Abdul Hadi dalam mesyuarat Pakatan hari ini.

Janji 100 Hari Untuk Rakyat, Bukan Untuk Kroni Najib

Wednesday, January 12, 2011
Parti Islam Se-Malaysia PAS berasa hairan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak  yang mengatakan  janji 100 hari Pakatan Rakyat akan membawa anak cucu  merana kerana tidak ada kemampuan kewangan.
Sepatutnya seorang Perdana Menteri  mesti berfikiran positif  apabila perancangan baik untuk rakyat di negara ini. Apakah salah apabila Pakatan Rakyat mengemukakan rancangan untuk manfaat majoriti rakyat? Salahkah Pakatan Rakyat hendak menghapuskan Felda Plantation dan membuka ladang-ladang baru kepada generasi kedua dan ketiga? Salahkah Pakatan Rakyat hendak menyusun kembali tol yang dianggap sebagai penyebab bebanan terpaksa ditanggung oleh rakyat dengan peningkatan kos operasi. Salahkah Pakatan Rakyat untuk memberi imbuhan bulanan tambahan kepada guru RM500 sebulan?.

'Mengapa ada dwi standard, Rais?'

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mempunyai tanggunjawab untuk menjelaskan mengapa terdapat dwi-standard apabila laporan berita negatif yang membabitkannya ditapis manakala berita buruk membabitkan yang lain disiarkan, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEPada sidang akhbarnya di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar (kiri, berdiri) berkata terdapat dua set undang-undang di negara ini, khususnya jika ia membabitkan seorang menteri atau perdana menteri.

Anwar merujuk kepada cara maklumat disekat. Beliau mengambil contoh, bagaimana pendedahan kontroversial laman sesawang Wikileaks berhubung Datuk Seri Najib Razak ditapis.

"Wikileaks juga merujuk kepada pembunuhan Altantuya dan usaha oleh perdana menteri bagi melindungi dirinya daripada didakwa.

NONE"Terdapat dakwaan atau kenyataan dari Wikileaks, - pertama kepimpinan negara (Malaysia) tidak kompeten, kedua; Najib adalah oportunistik dan ketiga, beliau akan melakukan apa yang terdaya bagi mengelakkan dirinya daripada didakwa berhubung kes pembunuhan Altantuya.

"Mengapa ini disekat? Mengapa apabila ada rujukan ke atas Anwar, awak menghebahkannya?

Isu SUK: Pakatan nafi naik kain rentang

Pakatan Rakyat Selangor hari ini menafikan bahawa gabungan itu menggantung kain rentang yang yang didakwa menolak campur tangan sultan dalam pentadbiran negeri.
NONE"Kami menafikan ianya daripada pihak kami. Daripada isu kandungan (kain rentang) ia bercanggah dengan (pendirian) Pakatan.

"Kita tidak mahu ada sengketa dengan pihak Istana. Ia terbukti apabila MB dan Exco hadir dalam majlis Sultan (dalam pelantikan setiausaha kerajaan negeri," kata ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad (dua dari kiri).

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Shah Alam, Khalid berkata, terdapat tiga kain rentang, di mana salah satu daripadanya berbunyi "Dimanakah Keadilan Sultan Dalam isu pemilihan SUK Siapa Lebih Berhak?" ditemui di Seksyen 9, Shah Alam.
Dua lagi kain rentang ditemui di seksyen 13 dan satu lagi bulatan di kawasannya.

 SUK: Sidang khas Dun Selangor 24 Jan

Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor akan bersidang pada 24 Januari ini untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Dalam kenyataan pejabat speaker Dun Selangor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua Adun Selangor.

Sidang tersebut diadakan mengikut Peraturan 10(3) Peraturan-peraturan Tetap Dewan Negeri Selangor.

Menurut kenyataan itu yang dilapor Malaysiakini, speaker memanggil mesyuarat tersebut selepas berpuashati dengan alasan yang dikemukakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat tersebut diadakan lebih awal dari tarikh Dun ditangguhkan.

"Urusan perkara mesyuarat dan kertas-kertas mesyuarat berkenaan akan diedarkan kepada Ahli Dewan kemudian selepas ianya ditetapkan oleh menteri besar," tambah kenyataan itu.

Semalam, Khalid dilaporkan berkata, kerajaan negeri sudah melantik pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Aziz Bari, dan peguam Datuk Param Cumaraswamy, bagi menyediakan draf pindaan Seksyen 52 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Ia membabitkan cadangan untuk meminda perlembagaan negeri bagi mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang.

Tindakan Dr Mohd Puad Zarkashi Memalukan

Monday, January 10, 2011

Tindakan Timbalan Menteri Pelajaran  Dr Mohd Puad  Zarkashi mempertahankan  Pengarah Pelajaran Johor Tn. Hj. Markom Giran berkempen untuk  Barisan Nasional di  Sekolah Menengah Tenang Station pada 31hb Disember 2010 sangat memalukan  khususnya warga pendidik dan masyarakat di Dun Tenang, Johor.  Dalam kenyataannya semalam Dr Mohd Puad   menyatakan bahawa tindakan Tn Hj Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam  beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan.  Dr Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh Pengarah Pelajaran Johor tersebut.

Ribuan rakyat hadiri solat hajat di Shah Alam

Tidak kurang 12 ribu rakyat berhimpun dalam majlis solat hajat dan ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

NONEMereka juga berdoa agar negara ini diselamatkan daripada dimusnah oleh BN. Selain itu orang ramai juga berdoa agar Pakatan Rakyat diberi kemenangan dalam menangani beberapa 'serangan' seperti yang berlaku di Selangor dan juga bidasan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipalitkan dengan dakwaan meliwat.

"Kita bersama MB Selangor, Khalid Ibrahim akan mempertahankan Selangor daripada BN," kata naib pengerusi PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapan pembukaannya.

Pengarah Pelajaran Johor Arah Kempen Untuk BN!!!

Solat Hajat penuh sesak di Stadium Malawati


Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. 

Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena  diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul  Am, Datuk Dr Haron Din. 

Kronologi perlantikan SUK Selangor

Saturday, January 8, 2011
26 Oktober 2010

PSM memberi Nota Amalan kepada Dato’ Menteri Besar tentang prosedur  pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Nota ini menyatakan bahawa:

i) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.

ii) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.

iii) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

26 Oktober 2010

Pusat Sumber Manusia memberi nota amalan kepada Pejabat Dato’ Menteri Besar tentang prosedur pelantikan Setiausaha Kerajaan yang baharu dan menyenaraikan 8 nama  yang dicalonkan untuk pelantikan.

Khalid: Bekas SUK 'dalang' perlantikan Khusrin

Friday, January 7, 2011
Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud didakwa mengemukakan nama Datuk Mohammed Khusrin Munawi kepada Istana Selangor sebagai calon untuk menggantikan beliau walaupun mengetahui bekas pengarah Jabatan Agama Islam itu bukan dalam senarai pilihan kerajaan negeri bagi mengisi jawatan tersebut.

NONEAhli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata Ramli berbuat demikian pada 3 Disember lalu tanpa pengetahuan menteri besar dan seminggu kemudian Sultan Selangor memperkenankan Khusrin sebagai SUK baru.

Keputusan itu juga tidak dimaklumkan oleh Ramli kepada menteri besar dan exco kerajaan negeri yang bermesyuarat pada 16 Disember, kata Khalid. 

Menurutnya, Datuk Ramli telah menjayakan satu permainan politik licik untuk meletakkan seorang calon yang tidak dikehendaki oleh kerajaan negeri sebagai Setiusaha Kerajaan Negeri.

"Apa yang terhasil sekarang ini ialah untuk memperlihatkan pertelagahan antara kerajaan negeri dan Istana yang didalangi kerajaan pusat BN. Ini adalah pemainan politik jahat dengan tujuan meletakan calon yang tidak dihendaki oleh kerajaan negeri," kata Khalid.

Thursday, January 6, 2011

MB: Hadir tak bermakna rela

Kehadiran menteri besar dan seluruh exco kerajaan Selangor ke majlis angkat sumpah Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) yang baru tidak bermakna tindakan itu direlakan, kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

NONE"Memandangkan hari ini juga ditetapkan untuk majlis angkat sumpah Datuk Khusrin, kami ingin menegaskab kehadiran kami tidak bermakna kami rela dengan tindakan arbitrasi SPA(Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) terhadap pentadbiran kami.

"Kami tetap dengan pendirian bahawa isu pelantikan SUK belum muktamad dan perlu penyelesaian bijaksana," katanya dalam kenyataan bertulis kepada media yang diedarkan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

MB: Angkat sumpah Khusrin selepas sidang DUN

Majlis angkat sumpah simpan rahsia Datuk Mohd Khusrin Munawi selaku Setiausaha Kerajaan Negeri hanya akan diadakan selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor selesai.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata surat memohon sidang itu diadakan telah dihantar kepada Speaker DUN Teng Chang Khim hari ini.

NONE"Sidang itu bertujuan meminda undang-undang tubuh untuk mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif negeri, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang, kepada Sultan dan Menteri Besar.

"Kita dapati enakmen yang ada sekarang tidak memberikan kuasa jelas kepada Tuanku Sultan dan seterusnya Menteri Besar dalam atur cara pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan juga Penasihat Undang-undang," katanya pada sidang media, di Shah Alam hari ini.

Pelantikan Mohd Khusrin diumum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pada 27 Disember lepas dan berkuatkuasa pada 1 Jan lalu. Beliau dijadual mengangkat sumpah taat setiap kepada Sultan Selangor esok.

Tenang: PAS umum calon 16 Jan

Wednesday, January 5, 2011

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menegaskan parti itu tetap akan ‘bertarung’ menentang calon Umno pada pilihan raya kecil Dun Tenang.
Menurutnya, walaupun ianya kubu kuat Umno, namun demokrasi dapat merubah segala-galanya.
“Dalam Islam tidak ada yang kekal melainkan Allah dan kita diajar berhubung perkara itu, jadi kita tidak perlu takut dan akan meneruskan perjuangan ini,” ujarnya.
Pada masa yang sama Tuan Guru turut mengesahkan, calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil Dun Tenang akan diumumkan pada 16 Januari ini.

Kenyataan Media Menteri Besar Kelantan Merangkap al-Mursyidul Am PAS

Tuesday, January 4, 2011
Kenyataan Media


Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan



Merangkap al-Mursyidul Am PAS


Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :



Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.



Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.



Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.



Terima kasih. Wassalam.



“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]