Liwat II: Seluar dalam Saiful dikemukakan

Friday, February 5, 2010
Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari ketiga hari ini dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, menyambung keterangannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Prosiding bermula pada 9.51 pagi dengan Saiful memberi keterangan mengenai sampel-sampel yang diambil daripada badannya.
Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, adalah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula pada Rabu lalu di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Anwar, 63, penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Dia dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.
Selain daripada wartawan, mahkamah hari ini juga penuh dengan perwakilan daripada kedutaan-kedutaan asing.9.50am: Perbicaraan bermula.
9.57am: Bukti pertama yang dikemukakan oleh Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidenialah calitan kapas yang diambil dari kawasan sekitar dubur tertuduh, Mohd Saiful Azlan Bukhari.
10.07am: Bukti ditunjukkan kepada mahkamah.
10.10am: FRU dan kenderaan polis yang dilengkapi meriam air tiba di perkarangan mahkamah bagi menghadapi kemungkinan demonstrasi oleh penyokong Anwar. Mereka dikatakan akan berarak dari Masjid Wilayah selepas solat Jumaat.
10.30am: Pakaian yang digunakan oleh Saiful ketika didakwa diliwat dikemukakan. Ia termasuk seluar hitam yang menurut Saiful dihadiahkan oleh Anwar.
Saiful berkata pakaian berkenaan diserahkan kepada polis dua hari selepas dia diliwat.
10.50am: Menurut Saiful dia memakai seluar dalam berwarna kelabu yang berjenama Levi pada hari kejadian.
Seluar dalam itu juga dikemukakan di mahkamah hari ini.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]