Munajat Hapus Rampasan Kuasa Jahat Umno

Friday, February 5, 2010
  IPOH, 5 Feb: Rakyat diseru berdoa dan bermunajat agar keadilan akan ditegakkan kembali di negeri ini sementara rampasan kuasa jahat oleh Umno/BN ini mesti dihapuskan.

Sehubungan itu, Setiausaha Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad al-Hiss menggesa rakyat menolak Umno/BN kerana mereka mengkhianati hak rakyat. Beliau berkata, Umno/BN sebenarnya gilakan kuasa dan awal Februari tahun lepas jelas bahawa mereka tidak akan berjaya selagi tidak mempunyai kuasa. Katanya, Pemuda PAS negeri bersama seluruh rakyat yang cintakan demokrasi tidak dapat melupakan sejarah hitam rampasan kuasa yang telah dilakukan oleh Umno/BN yang sepatutnya mendahulukan rakyat.

Tambahnya, selepas rampasan kuasa awal Februari tahun lepas, kerukunan hidup rakyat sudah tidak bersatu bagi memastikan keunggulan negeri diletak di tempat yang sebaik-baiknya. Pemuda PAS Perak juga, ujarnya merasakan bahawa tahap demokrasi di negeri ini telah terkikis akibat rampasan kuasa tersebut.


Justeru, tambahnya, keputusan siapa menteri besar pada 9 Februari ini menjadi petanda aras yang perlu rakyat lihat sebagai peluang untuk mengembalikan demokrasi di negeri ini.“Kejayaan kita bersama ialah mendaulatkan demokrasi yang sepatutnya di Negeri Perak,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rampasan kuasa ahli jawatankuasa masjid yang telah dipelapori oleh Umno turut menambah luka kerukunan hidup rakyat di kalangan orang Islam.Katanya, Umno cuba menjadikan masjid sebagai pentas politik tanpa menghormati hak rakyat yang menjadi jamaah atau kariah setempat.

Pihaknya juga mendakwa kedudukan ekonomi di negeri ini terjejas teruk kerana usaha untuk menarik pelabur tidak berjaya dilakukan oleh kerajaan BN. Katanya, walaupun telah diumumkan pelbagai pelaburan yang telah masuk, tetapi sebenarnya rakyat telah ditipu kerana jelas bahawa tahap ekonomi negeri masih rendah.

Harakahdaily

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]