Kenyataan Media Crisis Management Team - Life Line 4 Gaza

Monday, May 31, 2010

KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010
GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA
Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;
1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.
2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.
3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan.

Tukar kerajaan sebelum negara bankrap

Hafiz Irwan   
PENGKALAN CHEPA, 31 Mei: "Nak selamat ekonomi, kita kena tukar kerajaan pada pilihan raya ke 13 nanti, janganlah sampai bankrap dulu baru nak tukar kerajaan," kata mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (gambar).
Beliau berkata, Malaysia mengalami defisit sejak 10 tahun lalu namun situasi itu terselindung di sebalik suara hipokrit pihak yang lebih mementingkan kuasa politik.
"Mungkin jarang rakyat yang terdiri daripada orang kampung serupa kita ini tidak menyedari realiti itu sebab di dalam akhbar tidak dinyatakan kedudukan perkara sebenar.
"Kalau di dalam radio, TV pula diheboh dan digambarkan dengan visual berbentuk mewah-mewah kononnya untuk menunjukkan bahawa negara mempunyai struktur ekonomi yang kukuh, rakyat tidak perlu ragu dan bimbang dengan pentadbiran kerajaan yang ada, sedangkan hakikat sebenar adalah sebaliknya," katanya pada ceramah perdana yang diadakan di Padang Tembak, dekat sini malam tadi.
Beliau berkata, perjuangan Umno BN kini jauh tersasar dari prinsip asal walaupun beberapa kali dinyatakan perlu ada transformasi.
"Berubah bukan nak jaga orang Melayu seperti kelantangannya mempertahankan Melayu, tapi nak jaga orang tertentu sebab itu mereka kaya-raya, menteri-menteri kaya, kalau tengok harta Najib memang besar.

PAS gesa PM adakan sidang parlimen khas

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang parlimen khas bagi membincangkan isu serangan regim Zionis Israel terhadap kapal induk Mavi Marmara yang menyertai konvoi bantuan antarabangsa Gaza.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, beliau akan menyerahkan satu surat kepada Najib selewat-lewatnya esok.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa PBB, OIC dan Hamas melancarkan serangan terhadap Israel.
Kedua-dua mereka berkata demikian pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut sebentar tadi.
Sehingga kini dilaporkan sekurang-kurangnya 16 daripada aktivis di atas kapal tersebut meninggal dunia dan 30 cedera akibat serangan tersebut.
Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH) dan maklumat terkini mendapati kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel.
Konvoi ini membawa kira-kira 15,000 tan barangan bantuan kemanusiaan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun.

SOLAT HAJAT PERDANA

Dewan Pemuda PAS menyeru agar semua masjid-masjid memulakan inisiatif bagi menganjurkan majlis-majlis solat hajat dan penerangan isu serangan zalim Israel terhadap misi bantuan kemanusiaan ke gaza. Setakat ini sumber rasmi mencatatkan 10 kematian walaupun Israel mengumukan 20 orang telah dibunuh secara kejam oleh mereka. Jesteru itu Dewan Pemuda PAS Shah Alam akan turut serta dalam program solat hajat malam ini di Masjid As Solihin, Padang Jawa selepas solat maghrib dan mendengar taklimat oleh wakil NGO yang terlibat. Diharap seluruh warga Shah Alam dapat turun ke Masjid As Solihin sebagai tanda kita bersatu menentang kekejaman Israel Laknatullah.

Konvoi Gaza: 16 mati, kapal dirampas

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.
Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.
Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.
Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

Ulama Umno bakar kapal

  Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini.
Artikel ini akan menyebut istilah ulama Umno atau ulama pro-Umno. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.
Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.
Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.
Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang 'ala ulama Umno' hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.
Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.
Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran 'kurang luas' golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.
Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang 'oksigen keluasan ijtihad' atau hanya gas perkauman dan fahaman 'sempit' agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Rakyat Malaysia antara diserang kapal perang Israel

Rakyat Malaysia yang menaiki sebuah daripada enam konvoi kapal yang membawa bantuan kepada penduduk Gaza diserang kapal perang Israel mengakibatkan dua orang terbunuh manakala 30 lagi cedera.

Menurut The Star, rakyat Malaysia itu adalah krew televisyen dari Astro yang menaiki kapal dari Turki.

Sementara itu menurut AFP yang memetik laporan televisyen yang dimiliki Hamas, anggota komando Israel menyerbu sekurang-kurangnya sebuah kapal yang didakwa dipenuhi aktivis pro-Palestin yang berjuang untuk Gaza.

Televisyen Al-Aqsa Gaza, menunjukkan imej video komando Israel yang berpakaian serba hitam turun daripada helikopter dan bertempur dengan kumpulan aktivis, di mana beberapa yang cedera kelihatan terbaring di atas dek kapal itu.

Rangkaian televisyen berkenaan berkata, dua aktivis terbunuh manakala 50 yang lain cedera.
Tentera Israel enggan mengulas laporan itu dan penganjur konvoi bantuan berkata, mereka terputus hubungan dengan bot berkenaan.

Kapal itu membawa lebih 700 penumpang, iaitu peringkat terakhir misi berprofil tinggi bagi menghantar lebih 10,000 tan bekalan bangunan dan yang lain ke Gaza, di mana keadaan di situ lumpuh akibat sekatan Israel sejak 2007.

DARI GAZA : ISRAEL MENYERANG KAPAL BANTUAN 2 TERBUNUH

Maklumat terkini yang diterima pihak tentera Israel menyerang Kapal bantuan ke Gaza. Kapal Mavi Marmara disahkan telah diserang oleh pihak tentera Israel. Sumber menyatakan 2 terbunuh dan 30 lagi tercedera. Dewan Pemuda PAS menjemput saudara/i sekalian untuk sama-sama bersolat hajat dan bermunajat di Masjid As Solihin Padang Jawa pada malam ini selepas solat maghrib. Diharap dapat disebarkan kepada umum.. InsyaAllah Solat hajat diimamkan oleh Ustaz Nik Bakri Nik Mat.

Sumbangan Beras Dewan Pemuda PAS Shah Alam

Program sumbangan beras yang telah dilancarkan oleh Dewan Pemuda PAS Shah Alam mula mendapat sambutan hangat daripada masyarakat sekeliling. Pengarah projek Saudara Kamarul menyatakan program infak beras ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial dan Dewan Pemuda PAS merasa terpanggil untuk melaksanakan.Jesteru penjualan beras telah diadakan di beberapa tempat dan ternyata masyarakat Shah Alam amat bermurah hati untuk membantu sahabat yang dalam kesusahan.

Ketua Lajnah Kebajikan, Saudara Shaharuddin yang turut bertungkus lumus memastikan kejayaan program ini menyatakan, program kebajikan adalah agenda utama dalam Dewan Pemuda PAS Shah Alam.Program infak beras ini adalah sebahagian dari program untuk menjayakan agenda kebajikan PAS untuk masyarakat.

Sehubungan dengan itu pada 13 jamadil akhir 1431/ 27hb Mei 2010(khamis) jam 8.00 -11.30 malam bertempat di Restoran My kopi Shope,Subang Permai telah diadakan majlis sumbangan beras kepada guru-guru yang telah bertungkus lumus berkhidmat untuk kecemerlangan anak-anak pra sekolah. Majlis dihadiri oleh YB Hj Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan Tuan Haji Azli Yusoff (Pemangku YDP PAS Shah Alam).

BN GAGAL URUS EKONOMI NEGARA

Pengumuman Perdana Menteri Malaysia bahawa Malaysia akan muflis dalam tempoh sembilan tahun memberi isyarat jelas kepada rakyat Malaysia bahawa kaedah pengurusan ekonomi yang dibawa oleh Barisan Nasional tidak mampu mengekalkan kestabilan ekonomi di Malaysia. Jesteru, tidaklah wajar perkara lain dipersalahkan sedangkan faktor utama diketepikan. Seperti yang didedahkan sebelum ini oleh Ketua Setiausaha Negara, Malaysia mengalami kerugian sehingga jumlah billion ringgit kerana amalan rasuah yang beleluasa dalam sistem pentadbiran yang diterajui Barisan Nasional.
Subsidi, jika dibaca dari sudut ekonomi memanglah sesuatu yang membebankan, namun bagi sesebuah kerajaan yang kaya dengan pelbagai hasil minyak dan industri adalah malang jika didalam perkara menjaga kebajikan rakyat turut dianggap sebagai beban besar. Barisan Nasional sebagai yang diberi mandat untuk menguruskan Malaysia bukanlah sebuat entiti syarikat yang hanya berfikir dari sudut ekonomi sahaja, tetapi perlu berfikir dari aspek kebajikan dan keselesaan rakyat.
Kecenderungan yang dilihat kini, Barisan Nasional seolah hilang arah apabila negara yang mereka gagal tadbir selama ini hampir menuju kearah kejatuhan yang bakal merugikan mereka. Jesteru langkah dan tindakan jangkamasa pendek diambil, iaitu bebankan rakyat dan senangkan pemerintah.
Jesteru rakyat Malaysia hari ini perlu insaf dan sedar bahawa isyarat jelas yang diberikan oleh Perdana Menteri dengan pengumuman tersebut adalah " BARISAN NASIONAL SUDAH GAGAL UNTUK TERAJUI MALAYSIA...CARILAH ORANG LAIN"...DAN ORANG LAIN ITU ADALAH PAKATAN RAKYAT.....

Bankrap: Kenapa subsidi jadi alasan

Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 30 Mei: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa meminta kerajaan mengkaji secara terperinci mengenai dakwaan risiko muflis yang akan dihadapi Malaysia menjelang 2019 jika kerajaan tidak mengurangkan pemberian subsidi.
Beliau berkata, selain daripada pemberian subsidi kepada rakyat seperti yang didakwa, banyak lagi faktor yang membolehkan negara menjadi muflis terutamanya melibatkan perbelanjaan kerajaan yang tidak dikawal dengan baik.
"Satu kajian yang mendalam harus dibuat. Kenapa subsidi yang diberikan alasan kebarangkalian negara akan bankrap sedangkan ada banyak lagi faktor penyumbang lain yang boleh mengakibatkan negara bankrap.

Harga petrol mungkin dinaikkan 15 sen tahun ini

Thursday, May 27, 2010
Harga petrol mungkin dinaikkan buat permulaannya 15 sen bagi setiap liter daripada harga sekarang pada tahun ini.

Harg
a petrol RON 95 ketika ini dijual pada harga 1.80 ringgit bagi setiap liter.

Harga baru itu berikutan cadangan sebuah badan yang bertanggungjawab menasihatkan kerajaan berhubung cara-cara mengurangkan subsidi.

Cadangan itu dibuat pada pembentangan awam dalam usaha awal kerajaan untuk mengurang defisit dalam belanjawan negara yang kini pada tahap tertinggi bagi tempoh 20 tahun.

Peter Veana, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza Memeluk Islam

Peter Veana, Peserta Konvoi Kemanusiaan ke Gaza 
Memeluk Islam Istanbul- Ahad 23 mei 2010. Jam 10 malam waktu Istanbul, di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh, bersempena dengan keberangkatan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah diadakan acara kesyukuran sempena kemasukan Peter Veana, 63 tahun, ke dalam agama Islam. Peter yang merupakan seorang berasal daripada Isle of Wights di Selatan England, kemudiannya menukar nama beliau kepada Muhammad Fatih.

ISU TANAH KTMB DI SINGAPURA

SIDANG AKHBAR
BADAN PERHUBUNGAN PAS JOHOR
27hb. Mei, 2010
ISU PEMBANGUNAN TANAH KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB) DI SINGAPURA MELALUI PERJANJIAN “POINTS OF AGREEMENT (POA)” ANTARA MALAYSIA-SINGAPURA

Baru-baru ini disiarkan berita bahawa Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Sri Najib telah bersetuju dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong untuk menyelesaikan isu tanah KTMB yang telah tertangguh hampir 20 tahun. Kedua-dua Perdana Menteri juga telah bersetuju untuk menyelesaikan beberapa isu yang lain seperti pembinaan Sistem Transit Laju (RTS), pembangunan Bandar Kesihatan, penurunan kadar tol di Link Kedua dan penamatan Perjanjian Air, 1961. Antara beberapa faktor yang perlu diberikan perhatian adalah seperti berikut;

Judi bola: JAIS, mufti S'gor dibidas kerana membisu

Kerajaan Selangor digesa supaya mengkaji semula kedudukan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi.

Gesaan itu ditimbulkan oleh ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berikutan jabatan itu "menyepi" dalam isu pemberian lesen judi sukan pada sidang medianya hari ini.

Khalid berkata, tindakan itu bercangah dengan sikap jabatan itu sebelum ini -- dalam isu penggunaan masjid sebagai pentas politik dan juga berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

"Saya nak desak JAIS dan pengarahnya untuk mebuktikan bahawa dia tidak ada apa-apa kepentingan dan kesetiaan politik.

"Dalam isu-isu yang jelas pihak umno dan BN bersalah, jelas kelihatan beliau mendiamkan diri," katanya.

Betulkah Selangor luluskan 10 lesen judi untuk I City?

Wednesday, May 26, 2010
Oleh: http://iskandar56100.blogspot.com/

Ketika di dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke rumah, saya telah mendapat panggilan telefon dari Setiausaha PAS Selangor, Sdra Khairuddin Othman, memberitahu bahawa seorang ahli Parlimen mendakwa Mesyuarat Exco telah meluluskan 10 lesen judi untuk I City dekat Shah Alam. YB itu mempersoalkan peranan Exco-Exco PAS. Kenapa tidak membangkang?

Di sini saya ingin menjelaskan Mesyuarat Exco tidak pernah meluluskan lesen-lesen judi untuk I City. Untuk sebulan lepas, Exco ada membincang tentang judi tetapi bukan untuk meluluskan lesen-lesen judi. Lesen judi adalah kuasa kerajaan Persekutuan.

Saya pun hairan macam mana ada yang membuat pelbagai andaian walhal minit-minit adalah rahsia. Ianya dimusnahkan selepas mesyuarat. Sebelum ini ada seorang ahli Parlimen mendakwa bahawa Exco PAS Selangor Dato Hasan Ali tidak pernah bercakap di dalam mesyuarat. YB itu bercakap seolah-olah dia hadir di dalam mesyuarat. Begitulah manusia!

Samy Vellu bersilamban , UMNO jurus dari belakang.

Oleh Ustaz Saiful Bahri

S. Vell Paari yang merupakan anak Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu menuduh UMNO menggunakan 'pembunuhan politik' (political assassin) untuk memecahbelahkan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu. Sambil merujuk kepada desas-desus mengenai kewujudan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) mendapat restu daripada pemimpin tertinggi UMNO, Vell Paari yang juga Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC menyelar UMNO kerana memulakan satu tindakan yang berbahaya. Menurutnya UMNO lah yang akan menentukan siapa yang patut menjadi presiden, timbalan presiden dan sebagainya.

Akhirnya...RM6.5 juta untuk Sagong Tasi dan rakan

Selepas 15 tahun, tujuh orang daripada suku Temuan memperoleh pampasan RM6.5 juta daripada kerajaan persekutuan untuk tanah adat yang diambil bagi membina sebuah lebuh raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Dalam kes bersejarah ini, Mahkamah Persekutuan hari ini mencatatkan satu penyelesaian antara mereka dan kerajaan persekutuan yang mengiktiraf hak Orang Asli terhadap tanah adatnya di Bukit Tampoi, Dengkil.

Sebanyak 38 ekar tanah adat itu telah diambil oleh kerajaan pusat bagi membina sebuah lebuh raya ke KLIA.

Mahkamah itu membenarkan penyelesaian tersebut dicatatkan hari ini setelah kerajaan pusat dan kerajaan Selangor bersetuju membayar papasan tersebut kepada Sagong Tasi.

Tinggalkan MIC, sertai DHPP

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 26 Mei: Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N. Bala Subramaniam menyeru masyarakat India, khususnya ahli MIC supaya meninggalkan parti perkauman itu dan menyertai DHPP menyokong PAS.

Menurutnya MIC kini sedang retak menanti belah akibat krisis kepimpinan dan dilihat sudah tiada masa depan, apatah lagi dengan penguasaan presidennya Datuk Seri S. Samy Vellu yang dilihat sudah tidak mampu meneraju MIC.

SEMBANG SANTAI GENERASI IDAMAN SELANGOR

Program mendekati dan mendampingi remaja dilaksanakan atas nama " Sembang Santai Generasi Idaman Selangor" bakal menemui warga muda Shah Alam pada 29 Mei 2010 ( Sabtu ). Program yang bakal bermula semenjak jam 5.00 petang di dataran kemerdekaan Shah Alam ( Berdekatan Muzium Shah Alam) memulakan acara dengan pertandingan skuter tercantik. Penganjur mensasarkan sebanyak mungkin skuter-skuter yang ingin bertanding agar tampil mempamerkan kecantikan skuter mereka. Hadiah-hadiah menarik menanti pemilik skuter bertuah. Pada malamnya akan diadakan program sembang santai bersama beberapa panel jemputan dan diselangi dengan nyanyian oleh artis-artis jemputan disamping gerai-gerai jualan. Bersama kita memeriahkan lagi program orang muda ini dengan menjemput seramai mungkin remaja untuk bersama menadah ilmu sambil bersantai bersama rakan taulan.

Sekitar sambutan dewan himpunan ...... (versi tamil)

"quoted from dr mariah PAS MP  website:
Khusus untukpenyokong PAS dari bukan Islam.....

இஸ்லாà®®் அல்லாதவர்களுக்குà®®் சட்டமன்à®± உறுப்பினர் வாய்ப்புகள்!

haji20hadi பாக்காதான் à®°ாக்யாட் மத்திய ஆட்சியை à®…à®®ைத்தால் இஸ்லாà®®் அல்லாத பாஸ் உறுப்பினர்களுக்குச் சட்டமன்றத்திà®±்குப் போட்டியிட வாய்ப்புகள் வழங்கப்படுà®®் எனப் பாஸ் கட்சித் தலைவர் டத்தோஸிà®°ி அப்துல் ஹாடி அவாà®™் தெà®°ிவித்தாà®°்.

K'jaan Pakatan tidak lulus premis judi baru

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhasrat untuk mengurang dan menghapuskan perjudian dengan tidak meluluskan premis judi baru sepertimana yang dilakukan di Kedah, kata naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Atas keprihatinan rakyat, semua kerajaan Pakatan mengambil tindakan bersungguh-sungguh dan serius (untuk mengharamkan judi)," kata Mahfuz tang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kedah.
Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena menegaskan demikian ketika diminta mengulas cabaran Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan pemimpin Umno kepada kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengharamkan judi di negeri yang ditadbir mereka.
Sebelum itu, Mahfuz (kanan sekali) dan beberapa pemimpin PAS yang lain menghantar memorandum kepada Raja-Raja Melayu agar mereka campurtangan bagi membatalkan pemberian lesen judi sukan untuk pertaruhan Piala Dunia bulan depan.
Selain PERKASA, Jumaat lalu, bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dilaporkan mencabar kerajaan Pakatan Selangor supaya menarik balik lesen lebih 4,500 premis perjudian dan rumah urut di negeri itu sekiranya benar-benar berhasrat menghapuskannya.

Pemuda PAS edar risalah di premis judi seluruh negara

Mulai esok, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menempatkan anggotanya di depan premis judi di seluruh negara untuk mengedarkan risalah membantah judi bola kepada para pengunjungnya.

Ketuanya, Nasarudin Hassan berkata, mereka akan ditugaskan mengedar risalah itu sehinggalah lesen judi bola dibatalkan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, anggota DPPP akan melakukan tugas itu secara bergilir-gilir mengikut sifnya.

Pemuda PAS juga, katanya, menjemput semua insan yang prihatin yang anti-judi, termasuk bukan Islam, untuk membantu mengedarkan risalah tersebut.
Katanya, ini kerana judi diharamkan oleh semua agama.
Menurutnya lagi, risalah tersebut akan diedarkan sepanjang waktu operasi premis terbabit, serta bergantung kepada kemampuan sif petugas.
Pemberian lesen judi bola sepak baru-baru ini mendapat tentangan hebat daripada Pakatan Rakyat serta masyarakat Islam dan bukan Islam.

Nasruddin sebelum ini telah mengarahkan dewan Pemuda PAS negeri mengadakan demontrasi membantah pemberian lesen judi itu.

Jumaat lalu, demontasi membantah lesen judi itu diadakan serentak oleh lima negeri - Selangor, Perak, Pulau Pinang, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Manakala Jumaat ini, demonstrasi bantahan yang sama akan diadakan di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang dan Selangor.

Pemuda Gerakan sertai himpunan bantah judi

Mohd Shubihi Zain   
ALOR SETAR, 25 Mei: Pemuda Gerakan Kedah dan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyatakan kesediaan untuk menyertai Himpunan Membantah Judi yang akan diadakan di Dataran Zero, Sungai Petani, selepas solat Jumaat, 28 Mei ini.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria (gambar) mengajak seluruh rakyat di negeri ini untuk bersama-sama dalam himpunan besar-besaran itu.
Katanya, Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda DAP (DAPSY) negeri juga telah menyatakan kesediaan untuk menyertai himpunan tersebut.
Menurutnya, himpunan itu adalah bertujuan menyatakan bantahan rakyat terhadap kelulusan lesen judi bola sepak Piala Dunia 2010 yang dianugerahkan oleh Kerajaan Umno BN kepada Kumpulan Berjaya.
"Himpunan ini adalah rentetan daripada beberapa himpunan yang diadakan di negeri-negeri lain Jumaat lalu dan kemuncaknya rakyat akan berhimpun di Kuala Lumpur untuk menyerahkan tuntutan rakyat terhadap aktiviti perjudian kepada Yang di-Pertuan Agong pada 3 Julai nanti," jelasnya yang juga merupakan Ahli Parlimen Padang Terap.

Tukar tanah KTMB dengan tapak perjudian?

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Mei: Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan  tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.
Namun, Marina Bay (gambar) adalah tapak perjudian yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia.

Semalam Perdana Menteri Najib telah menandatangani perjanjian itu dalam retreatnya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Melalui perjanjian itu, Malaysia menyerahkan tanah KTMB itu kepada satu syarikat milik bersama antara Malaysia dan Singapura.

DHPP ubah pandangan serong bukan Islam terhadap Islam

Monday, May 24, 2010
KLANG, 24 Mei: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Pang Chaw mengakui penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP) yang kini sudah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) banyak mengubah sikap dan pandangan bukan Islam terhadap Islam.

Beliau yang merupakan antara tulang belakang KPP yang ditubuhkan sejak 2004 berkata, penubuhan tersebut merupakan titik tolak kepada pencerahan pemikiran orang bukan Islam yang sering dimomokkan dengan pandangan serong terhadap Islam dan PAS itu sendiri.

"Penubuhan Kelab Penyokong PAS pada tahun 2004 yang lalu , saya lihat banyak perubahan sikap di kalangan masyarakat bukan Islam PAS.

Selepas anak muda, Melayu pula jadi sasaran Pemuda PAS

Zulkifli Sulong   
RAWANG, 24 Mei: Selepas hampir setahun menjalankan projek untuk mendekati anak muda melalui program 'Orang Muda Geng Kite', Pemuda PAS kini sedang dalam proses untuk mendekati pengundi Melayu pula.

Untuk mendekati pengundi Melayu, Pemuda PAS telah diberikan amanah untuk mendapatkan data-data yang perlu sebelum strategi yang sesuai disusun oleh PAS bagi memecahkan tembok Umno di kampung-kampung pendalaman yang tidak tercapai oleh media baru.

Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan berkata, Pemuda PAS telah membuat beberapa kajiselidik dan bersedia untuk membentangkannya kepada pucuk pimpinan parti perolehan mereka.
(Nasrudin bergambar bersama dengan penerima hadiah bola sempena program "Orang Muda Geng Kite" di Green Valley Park, Rawang malam tadi.)
Malam tadi, beliau bersama-sama dengan Pemuda PAS Pusat dan Selayang ke Green Valley Park, satu kawasan perumahan dekat Bandar Tasik Puteri dalam program "Orang Muda Geng Kite".

Program yang keluar langsung dari kebiasaan PAS ini menjadikan kegilaan kepada musim bola sepak piala dunia sebagai tema perhimpunan mereka di sini.

'Kisah Benar' - MP Kapar tak lompat

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam yang kebelakangan ini digembar-gembur kononnya bakal keluar parti termasuk dakwaan pengumuman mengadakan sidang media, menceritakan apa yang dilakukannya pada hari semalam kepada TV Selangor.

"Waktu pagi macam biasalah. Saya jumpa dengan masyarakat dan pengundi saya di Pusat Khidmat. Kemudian sekitar jam 11 pagi, saya ke Puncak Alam berjumpa dengan Dr Hamka, bekas setiausaha.

"Selepas itu, saya tertinggal handphone. Saya berbincang-bincang, kemudian balik dan ada banyak miss call. Saya telefon semula. Saya bercakap dengan (Naib Presiden PKR), Azmin Ali, dia tanya, betulkah saya mahu lompat?

"Saya kata, tidak. Pendirian saya jelas. Bukan pasal isu ini sahaja tapi atas apa isu sekalipun saya tetap bersama parti," katanya kepada TV Selangor.

"You help me, I help you", SPRM siasat Najib

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.
Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (kiri, berdiri) memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi untuk dirakamkan kenyataan mereka.

Wain: Dr M 'menjengkelkan' pentadbiran Najib

Pengaruh Tun Dr Mahathir tidak akan kekal selama-lamanya, dan kini telahpun beransur pudar, kata penulis buku Malaysian Maverick.

Barry Wain berkata, orang mungkin akan mengingati pembangunan yang dicapai ketika Mahathir menjadi perdana menteri, tetapi dasar-dasar yang ditinggalkannya tidak akan diperkatakan selama-lamanya.

"Beliau masih lagi berpengaruh sekarang, tapi saya sangat sangsi sekiranya ia akan bertahan lebih lama," kata Wain dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Katanya, mungkin disebabkan faktor itulah yang menyebabkan Mahathir terus bersuara walaupun telah bersara.

Dalam pada itu pula, Mahathir kini kembali menjadi pejuang Melayu dan membuat satu pusingan lengkap dalam karier politiknya apabila tampil memberi sokongan kepada Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), katanya.

Kedah utuh, ADUN Pakatan tolak dakwaan lompat

Dakwaan kononnya kerajaan negeri Kedah bakal tumbang apabila beberapa ADUN Pakatan Rakyat, khususnya daripada PKR akan berpaling tadah, ternyata meleset.
Malam semalam pada perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS di Kota Sarang Semut, keempat-empat ADUN yang dikaitkan akan meninggalkan Pakatan mengulangi ikrar mereka akan tetap dengan perjuangan parti masing-masing, setidak-tidaknya sehingga pilihan raya umum akan datang.
Sebelum ini, ada pihak meramalkan mereka tidak akan menghadiri majlis ini.
Keempat-keempat mereka adalah ADUN S.Manikumar (Bukit Selambau), Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam) dan Lee Guan Aik (Kota Darul Aman) diberi masa 15 minit untuk menerangkan pendirian mereka.

PAS sedang menyatupadukan semua kaum - Abdul Hadi

Hazayani Zakaria, Foto: Shukri Mohamad   
KLANG, 23 Mei: Keterbukaan PAS menerima orang bukan Islam menyertai parti Islam itu melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) membuktikan bahawa PAS sedang menyatupadukan semua kaum di negara ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, jika semua kaum dan etnik di negara digabungkan dengan baik, ianya akan menghasilkan natijah yang baik untuk manfaat negara.
"PAS cuba menyatupadukan seluruh kaum di negara ini dengan membuka pintu kepada orang bukan Islam menyertai PAS.
"Ini terbukti apabila Kelab Penyokong PAS dinaiktaraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan pelancaran DHPP di Klang hari ini.

Sebagai gimik pelancaran, beliau menyentuh sebuah glob bertulis DHPP.
Terdahulu dalam ucapannya beliau juga berkata, apa yang boleh menyatukan kaum ialah keadilan dan saling menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain, dan ianya sedang dibuktikan oleh PAS.
Mengulas lanjut beliau memberitahu, PAS mengambil langkah proaktif sewaktu memerintah Terengganu apabila mencadangkan supaya orang bukan Islam dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
"Ini membuktikan bahawa PAS tidak mengenepikan orang bukan Islam," katanya lagi.
Turut hadir Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, Bendahari, Dr. Hatta Ramli, Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Judi: Mana pemimpin Umno lantang isu kalimah Allah

Saturday, May 22, 2010
Mohd Sabri Said   
PERMATANG PAUH, 21 Mei: "Mana dia pemimpin Umno terutamanya pemuda yang dulu begitu lantang bersuara isu kalimah Allah. Kenapa mereka sembunyikan diri tidak menentang isu judi bola yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Mungkin kerana malu, segan atau takut dikenakan tindakan kerana menentang arus kerajaan," begitulah antara suara yang berkumandang daripada pemidato yang mengadakan demontrasi aman di hadapan Masjid Jamek Permatang Janggus, dekat sini selepas solat Jumaat tadi.
Program yang berlangsung selama 45 minit berjaya menghimpun 400 orang untuk membantah judi terbaru itu.
Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ustaz Yusni Mohd Piah dalam kenyataanya membidas pemuda Umno seluruh negara kerana tidak bangkit untuk menyuarakan bantahan kerana isu judi yang merupakan sentiviti umat Islam.

Mengapa Najib takut siasat dakwaan Barry Wain

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Mei: Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (gambar) kesal kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghalang usaha rakyat menuntut satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat dakwaan Barry Wain.
Semalam, Barry Wain mempertahan fakta bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times dan turut menyatakan beliau mempunyai bukti yang kuat bahawa Mahathir telah menyelewengkan wang negara lebih dari RM100 bilion.
Disember tahun lepas Najib menyebut: "Tak wajar dicadangkan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan semata-mata kerana ada orang menulis sebuah buku. Apa yang penting ialah bagi kita melihat masa depan. Semua perdana menteri telah memberi sumbangan yang besar. Jika tidak, Malaysia tidak akan menjadi maju seperti sekarang sehingga dianggap sebagai satu contoh”.
“Ini adalah satu alasan yang cuba melindungi Mahathir dan kepentingan Umno. Najib bersubahat dalam hal ini begitu juga mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana mereka turut menyambung legasi penyelewengan Mahathir,” kata Idris.
Sehingga kini, katanya Umno gagal menyangkal dakwaan Wain bahawa bangunan PWTC yang mereka duduki sekarang adalah hasil dari wang rakyat yang diselewengkan.

Lesen judi: Rakyat seluruh negara terus protes

Pemuda PAS hari ini menggerakkan bantahan 'pemanas badan' terhadap tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian bola sepak.

Perhimpuna
n berlaku di lima negeri hari ini sebelum perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada 3 Julai bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Di Perak, kira-kira 300 orang, termasuk bukan Islam, mula berkumpul di perkarangan masjid negeri di Masjid Sultan Idris Shah II di Ipoh sejak jam 2 petang.

Ketua penerangan pemuda PAS Perak Mohd Akmal Kamarudin mendakwa perhimpunan mereka hari ini disuraikan oleh polis tidak sampai sepuluh minit berlangsung.

MB: Tak layak, pulangkan semula rumah

Kerajaan Selangor mununtut semula pemilik rumah kos rendah di Selangor yang tidak layak memulangkan semula rumah unit mereka kepada kerajaan negeri.

"Ini bagi memastikan pengagihan rumah kos rendah dilaksanakan dengan adil dan telus," kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata kerajaan negeri telah mengenalpasti berlaku pembelian rumah kos rendah oleh pihak yang tidak layak sekitar tahun 1998 di kawasan perbandaran Petaling Jaya.

PAS tetap pertahan empat prinsip utama negara

Friday, May 21, 2010
Ali Hashim   
BUKIT MERTAJAM, 21 Mei: Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa PAS akan tetap mempertahan dan mendaulatkan empat prinsip utama dalam negara iaitu Islam agama rasmi, hak istimewa orang Melayu, bahasa kebangsaan dan kedudukan Raja-raja Melayu.
Menurut beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, empat prinsip tersebut akan dipertahankan oleh PAS dalam apa jua cara dan situasi.
Tegasnya, Islam akan tetap dipertahankan sebagai agama rasmi negara yang harus dimartabat dan didaulatkan, begitu juga hak keistimewaan orang-orang Melayu sepertimana termaktub dalam Perlembagaan.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menambah, Bahasa Kebangsaan yang menjadi penyatuan utama semua rakyat dalam negara ini akan tetap dimartabatkan.
“Hak Sultan-Sultan Melayu jua akan tetap dipertahankan supaya ia tidak diperkotak-katikkan dan menjadi payung kepada semua rakyat yang berada dalam negara ini," katanya.
Ke empat asas ini juga telah dipersetujui oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat untuk dipertahankan kerana ia telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Persetujuan ini telah termaktub dalam satu dokumen yang ditandatangani oleh pemimpin ke tiga-tiga parti dalam Pakatan.
Mujahid yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang turut mencabar Perkasa yang sebelum ini lantang menguar-uarkan bahawa mereka adalah sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak agama Islam dan bangsa Melayu supaya turun padang bersama-sama untuk berdemonstrasi bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen perjudian sempena bola sepak Piala Dunia tidak lama lagi.

Barry Wain: 'Penyelewengan RM100b Dr M disokong bukti'

Barry Wain yakin 100 peratus dengan ketepatan fakta dalam bukunya Malaysian Maverick: Mahathir in Turbulent Times yang merekodkan kepincangan pentadbiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Wain berkata, semua maklumat tersebut, termasuk dakwaan penyelewengan berjumlah RM100 bilion oleh Dr Mahathir itu disokong oleh bukti.

Beliau juga mengarang buku itu dengan memasukkan pandangan Dr Mahathir bagi menyeimbangkan dakwaan yang dikemukakan.

Antaranya adalah kerugian melalui Perwaja Steel, yang didakwa Dr Mahathir "hanya RM1 hingga RM2 bilion," bukannya antara RM15 hingga RM20 bilion seperti ditulis oleh Wain.

"Dr Mahathir mempunyai memori singkat. Menteri kewangannya sendiri mengemukakan satu laporan audit oleh Pricewaterhouse (Cooper) di Parlimen pada pertengahan 1990-an. Kerugian pada masa itu, saya rasa berjumlah RM9.5 bilion dan ianya makin bertambah selepas itu.

"Dia tidak akan senang hati apabila diingatkan tentang perkara ini, tapi itulah kehidupan... Selagi saya (menulis dengan) seimbang kepada dia, dan saya telah terbitkan pandangan dia," kata Wain dalam satu wawancara khas dengan Malaysiakini semalam.

Rayuan Liwat II: Hakim lucutkan diri

Hakim Mahkamah Rayuan, Md Apandi Ali melucutkan dirinya sendiri daripada mendengar rayuan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan permohonan daripada peguam Karpal Singh.

Mahkamah rayuan sebelum ini dianggotai oleh tiga panel membabitkan hakim - Sulong Matjeraie, Ramly Ali dan Md Apandi.

Karpal membantah kehadiran Md Apandi sebagai seorang daripada anggota panel itu kerana beliau adalah bekas ahli Umno dan terbabit dalam beberapa kes petisyen pilihan raya.

Md Apandi juga adalah bekas bendahari dan juga penasihat undang-undang Umno Kelantan.Menurut Karpal, permohonan berkenaan dibuat bagi mengelakkan persepsi bahawa keputusan akan berat sebelah terhadap ketua pembangkang itu.

Permohonan itu dikemukakan kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff di kamarnya.

Selepas berehat, hakim Sulong memberitahu mahkamah bahawa Md Apandi secara suka-rela mengundurkan diri dan tempatnya digantikan oleh hakim Zaharah Ibrahim.

Panel berkenaan adalah bagi mendengar permohonan Anwar supaya pihak pembelaan dibekalkan dengan kenyataan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes liwat berkenaan.

Demonstrasi Bantahan Judi peringkat Shah Alam

Demonstrasi Bantahan kelulusan judi bolasepak oleh kerajaan Barisan Nasional yang bakal berlangsung mulai minggu ini bakal memeberikan tekanan kepada kerajaan terhadap keputusan yang telah dibuat. Dewan Pemuda PAS Shah Alam menyelar sikap membisu dan mengelakkan diri dari mengulas isu ini oleh Perdana Menteri. Jesteru bagi memastikan desakan secara berterusan kepada kerajaan BN, Dewan Pemuda PAS Shah Alam bakal menganjurkan Demonstrasi bantahan di Shah Alam pada minggu depan. Tempoh seminggu ini bakal diisi dengan program-program kesedaran masyarakat Shah Alam untuk menentang sikap biadap kerajaan Barisan Nasional menghalalkan judi.

Takziah : Kematian Ahli Briged Amal Kota raja

Rabu 19 Mei 2010.... Detik menyedihkan apabila Briged Amal Kota Raja kini kehilangan seorang anggotanya yang komited dan berpotensi dalam kerja-kerja kesukarelawanan sesuai dengan moto pasukan ini " Remaja Cakna Masyarakat ". Mohd Ali Assabuni Bin Ahmad, Anak kepada Ustaz Ahmad Arum, aktivis dakwah di Kota Raja dan Pengerusi Rumah anak-anak Yatim Al-MUnirah Johan Setia telah melibatkan diri dengan Briged Amal Kota Raja bermula sebagai peserta SPIES 2009 dan disahkan sebagai anggota BRiged Amal KOta Raja selepas selesai acara pelancaran BASE pada 3 April 2010 yang lalu oleh Sdr Azri Arish, Pengarah BASE.

Protes Seluruh Negara Bantah Judi Hari Ini


PAS menganjurkan sekurang-kurangnya lima perhimpunan di pelbagai tempat di seluruh negara hari ini bagi membantah tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan.
Protes yang digerakkan Dewan Pemudanya itu akan diadakan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Daripada kelima-lima negeri itu, perhimpunan di Terangganu dijangka terbesar, melibatkan sekurang-kuranngnya 3,000 orang.


Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan) sendiri dijadual akan turut serta di perkarangan Masjid Pengedang Baru, Kuala Terengganu.

Bercakap kepada Malaysiakini, ahli jawatankuasa PAS Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani berkata pihaknya tidak memohon permit untuk perhimpunan itu kerana ia akan dibuat "secara aman di dalam perkarangan masjid".

Menurutnya, demontrasi itu dijangka turut dihadiri kepimpinan Pemuda daripada parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Keluarga saksi buat laporan 'cubaan bunuh'

Keluarga saksi utama kes pelajar 14 tahun yang mati ditembak polis, Aminulrasyid Amzah – Azamuddin Omar membuat laporan polis mengenai apa yang didakwa mereka sebagai percubaan membunuh ke atasnya.

Laporan it
u dibuat di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada jam 2.12 petang hari ini oleh abangnya, Mohd Hafizzuddin Omar.
Azammuddin (pertama dari kanan) adalah penumang di bahagian depan ketika kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid ditembak.
Remaja itu juga mendakwa tembakan berulang kali dilepaskan ke arah mereka oleh polis dan dia dibelasah selepas kereta mereka terhenti.
Hafizzudin juga meminta Kementerian Dalam Negeri menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat perkara itu dengan segera.

Pemuda PAS cabar menteri, mufti bantah judi

Thursday, May 20, 2010
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 20 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengeluarkan kenyataan bagi membantah kelulusan lesen judi yang diberikan kepada Berjaya Group oleh Kementerian Kewangan.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata Jamil Khir semalam dilihat lantang mengeluarkan kenyataan bahawa Peguam syarie di Mahkamah Syariah di negara ini mestilah seorang yang beragama Islam namun dalam hal judi ini beliau mengambil pendekatan pasif.

"Dimanakah suara lantangnya itu?

"DPPWP juga mencabar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan semua mufti dinegara ini untuk tampil ke hadapan menghalang tindakan kerajaan meluluskan judi bola sepak piala dunia serta semua aktiviti judi dalam negara ini," katanya.

"Kita tidak mahu mereka menjadi mufti yang harus sana harus sini, tetapi bila bertembung perkara yang haram dengan kepentingan periuk nasi mereka, mufti-mufti ini menutup mata dan menyembunyikan ilmu mereka," katanya lagi.

Judi, PERKASA: Najib membisu

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mengulas berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.

"We are not going to talk about that (Kita tidak akan membincangkannya)," kata Najib kepada wartawan selepas upcara pecah tanah bangunan baru Utusan Malaysia hari ini.

Perdana Menteri juga sekali lagi mengelak menjawap soalan berhubung dakwaan MCA bahawa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) punca Barisan Nasional tumbang di kerusi pilihan raya kecil parlimen Sibu, Ahad lalu.

"It's a whole (bunch) of reasons, cannot just ... ok, never mind lah (Banyak sebabnya, tak boleh hanya ...tak apalah)," katanya dengan ringkas.

Dun Kedah tidak dibubarkan 22 Mei


Mohd Sabri Said   
PERMATANG PAUH, 20 Mei: Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Hasan Abdul Razak menafikan perkhabaran kononnya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 22 Mei ini.
Ini ekoran dakwaan kononnya kerajaan negeri semakin kurang mendapat sokongan apabila akan berlaku lagi Adun yang lompat parti.
Katanya, semua khabar angin itu berpunca daripada iri hati musuh Pakatan Rakyat yang tidak senang duduk kerana apa yang dilakukan oleh kepimpinan sekarang menyedarkan rakyat bahawa semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu banyak berlaku penyelewengan, rasuah, penipu dan memperdaya rakyat.

Lesen judi - Kuasa BN menghina Islam

Oleh : Wan Nik Wan Yussof

Sesungguhnya tindakan kerajaan Pusat dikuasai Barisan Nasional meluluskan lesen judi kepada Berjaya Corp untuk pertaruhan perlawanan Bola Sepak Piala Dunia 2010 adalah satu penghinaan besar kepada Yang Dipertuan Agung. Kerana ia menampakkan penggunaan kuasa Barisan Nasional yang jelas menghina Yang Dipertuan Agung selaku ketua agama Isalam. Sekaligus, memberi kesan penghinaan kepada agama Islam sebagai agama Persekutuan dan melanggari Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, menyanggahi prinsip penerapan nilai Islam yang diasaskan era Tun Dr. Mahathir Mohamad dan mengengkari akhlak pemimpin Islam Hadhari era Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Lantaran itu, pihak Barisan Nasional sekarang yang dikuasai Mohd Najib telah mengukuhkan jenama 1Malaysia dengan nilai-nilai judi sebagai sumber ekonomi negara yang sudah menitis nilai dosa ke dada umat Islam.

Jelasnya, ia sudah menghina saf mufti selaku pemutus fatwa dan pengawal hukum, kerana sehebat Mufti Harussani mungkin tidak dirujuk oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib, atau Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek. Maka, selayaknya umat Islam terkilan dan berkecil hati dengan cara pentadbiran pihak kuasa Barisan Nasional sekarang.

PDRM Akan Perangi Habis-Habisan Judi Piala Dunia

Jika dilihat pada berita ini, tiada alasan kerajaan membenarkan lesen judi memandangkan PDRM telah memberikan komitmen padu untuk membanteras judi haram sepanjang piala duni. Melainkan kerajaan mahu tumpang sekaki mengaut keuntungan dari tahi-tahi judi..

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memerangi habis-habisan mereka yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung awal bulan depan di Afrika Selatan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, pasukan khas akan memantau kegiatan seumpama itu.

Bukti bergambar DAP bukan punca keputusan undi pos Sibu tiba lewat

Wednesday, May 19, 2010
Bagi menjawab kepada dakwaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa DAP punca kepada sengaja melengah-lengahkan pengumuman keputusan undi pos pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, dipaparkan di sini laporan secara kronologi bergambar yang disediakan oleh blogger Perisik-Rakyat.

9:15pm - semua keputusan dah diterima dari pusat pengiraan undi, dapat berita dari sana bahawa SPR tak nak lepaskan peti undi pos... SPR cuba main gila.

GAMIS bantah judi "halal" kerajaan.

Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) mendesak kerajaan menarik balik lesen pertaruhan bola sepak sempena Piala Dunia yang akan bermula bulan hadapan. Menurut Presiden GAMIS, Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, mahasiswa Islam membantah pemberian lesen pertaruhan judi ini kepada Kumpulan Berjaya Corporation kerana judi ini secara jelas sesuatu yang haram di sisi Islam.

"Dalam perkara yang sudah qat'ie (diputuskan) haram tanpa khilaf (perbezaan pandangan ulama') ini, tidak perlu lagi melihat kepada maslahah (kebaikan) yang cuba direka-reka unuk menghalalkannya. Hujah Timbalan Menteri Kewangan bahawa tindakan sedemikian untuk mengurangkan masalah pertaruhan haram daripada merebak tidak boleh diterima akal yang waras. Takkan kalau selepas ini kita hendak mengelakkan pelacuran haram secara berleluasa, kita wujudkan pula tempat pelacuran 'halal'?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

GAMIS berpendirian, pertaruhan ini bukan sahaja dibantah oleh mereka yang beragama Islam tetapi juga di kalangan bukan Islam yang bimbangkan hal ini akan menyebabkan masalah sosial di Malaysia semakin parah. Dalam demontrasi di Masjid Kampung Baru pada minggu lepas misalnya, terdapat wakil dari wakil bukan beragama Islam yang berucap untuk menyampaikan bantahan walaupun demontrasi Jumaat lalu dihalang oleh pihak polis.

Mantan wakil rakyat Umno desak batal judi bola

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (PAKKU) mendesak kerajaan membatalkan serta merta lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat dewan tertinggi pertubuhan itu yang dipengerusikan presiden Tan Sri Adam Abdul Kadir dan dihadiri beberapa anggota lain antaranya bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid dan bekas menteri kebudayaan, kesenian dan pelancongan Tan Sri Sabbaruddin Chik, kata naib presiden Tamrin Ghafar dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Berjaya Corp dilaporan telah menerima kembali lesen perjudian sukan.
Pada 6 Mei, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen berkenaan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

ADA JUGA JUDI YANG HALAL???


"Apa pun dalam Islam judi tetap haram. Tak ada istilah judi halal, kalau judi tetap haram. Nak guna alasan untuk sekat kegiatan judi haram bukan itu caranya. Selama ini pun kerajaan telah luluskan banyak lesen judi tetapi judi tanpa lesen tetap berlaku. Kita tak boleh terima itu, kita bantah keras,”

Kenapa Umno berani "halalkan" judi?

Semua orang maklum tentang keburukan judi. Orang UMNO pun tahu tentang keburukan judi. Masalahnya bukan kecil tetapi membawa kepada masalah sosial yang begitu serius sehingga Allah mengharamkannya dengan nas yang jelas dari Al Quran. Semenjak kecil semua orang Islam memahami dan mengerti bahawa judi adalah haram.

Namum mutakhir ini kebiadapan UMNO semakin memuncak terhadap Islam. Mereka dengan berani mengumumkan judi adalah halal. Sehingga setiap individu muslim terasa senak di sanubari untuk menerima dan menelan sikap biadap UMNO ini. Lagaknya semakin kurang ajar dan tidak lagi memandang Al Quran dalam segala tindak tanduk mereka. Tatkala mereka mengatakan "Jangan rasuah" kepada para penjawat awam, Perdana menteri sendiri secara terang-terangan memberikan rasuah dalam PRK Hulu Selangor dan Sibu. Bahkan dengan bangganya disiarkan dalam televisyen.
Awang Adek dengan bangganya mengeluarkan fatwa bodoh mengatakan halalnya judi kerana mengelakkan berlaku perjudian haram. Alasan bodoh dari orang bodoh dan ditujukan hanya kepada orang bodoh (orang yang bersetuju).

Persoalannya, mengapa kebiadapan UMNO semakin menjadi-jadi semenjak APCO mengambil alih pemerintahan Malaysia ini? Jawabnya terletak pada rakyat. Rakyat perlu berani menyatakan kepada kerajaan UMNO bahawa segala tindak tanduk mereka ini amat tidak disukai rakyat. Rakyat Sibu membuktikannya. Apakah rakyat melayu Islam semuanya hanya tahu tunduk membisu apabila si UMNO ini berlagak sombong dan biadap dengan Islam? Kita perlu memberi mereka sebuah pengajaran. Ayuh bersama kita tunjukkan kepada  UMNO bahawa rakyat Malaysia telah berpadu untuk menolak kebongkakan mereka dan bersatu kearah Malaysia yang lebih sejahtera, adil dan berkebajikan.

Jangan tunggu UMNO semakin besar kepala dengan menghalalkan penjualan arak secara berleluasa dan menggalakkan penzinaan secara berlesen, kerana pada masa itu kita tidak mampu lagi untuk mengawal anak-anak sendiri dan negara akan hancur dengan generasi yang penuh dengan kemaksiatan.Hari ini menjadi bukti perjuangan kita membela nasib generasi akan datang... BANTAH LESEN JUDI BOLA UNTUK MASA DEPAN MALAYSIA....

Himpunan Besar 3 Julai

1. Membantah Lesen Judi Bola atau sukan yang diluluskan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional membawa kepada tindakan tegas dari pihak Dewan Pemuda PAS Pusat .

Pertama : Himpunan 3 Julai 2010

Himpunan Besaran - besaran pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja - Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansukhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut .

Kedua : Himpunan 21 Mei 2010 [ jumaat ]

Himpunan besar - besaran yang mensasarkan penyertaan 5 ribu rakyat di setiap masjid negeri di seluruh negara pada 21 Mei 2010 untuk tujuan menyuarakan bantahan rakyat terhadap tindakan Kerajaan meluluskan Lesen Judi Bola dan sukan ini .

Zionis mengumumkan secara rasmi niatnya untuk menghalang Armada “Kebebasan”.


Rabu , 19/05/2010 -Kementerian Luar Negeri Zionis mengumumkan pada petang Isnin (5-17), bahawa pihaknya sama sekali tidak akan membenarkan Kapal Armada “Kebebasan” memasuki Gaza bagi menyalurkan bantuan kemanusian kepada yang memerlukannya di Gaza yang telah dikepung selama empat tahun berturut-turut. Perkara tersebut dilakukan oleh ratusan bagi gerakan pembebasan yang telah disertai oleh beberapa buah negara dan mereka bersatu mengiringi kapal Armada yang dijadualkan akan tiba pada akhir bulan ini.
Menurut laporan berita edisi bahasa Ibrani, bahawa Pengarah Jabatan Hal Ehwal Eropah di Jabatan Luar Negeri Zionis Naor Gelwon pada hari Isnin lalu telah memanggil duta-duta besar bagi negara-negara yang rakyatnya turut sama dalam kapal Armada yang dalam perjalanan dari Pelabuhan Eropah menuju ke Gaza bagi menghapuskan kepungan ke atasnya, dengan turut menyatakan negara-negara yang telah dipanggil (duta besarnya), iaitu Greek, Ireland, Turki dan Sweden.
Gelwon berkata bahawa Israel tidak akan membenarkan kapal-kapal yang telah disahkan penghantarannya untuk menghampiri pantai Gaza dalam bulan ini bagi menghapukan kepungan yang dilakukan ke atasnya. Dia menambah lagi “Siapa yang ingin memberikan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza mesti melalui Pejabat Koordinator Kerajaan di (setiap)Daerah,” seperti yang ia katakan.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Himpunan besar-besaran bantah lesen judi 3 Julai

Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 18 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran 3 Julai depan bagi membantan tindakan kerajaan meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia bermula Jun ini.

Satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong juga akan diserahkan pada himpunan tersebut.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata, himpunan tersebut akan bermula di masjid negara sebelum bergerak ke Istana negara.

"Pada himpunan tersebut, kita akan menyerahkan memorandum kepada Tuanku, agar mendesak kerajaan menarik balik kelulusan lesen judi yang telah diberikan," katanya kepada Harakahdaily selepas mesyuarat dewan harian Pemuda PAS Pusat petang ini.
Biarpun menerima kritikan hebat dari pelbagai pihak, kerajaan awal bulan ini tetap meneruskan hasrat meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.

Najib umpama hero koboi yang suka langgar undang-undang - Zaid

Tuesday, May 18, 2010

Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 18 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disifatkan umpama cowboy di zaman 'Wild Wild West'  siri TV tahun 1960-an yang selalu menunjukkan watak orang yang tak pedulikan undang-undang.

"Hukum yang dipakainya ialah pistolnya," kata bekas calon pakatan di Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim mengulas lagak Najib di Sibu.

Zaid (gambar)  dipercayai mengulas tawaran Najib secara terbuka kepada masyarakat Cina agar memenangkan calon BN dan kerajaan akan memberikan habuan kepada mereka.

Ekoran tawaran ini, peguam Karpal Singh mendesak agar Najib di ambil tindakan.

Dia sanggup melakukan apa saja kerana orang takut kepadanya; sebab dia digelar “a fast draw, tulis Zaid dalam blognya.

Bila semua orang dalam ketakutan maka dia lah hero ditempat itu, tambahnya.

HALIM REDZUAN BAKAL BERLEPAS KE GAZA MALAM INI

Makluman kepada sahabat yang ingin menemui sahabat kita Saudara Halim Redzuan yang bakal menyertai misi meruntuh tembok kematian Gaza, Beliau bakal berlepas ke Turki pada malam ini. Beliau dijangka berada di Lapangan terbang KLIA selepas maghrib dan akan mula sibuk denagan urusan pelepasan jam 9.00 Malam nanti. Sebagai tanda sokongan bolehlah sahabat-sahabat sekalian bergerak bersama ke KLIA dan berjumpa dengan Saudara Halim sebagai tanda sokongan diatas usaha gigih beliau yang sanggup cuti sebulan tanpa gaji kerana ingin membantu misi kemanusiaan ke Gaza. Perjalanan beliau dengan kapal nanti bakal berhadapan dengan armada tentera laut Israel secara berhadapan dan segala risiko ditanggung demi menyelamatkan nyawa penduduk Gaza yang mengalami keperitan ekoran tindakan biadap Zionis Israel dan Mesir menutup pintu sempadan dan menyekat segala bentuk bekalan ke sana.

Hadir jangan tak hadir..Tunjukkan sokongan anda...

BERSIAP SEDIA UNTUK DEMONSTRASI BANTAH JUDI

Para pemuda PAS Shah Alam mesti bersiap sedia dan mengambil peranan penting untuk mengerahkan seluruh pencinta kebenaran dan keadilan Islam untuk turun dan menyatakan bantahan penting menentang keputusan Menghalalkan Judi di Malaysia oleh kerajaan BN. Penentangan ini amat penting bagi menyatakan kepada para pemimpin UMNO dan BN bahawa kita tidak mungkin akan bertolak ansur sekiranya perkara yang diharamkan oleh ALLAH dihalalkan oleh UMNO dan BN. Dewan Pemuda PAS Shah Alam akan mengikut segala arahan dari Dewan Pemuda PAS Pusat untuk sama-sama turun dan menyatakan bantahan kepada Yang DiPertuan Agong diatas sikap biadap dan tidak bertamadun kerajaan BN.
Jika DAP menyatakan bantahan terhadap keputusan itu, dimanakah maruah kita umat Islam masih membisu dan membiarkan kerajaan UMNO terus menerus menghina hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH? Pemuda PAS Shah Alam Wajib bersiap sedia dari sekarang untuk menyertai himpunan yang bakal dianjurkan kelak demi Islam...Demi Allah yang amat kita kasihi.....

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]