Kenyataan rasis: Pegawai khas PM letak jawatan

Tuesday, February 2, 2010
Datuk Nasir Safar, pegawai khas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akan meletakkan jawatan berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman di Melaka pagi ini, demikian menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Menurutnya lagi, kenyataan Nasir itu juga tidak mencerminkan pandangan perdana menteri.

Nasir, tambahnya, memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.

Berikutan itu, Nasir akan meletak jawatan.Nasir dikatakan telah membuat kenyataan berbaur perkauman ketika berucap pada seminar '1Malaysia' di Melaka hari ini, menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.


Menurut sumber, Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.

Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.

Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Februari.

Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.

Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]