Usaha ini di lihat terdesak, berikutan pengumuman keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Februari ini. DPPN Pk melihat tindakkan tersebut menunjukkan bahawa mereka mahu terus menguasai PBT walaupun berlakunya perubahan pentadbiran Kerajaan Negeri.
Tindakkan mereka adalah untuk memastikan PBT yang di kuasai mereka lumpuh jika berlaku perubahan kepimpinan Kerajaan Negeri. Ini yang telah berlaku selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 yang lalu.
DPPN Pk kesal dengan tindakkan tersebut yang membelakangkan kehendak rakyat sepertimana yang telah di lakukan semasa pentadbiran Pakatan Rakyat (PR). Dengan menguasai PBT ini, mereka akan cuba menyekat hubungan rakyat dengan Kerajaan Negeri.
DPPN Pk membantah sekeras-kerasnya perlantikan ini kerana ianya tidak mencerminkan demokrasi sepertimana kehendak rakyat. UMNO / BN perlu kembalikan hak rakyat yang telah mereka cabuli.
SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
0 Komen:
Post a Comment