Nasharudin Membawa Pulang Amanat Qardawi

Monday, February 22, 2010
"Bandar Baru Bangi : Timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok, YB Ust Nasharudin Mat Isa yang baru pulang daripada majlis pertemuan pelajar-pelajar Qardawi di Doha, Qatar telah di beri amanah oleh Syeikh Yusuf Qardawi sendiri supaya pulang ke Malaysia dan membacakan kitab beliau yang terbaru yang bertajuk Fiqh Al Jihad di mana-mana Masjid di sini.

Nasharudin berkata demikian ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Annur bagi menggantikan tempat Al-Fadhil Ust Haron Din yang pergi menunaikan umrah baru-baru ini.

Menurut Nasharudin, kitab Fiqh Al-Jihad merupakan karya terbaru Syeikh Yusuf yang belum lagi diterjemah dan masih belum dibenarkan untuk diterjemah. Beliau tidak menolak kemungkinan untuk menjadikan Surau Annur sebagai tempat untuk beliau membacakan kitab tersebut nanti.
Di dalam kuliah tersebut, Nasharudin menceritakan serba sedikit pengalaman beliau di Qatar ketika mengikuti program tersebut bersama dengan Syeikh Yusuf. Menurut Nasharudin, program selama 10 hari itu yang dihadiri oleh seramai 40 orang ulama yang dijemput sendiri oleh Syeikh Yusuf daripada seluruh dunia mempunyai jadual yang sangat ketat. Majlis bermula pada pukul 9 pagi sehingga 10 malam pada setiap hari sehingga beliau tidak berkesempatan langsung untuk melihat bandar Doha.
Menurut Nasharudin, beliau terpaksa membatalkan kesemua program politik beliau di Malaysia semata-mata untuk mengikuti majlis di Doha tersebut. Peluang untuk duduk bertalaqi ilmu bersama tokoh ilmuan dunia itu adalah sesuatu yang didambakan. Yang lebih penting menurut Nasharudin ialah bukan sahaja untuk duduk dalam halaqah ilmu bersama Syeikh Yusuf, tetapi yang lebih penting bagi beliau adalah untuk dapat merasakan bagaimana hidup bersama dengan seorang ilmuan seperti Syeikh Yusuf (bermu’ayashah).
Syeikh Yusuf Qardawi dilahirkan pada tahun 1926 di Mesir. Beliau telah dididik sendiri oleh Imam Hasan Al-Banna. Di antara guru-guru beliau adalah Syeikh Muhammad Abu Zahrah, Syeikh Sayyid Sabiq, Syeikh Abdul Qadir Audah, Syeikh Mahmud Syautub dan ramai lagi.
Syeikh Yusuf pernah dipenjarakan dua kali oleh kerajaan Mesir. Yang menariknya, ketika beliau berada di dalam penjara, beliau telah bercakap-cakap dengan rakan-rakan beliau yang turut ditahan supaya menganggap penahanan mereka dipenjara tersebut ibarat perkhemahan musim panas (summer camp) yang penginapan dan makan minumnya ditanggung oleh kerajaan Mesir.
Menurut Nasharudin, Syeikh Yusuf telah dilarang memasuki Amerika Syarikat dan United Kingdom. Sepanjang hidupnya bermacam-macam ujian, tohmahan dan fitnah yang beliau hadapi. Yang terbaru, gambar Syeikh Yusuf sedang berpeluk dengan seorang Rabai Yahudi sedang disebarkan secara meluas di Palestin, sedangkan beliaulah yang begitu keras menyeru umat Islam berjihad melawan yahudi di Palestin.
Dalam khutbah Jumaat minggu lepas, Qardawi telah tampil membuat penjelasan tentang peristiwa yang sebenarnya berlaku. Menurut Qardawi, gambar tersebut telah diulas dengan cara yang cukup tidak beramanah dan berniat jahat. Memang betul yang berpeluk dengan beliau itu adalah seorang rabai yahudi tetapi rabai yahudi daripada mazhab yang menentang penubuhan Negara Israel. Rabai itulah juga yang telah membantu beliau keluar daripada United Kingdom ketika terdapat cubaan untuk menahan beliau di sana.
Ternyata itu adalah penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk memberikan gambaran yang tidak betul tentang pendirian beliau dalam isu Palestin.
Seterusnya Nasharudin menjelaskan bahawa 40 orang ulama daripada seluruh dunia yang di panggil untuk mengikuti majlis selama 10 hari tersebut antara lain adalah bertujuan untuk membentuk satu ‘madrasah’, satu pemikiran yang penting di dalam pemikiran Islam khasnya dalam bab usul fiqh dan fiqh bagi mengelak umat Islam akhir zaman ini terjebak dengan dua aliran ekstrem yang sedang melanda ummah sekarang ini. Aliran ekstrem yang dimaksudkan ialah kefahaman Muktazilah Baru dan kefahaman Zahiriah Baru.
Secara ringkasnya, Muktazilah ialah kefahaman yang banyak menggunakan logik dan akal dalam menentukan sesuatu hukum manakala Zahiri ialah kefahaman yang tidak langsung menggunakan logik dan akal, sebaliknya merujuk kepada nas, Al-Quran dan hadis secara zahir sahaja. Sebab itulah kita perlu mengambil jalan ‘wasatiy’ ataupun pertengahan demi menyelamatkan umat Islam di akhir zaman.
Seterusnya, Nasharudin berkata bahawa di akhir program tersebut, kesemua ulama yang hadir dalam majlis tersebut telah sebulat suara bersetuju untuk menamakan Syeikh Yusuf Qardawi dengan gelaran “Syeikhul Islam” disebabkan oleh sumbangan beliau yang tidak ternilai kepada dunia Islam.  – ANN

NOTA : Pihak ANN akan menyiarkan rakaman penuh kuliah maghrib YB Ust Nasharudin tersebut dalam masa yang terdekat.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]