Hazayani Zakaria |
PUTRAJAYA, 25 Feb: Beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dan badan Bukan Kerajaan (NGO) menyelar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein kerana enggan bertemu sendiri dengan mangsa tembakan polis, Norizan Salleh dan menerima memorandum daripada mereka. Kira-kira 20 wakil dari PR ke bangunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya kira-kira jam 11.30 pagi tadi bagi menyerahkan sendiri kepada Hishammuddin memorandum berhubung pendedahan Norizan itu namun malangnya kehadiran mereka tidak disambut baik oleh pihak Menteri. Pada awalnya, pihak keselamatan memberitahu bahawa Hishammuddin ada di pejabatnya dan membenarkan tujuh orang masuk menemui beliau namun selepas itu, setiausaha sulit kanan beliau yang dikenali sebagai Azmi, keluar menemui mereka di lobi bangunan dan secara tergesa-gesa meminta mereka menyerahkan segera memorandum berkenaan kepadanya. Beliau juga memaklumkan bahawa Hishammuddin tiada di pejabat dan seolah-olah tidak mahu mengambil tahu apa yang ingin disampaikan oleh mereka. Sikap tidak mesra tetamu yang ditunjukkan Azmi itu menyebabkan berlakunya sedikit kekecohan apabila mereka bertegas mahu menemui Hishammuddin sendiri bagi menunjukkan keadaan Norizan yang tangannya masih berbalut, serta menyerahkan memorandum itu kepda beliau. Azmi bagaimanapun tidak mempedulikan permintaan itu sebaliknya terus meninggalkan mereka tanpa cuba menyelesaikan pertelingkahan itu secara baik. Bercakap kepada media selepas itu, pimpinan PR yang hadir menyuarakan kekesalan di atas sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan pihak Menteri. Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, pihak menteri sepatutnya mendengar sendiri daripada mangsa mengenai apa yang berlaku, bukan menunjukkan sikap angkuh. "Saya sebagai Ahli Parlimen Ampang, sangat kecewa dengan sikap setiausaha sulit kanan Hishammuddin kerana tidak ada sikap mesra rakyat langsung. "Saya percaya beliau tidak tahu langsung cerita mengenai Norizan ini. Sepatutnya beliau mendengar dahulu daripada kami mengenai kes ini sebelum bertindak sombong dengan kami. "Hari ini terbukti slogan Perdana Menteri, Rakyat Didahulukan, Pencapaian diutamakan, kosong. Mereka langsung tidak menunjukkan sikpa mesra rakyat seperti yang dilaungkan," tegasnya. Timbalan Ketuanya, Rodziah Salleh yang juga Exco Kerajaan Selangor pula meminta Kerajaan membuktikan slogan 1Malaysia yang dicanang mereka selama ini. "Saya nampak isu ini begitu serius kerana jika perkara begini boleh berlaku kepada kami yang telah diberikan mandat oleh rakyat, cuba bayangkan bagaimana jika Norizan datang seorang diri, sudah tentu kehadirannya langsung tidak dihiraukan. "Jadi saya minta Kerajaan tolong buktikan slogan yang mereka laungkan selama ini," ujarnya. Setiausaha Dewan Muslimat PAS, Kartini Ahmad pula berkata, pihaknya akan terus menyokong sebarang tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat dan NGO dalam memastikan Norizan mendapat keadilan yang sewajarnya. "Kami dari Muslimat PAS sangat terkejut dengan kes ini.Walaupun ianya sudah berlaku lama, tapi belum ada sebarang tindakan dari pihak kerajaan untuk memberi pembelaan kepada Norizan. "Jadi kami akan terus memberi sokongan kepada sebarang tindakan yang diambil untuk membantu Norizan sehingga kes ini selesai,". katanya. Sementara itu, Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam berkata, mereka akan menyerahkan meorandum berkenaan kepada Hishammuddin di parlimen yang akan bersidang pada Mac depan. "Kita memang bawa memorandum. Bukan datang tangan kosong.Kita akan jumpa Hishammuddin di parlimen bulan depan.Kita akan bawa Norizan ke parlimen dan serahkan memorandum. Di Parlimen Hishammuddin tak boleh lari seperti hari ini," katanya. Turut hadir pagi tadi, Timbalan Ketua Wanita Dapsy kebangsaan, Jenice Lee Ying Ha yang juga Adun Teratai, Ketua Penerangan PKR, Latheefa Koya, dua peguam Norizan, N. Surendram dan Fadiah Nadwa Fikri. Pada awal pagi 30 Otober 2009, Norizan telah ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka. Norizan buat pertama kali mendedahkan perkara itu dalam satu sidang media pada Januari lepas. Ia disusuli dengan penyerahan memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman pada 4 Feb 2010 dan selepas itu ke Suhakam pada 11 Februari lepas. Namun sehingga kini, aduannya belum mendapat respon daripada kerajaan. Sehubungan itu, beliau pagi tadi merayu kepada Menteri yang bertanggungjawab agar mengambil perhatian terhadap kes beliau itu yang didakwa telah menjejaskan kehidupannya. "Saya sedih bila saya datang sendiri ke sini, pihak Menteri tidak mahu ambil tahu kisah saya. Saya tidak tahu kenapa saya ditembak, dan akibatnya saya terpaksa menanggung kos rawatan sebanyak RM18 ribu. Mana saya nak cari duit," luahnya kesal. Harakah Daily |
Hishammuddin Diselar Elak Jumpa Mangsa Tembakan
Friday, February 26, 2010
Melalui
INFO DPPSA
|
pada
6:47 AM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
February
(123)
- Hubungan Kaum Makin Erat di Era Pakatan Rakyat
- Anwar Shatters Najib's Rosy Picture
- Pemuda Perlu Berani Berubah, Lakar Sejarah Baru
- Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor 7 Mac
- PR, Bersedialah untuk Gantikan BN
- GST Tidak Sesuai Kerana Jurang Pendapatan Besar di...
- Risalah Hina Istana Selangor Cemar Sambutan Maulud...
- Anwar: Ekonomi Malaysia Kini Retak dan Bakal Berkecai
- Tegak Sunnah Rasulullah s.a.w. Sepanjang Hayat - P...
- GST: Pakatan Siap Depani BN di Parlimen 15 Mac
- Hishammuddin Diselar Elak Jumpa Mangsa Tembakan
- Selangor Agihkan RM49 Juta Melalui Dasar Merakyatk...
- Nik Aziz: Keakraban PAS-Bukan Islam Tidak Direka K...
- Blogger dedah perbualan Saiful dengan blogger Umno
- Royalti: Husam sedia dedah jika Mustapa minat
- Nasharudin Membawa Pulang Amanat Qardawi
- Sebatan syarie lebih baik dari hukuman penjara
- Pilihan raya ke 13 sudah hampir
- Tiada Exco, wakil rakyat Selangor miliki harta projek
- Perginya Seorang Pejuang Di Kota Raja; Ustaz Hj Ha...
- Kehakiman Lemah Punca Negara Luar Campur Tangan - ...
- Agenda Pembangunan Kampung Baru Masih Kabur
- Penduduk bersyukur rumah tergendala, kini siap
- Proses kehakiman negara banyak tidak kena
- Tahniah Kepada Mahathir Kerana Anaknya Kayawan
- Nizar Berceramah Dalam majlis BN... Sambutan Luar ...
- Saksi: Terima wang bukan pelik
- Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS
- Laporan bedah siasat ke-2 didedahkan hari ini
- Permohonan Anwar untuk hakim tarik diri ditolak
- JANGAN TUDUH PRESIDEN PAS DENGAN MELULU TANPA USUL...
- Presiden PAS, keluarga selamatkan orang lemas
- Adik PM, Melayu Ke-4 Terkaya di Malaysia..Adakah U...
- Fakta Pulau Pinang Membela Melayu
- TGNA: Sebenar-benar Maulud Ialah Mewujudkan Suasan...
- Kerajaan alami masalah kewangan serius
- Panel: Khalid should appeal if he feels suspension...
- Pemuda PAS bantah sambutan hari kekasih menara KL
- Tamrin Jabatan Amal Selangor pada 26 Februari
- 80.8% rakyat Kelantan tolak wang ehsan
- Culik Altantuya: 'Nasir Safar di tempat kejadian'
- Ugut bunuh: Anwar anggap laporan Saiful aneh
- JK Disiplin: Ikut saluran, bukan kritik terbuka
- ROSMAH TIDAK DILANTIK SEMULA
- Blogger hina MB Kelantan serah diri
- PAKATAN RAKYAT PERAK AKUR DENGAN KEPUTUSAN MAHKAMAH
- Bangkit dengan semangat membara - Presiden PAS
- MB Perak: Rakyat lebih layak buat keputusan
- Bertarung di `mahkamah rakyat' – Nizar
- Nizar meninggalkan mahkamah dengan lambaian kemena...
- lintas langsung kes mb perak
- Penyokong Nizar, Zambry mula berkumpul
- Lintas langsung dari Mahkamah Persekutuan Putrajaya
- Muflis 2012: PAS mohon Sultan Johor campurtangan
- 24 kerusi panas jadi rebutan di Perak
- MANA NAK LETAK MUKA : MAHKAMAH ARAH RODA EYE ON MA...
- PERUTUSAN YB NIZAR MENJELANG KEPUTUSAN
- UMNO peralatkan kakitangan Kerajaan
- Perbicaraan kes liwat ditangguh
- Keputusan Jawatankuasa Disiplin Perlu Di Taati
- Bubar Dun Perak - Nizar
- Royalti: Pemuda minta SPRM siasat Mustapa Mohamed
- Nik Aziz kesal lakaran blog cuba mengaibnya
- LANTIK AHLI MAJLIS KERAJAAN TEMPATAN: UMNO TERDESAK
- nizar paling layak jadi MB perak
- Chua dakwa Umno guna isu Allah pecahkan Pakatan
- 2 enjin jet TUDM dijumpai di Uruguay
- Isu JK Disiplin : Sebenarnya Orang Masih Sayangkan...
- Petronas Should Do The Right Thing - Tengku Razaleigh
- XPDC Jelajah Daerah sempena Setahun Kudeta: Bertol...
- Nik Aziz offered discussion on religion, not unity...
- TNC UM pula didesak letak jawatan
- Kes Anwar Disambung Isnin Depan
- Melayu, Islam Pulau Pinang jauh lebih terbela di b...
- LAMAN web pro pakatan rakyat mula bermasalah
- Saiful: Dua hari tak buang air besar
- Ketua Penolong Pengarah JKSK Bukit Aman Maut Dalam...
- Two more RMAF jet engines 'lost'
- Majority of Perak voters want fresh elections, pol...
- su Khalid: Exco Pemuda PAS diarah beri penjelasan
- Liwat II: Seluar dalam Saiful dikemukakan
- Munajat Hapus Rampasan Kuasa Jahat Umno
- Hari ini dalam sejarah: Rampasan Kuasa di Perak
- Anwar: Utusan kotor, biadap, jijik
- Kes Enjin Belum Selesai, Kini Kes Maklumat Bocor Pula
- Nasharudin Terima Jemputan Qardawi
- Liwat II: Kondo Desa Damansara jadi tumpuan
- KEBAKARAN DI KAMPUNG BUKIT KUDA
- Apa najib Buat sewaktu menjadi menteri pertahanan?
- 1M'sia: Najib gagal ajar pegawainya, kata PAS
- PAKATAN RAKYAT DAN SAAT KRITIKAL
- Kenyataan Saiful Memang Meragukan..Sah Konspirasi..
- Jika pemimpin PR cakap macam Nasir, pasti kena ISA
- Anwar minta dibicara, Saiful beri keterangan
- Letak jawatan tidak cukup, guna Akta Hasutan - MCA
- Tuduhan liwat DSAI : Jawapan Dr Haron Din
- DATO' TUAN IBRAHIM : PENJELASAN TINDAKAN TATATERTIB
- Bersemuka dengan Lim Guan Eng
- Perkauman: Pecat, dakwa Nasir di mahkamah
- Masih lagi Terbayang Wajah Tok Guru Nik Aziz
-
▼
February
(123)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment