XPDC DAKWAH 2010

Thursday, December 31, 2009



ألسلأم عليكم ورحمة الله وبركاتة

XPDC DAKWAH 2010


Semua pemuda PAS Shah Alam diseru untuk bersama-sama dalam program XPDC DAKWAH 2010.
Maklumat program seperti di bawah:


Tarikh : 31.12.2009 (Khamis)
Tempat berkumpul : Masjid Negeri Shah Alam
Masa berkumpul : 11 malam
Pakaian : Baju putih, seluar slack Hitam


Person Incharge : Amin Al-Kalantani (019-7964780), Samsuri (013-4735772)


Ayuh mari bersama kita sampaikan dakwah untuk semua!

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN


SU Akhbar Nik Aziz minta Berita Harian mohon maaf

Seringkali apabila ada isu-isu pentadbiran dan organisasi yang melibatkan parti-parti di dalam Pakatan Rakyat, media akan mengapi-apikannya sehingga kelihatan isu itu adalah isu besar yang berpunca dari krisis dalaman parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Inilah realiti media yang dikuasai pemerintah yang perlu difahami. Jesteru rakyat perlu matang dalam mendapatkan maklumat dari sumber berita yang mereka dengar. Masyarakat bandar seperti Shah Alam mungkin sudah terbiasa dengan mainan kotor media massa ini kerana mereka terdedah kepada sumber yang banyak serta mudah dan cepat diperoleh.Namun realiti yang terpaksa kita terima media pro BN akan berterusan mempengaruhi rakyat agar termakan dengan provokasi mereka. Pejuang kebenaran harus terus utuh berdiri mempertahankan perjuangan suci membebaskan negara ini dari pemerintah yang korup.

Sumber berita  dari harakah daily :

KOTA BHARU, 30 Dis: Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaacob meminta akhbar Berita Harian memohon maaf secara terbuka kerana menyiarkan kenyataan yang dianggap tidak tepat mengenai dirinya.

Malah katanya, wartawan akhbar berkenaan tidak pernah menemuinya sebelum menyiarkan kenyataan dianggap panjang lebar berkaitan dirinya.

“Beberapa laporan yang terdapat dalam akhbar berkenaan semalam bukan sahaja tidak betul, bahkan tidak pernah menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang penjelasan.

“Laporan itu kata saya merancang untuk mengajar di Kias tak betul, nak melanjutkan pengajian di Kuis pun tak betul, sebaliknya saya akan menyambung pengajian di peringkat PhD di UM,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Akhbar terbabit semalam menyebut Mohd Saiba sudah lama merancang menjadi pensyarah di Kias sambil melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Kuis.

Laporan tersebut juga memberitahu beberapa pihak mempersoalkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Annual Bakri Harun kerana gagal memberi nasihat yang betul kepada Menteri Besar.

Oleh yang demikian, Mohd Saiba memberi peluang akhbar berkenaan memohon maaf sebelum tindakan lanjut diambil memandangkan berita yang disiar tidak mendapat kebenarannya dan turut dilibat nama Anual Bakri.

X-Fail: Persoalan yang belum terjawab

Wednesday, December 30, 2009
Malaysiakini
Rakyat Malaysia menunggu ketibaan 2010 mengharapkan jawapan kepada isu-isu yang belum selesai tahun ini. Berikut adalah 10 kes sepanjang 2009 yang belum selesai. Namun mungkin masih ada lagi yang tidak tersenarai di sini.


Nasib Anwar bergantung pada bicara liwat 11

Awal bulan ini, parti komponen Pakatan Rakyat memperkukuhkan lagi kerjasama antara mereka dengan mempersetujui satu rangka dasar bersama.

Dengan mengetepikan ideologi politik, pakatan PKR-DAP-PAS telah berjaya duduk semeja untuk mengenal pasti bidang-bidang kerjasama dalam usaha untuk menawan Putrajaya dengan teraju Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, masa depan Pakatan masih dilindungi awan gelap kerana Anwar sendiri berdepan dengan perbicaraan kes liwat - bagi kedua kalinya.

Ia sepatutnya perbicaraan terbesar 2009, tetapi ia tidak berlaku selepas ketua pembangkang itu memfailkan cabaran demi cabaran di mahkamah terhadap tuduhan tersebut.

Teoh Beng Hock Sah Dibunuh - Autopsi Kedua


Teka-teki kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock akhirnya terjawab apabila laporan kedua pakar patologi terkemuka, Pornthip Rojanasunand dari Thailand membuktikan kesasihan ujian forensik itu yang mensabitkan mendiang mati dibunuh Julai lalu.

Menurut sumber-sumber kementerian kesihatan Pornthip membuat rumusan itu setelah hadir sama pada bedah siasatan kedua mendiang Teoh pada 22 Novermber lalu di Hospital Sungai Buloh.

Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keaadilan, sumber berkenaan juga mendakwa, Pornthip sudah menyerahkan laporan kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk keluarga Teoh dan kerajaan negeri Selangor yang meminta bantuan kepakarannya selepas terdapat keraguan yang melampau terhadap kesan yang ada pada mayat mendiang.

Inkues kematian Teoh ini akan disambung pada 7 Januari 2010 selepas dua kali ditangguh.

Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Teoh mati dibunuh dan bukan membunuh diri atau pun menjadi mangsa kemalangan.

Nik Aziz nafi Husam letak jawatan dan dua pegawainya dipecat

KOTA BHARU, 29 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan dua pegawainya dipecat di samping menafikan exconya, Datuk Husam Musa meletakkan jawatan.

Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di kediaman Menteri Besar hari ini, beliau memberitahu niat setiausaha politiknya, Anual Bakhri Haroun untuk meletakkan jawatan sudah lama dinyatakan.

Ianya dibuat atas sebab Anual mahu menumpukan kepada bidang penulisan dan syarikat beliau dan juga atas masalah kesihatan anak bongsunya yang harus deberi penumpuan.
------------------------------------------------------------
(Gambar: Nik Aziz dalam sidang medianya petang ini. Di kiri dan kanan beliau adalah Datuk Mohamad Daud-ketua dewan Ulama megeri dan Nik Amar - Timbalan Pesuruhjaya III)
-----------------------------------------------------------
Manakala setiausaha akhbarnya pula, Mohd Saiba Yaakob akan habis kontrak hujung bulan ini.

Apa yang berlaku katanya bukan rombakan tetapi prosedur biasa lantikan politik apabila seseorang itu tamat kontrak.

Tun Mahathir persoal keputusan ganti jet MiG-29

Tuesday, December 29, 2009
Nampak gayanya Tun Mahathir sudah kembali menyuarakan pandangan mengkritik keputusan kerajaan Najib dan rosmah. Apakah sudah wujud pergolakan antara beliau dengan Pentadbiran Najib Rosmah? Kita mengenali Tun Mahathir yang keras dengan pandangannya... Apakah Najib Rosmah akan tunduk kepada Tun Mahathir sekaligus menyaksikan penguasaan bekas PM itu diatas pentadbiran Najib..Kita tunggu episod seterusnya...

Berita asal :

KUALA LUMPUR, 29 Dis: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan adakah kepentingan orang tengah mempengaruhi keputusan mengisytiharkan jet pejuang MiG-29 Tentera Udara Di-Raja Malaysia tidak dapat digunakan.

"Penjualan dan pembelian pesawat oleh kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah.

"Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?" beliau mempertikaikan.

Beliau juga mempersoalkan,  dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah ratusan juta ringgit dibelanjakan untuk pesawat ganti?

"Jika kita beli ganti lagi ratusan juta diperlukan," katanya

Aduan Polis Terhadap Usaha Sabotaj PAS & PR

Monday, December 28, 2009
Pemuda PAS Selangor hari ini membuat aduan polis berhubung dakwaan percubaan mensabotaj hubungan parti itu dengan dua lagi rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat melalui demonstrasi semalam.

Aduan oleh timbalan ketua dewan tersebut Ahmad Zaidi Abdul Mutalib dibuat di Shah Alam tengah hari ini, berhubung demonstrasi kumpulan yang digelar Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor di hadapan ibu pejabat parti itu semalam.

Ketua Pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi Abd Halim, yang berada di ibu pejabat polis daerah tersebut, berkata aduan itu dibuat setelah mendapati kumpulan tersebut bukanlah mewakili PAS kawasan itu seperti didakwa.

"Kita mendapat kepastian mereka bukanlah daripada kalangan ahli kita, lebih-lebih lagi jurucakap mereka bernama Wan Hilman Wan Abd Rahim," katanya.

"Kita sudah semak dan mereka bukan ahli PAS Gombak."

Tambahnya, kepastian itu diperolehi selepas membuat semakan dengan pangkalan data senarai keahlian PAS.

Royalti: Nik Aziz setuju langkah MB Terengganu

KOTA BHARU, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong seratus peratus tindakan yang dilakukan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang tetap bertegas meneruskan saman terhadap Petronas berhubung pembayaran royalti minyak kepada Terenngganu.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Kelantan mungkin akan meniru cara yang dilakukan Terengganu itu berhubung dengan pembayaran royalti minyak kepada Kelantan, katanya pada satu majlis di Medan Ilmu di sini baru-baru ini.

Dalam sidang Dun Terengganu baru-baru ini, ketika menjawab soalan lisan PAS Rhu Rendang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ahmad Said berkata kerajaan negeri menolak jumlah bayaran dari kerajaan pusat.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah menjelaskan secara detail kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak betapa perlunya Kerajaan Pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu mengikut perjanjian asal.

Selain itu, Terengganu memutuskan bahawa royalti dibayar terus oleh Petronas kepada Kerajaan Negeri, manakala semua pembayaran yang telah dibuat oleh Petronas kepada Kerajaan Persekutuan dalam tempoh 2000 hingga 2009 adalah dianggap pembayaran royalti kepada Terengganu.

Jumlah royalti yang dituntut Kerajaan Negeri Terengganu bagi 2000 hingga 2009 sebanyak RM2.792 bilion, namun Kementerian Kewangan tetap dengan keputusannya untuk membayar balik wang itu sebanyak RM1.686 bilion saja.

"Selagi perkara itu tidak diselesaikan, (maka) perjanjian (berkaitan) tidak akan ditandatangani.

"Dan kerajaan negeri Terengganu akan menarik balik kes mahkamah jika kerajaan negeri berpuas hati dengan jumlah royalti yang akan dibayar, " tegas Ahmad Said.

Dalam perkembangan yang sama, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Tan Sri Aziz bermuafakat memberi jawapan bahawa 'Kelantan tidak ada hak untuk mendapatkan royalti lima peratus'.

Mudahnya Bahan Berita Media Malaysia

MSO

ANTARA masalah yang sering menimpa seseorang editor di sesebuah akhbar ialah untuk mendapatkan bahan dijadikan berita. Inilah yang memeningkan kepala bagi seseorang editor, mencari dan menyaring bahan untuk di isi disetaip lamanan akhbar mereka. Mereka kena pilih dan cari berita yang bukan saja ada nilai berita tetapi berita yang berkualiti.

Berita yang ada nilai ialah berita yang akan menjadi tumpuan dan digemari orang untuk membacanya yang sekaligus melariskan akhbar berkenaan.

Bagaimana pun itu bukan bermakna ianya cukup dengan berita yang menjadi tarikan pembaca saja, tetapi berita itu mestilah ada matlamat, ada tujuan dan ada faedah kepada pembaca. Dalam konteks faedah ini ia boleh memberi sesuatu pengetahuan dan ilmu aru kepada pembaca, membangun bangsa, negara dan agama.

Betapa pun besar berita itu kalau ia tidak mendokong konsep dan prinsip berkenaan ia tidak ada nilai dalam erti kata sebenarnya.

Manakala prinsip sesebuah berita itu disiarkan akhbar berkenaan ialah untuk mempengaruhi pembaca agar terikut dengan kehendaknya bagi menjayakan misinya. Antara falsafah akhbar (media) ialah mempengaruhi pemikiran pembaca.

Di negara ini bahan yang dijadikan berita sangat mudah sekali. Ia tidak kira apakah bahan berkenaan menepati ciri-cirinya sebagai sebuah berita ataupun tidak, ia akan disiarkan. Asalkan bahan itu memberi untung kepada apa yang diperjuangkan media berkenaan ia akan disiarkan walaupun salah dan catatnya nyata sekali.

Paling malang lagi ada berita yang diisikan nampak sangat dibuat-buat, direka-reka sendiri. Media mengaturkan sesuatu peristiwa atau kejadian kemudian melaporkannya sebagai sebuah berita yang benar dan semula jadi.

Inilah yang berlaku dalam dunia penerbitan akhbar negara ini. Akhbar sudah tidak dapat berdiri di garis tengah, bersikap bebas melainkan mengarahkan berita dan penyiarannya mengikut agenda yang diperjuangkan. Akhbar bukan pemberi maklumat dan pelapor kejadian tetapi penggerak agenda kepada sesuatu puak.

Satu contoh terbaru ialah mengenai sekumpulan manusia yang telah berhimpun di hadapan pejabat Pas Selangor semalam untuk menyerahkan memorandum kepada pemimpin Pas negeri itu untuk mendesak agar Pas keluar dari Pakatan Rakyat.

Perhatikan bagaimana tindakan sekumpulan orang yang tidak sampai 20 orang itu diolah menjadi berita besar. Kumpulan itu mengaku mereka adalah penyokong dan pengundi Pas. Atas kapasiti itu mereka merasakan berhak untuk menasihati Pas Selangor supaya keluar dari kerajaan Pakatan.

Demontrasi – PAS Kasihan Melihat Lakonan Terburuk Umno Selangor

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) amat kasihan melihat Umno dan penyokongnya yang kini begitu terdesak dalam melakukan apa jua cara bagi memecah belahkan Pas dan Pakatan Rakyat. Demontrasi yang kononnya dilakukan oleh Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor di Shah Alam semalam jelas menunjukan kebodohan Umno dalam menguruskan kekalahan mereka di Selangor. Jelas kejadian semalam adalah aksi lakonan terburuk Umno sejak Mac 2008.
PAS mendapati penganjur demontrasi berkenaan mempergunakan Islam dan juga agenda perjuangan Melayu sebagai modal menarik perhatian umum yang jelas bertentangan dengan prinsip perjuangan PAS. PAS jelas sebagai sebuah parti yang mengangkat Islam sebagai roh perjuangan, menolak perjuangan perkauman sempit yang dilaung-laungan oleh para demontrans yang didalangi Umno semalam.
PAS tegas dalam hubungan bersama Pakatan Rakyat dan kesal dengan pihak-pihak yang mempergunakan nama PAS bagi tujuan mewujudkan keraguan dan kekeliruan terhadap identiti pendokong dan penyokong PAS yang sebenar. Jelas yang hadir dalam himpunan berkenaan bukanlah ahli-ahli PAS, malah mereka merupakan orang-orang upahan Umno yang kini semakin nazak di Selangor. Mereka malu mengunakan nama Umno untuk berdemontrasi dan terdesak meminjam nama PAS bagi meraih simpati.

Salahuddin: Pendesak PAS keluar Pakatan, bukan ahli


PAS hari ini menafikan bahawa kumpulan yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor adalah anggota parti itu.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata kumpulan berkenaan tidak wujud dalam parti, sebalik ditubuhkan bertujuan untuk memfitnah parti tersebut.

"Saya tidak kenal pun mereka. Kumpulan itu bukan di bawah kita (PAS) dan ini semua fitnah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Kubang Kerian berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kewujudan kumpulan itu yang mendesak PAS Selangor keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri dalam memperjuangkan isu Islam dan bangsa Melayu.

Ditanya sama ada PAS bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka, Salahuddin berkata buat masa ini PAS mengambil pendirian untuk meneliti perkara tersebut.

PAS akan siasat dalang disebalik demonstrasi

Harakahdaily   

KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor menyiasat dalang disebalik sekumpulan pemuda yang mengadakan himpunan di hadapan pejabat perhubungan parti itu dibangunan Worldwide Shah Alam tengahari tadi.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily ketika beliau diminta mengulas perkembangan terbaru itu.

"Saya telah arahkan setiausaha perhubungan PAS Selangor untuk buat siasatan penuh siapakah dibelakang demo ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily lewat petang tadi.

Beliau juga diminta mengulas sama ada kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan penyokong dan pengundi PAS itu benar-benar dari PAS atau tajaan pihak tertentu.

Menurutnya,maklumat awal yang diperolehi mendapati tiada ahli atau mana-mana unit serta cawangan PAS terlibat dalam himpunan tersebut.

"Maklumat awal saya diberitahu tidak seorang pun ahli PAS, atau mana-mana unit atau cawangan PAS terlibat dalm demo ini," katanya lagi.

Pagi tadi 21 pemuda berkumpul di perkarangan pejabat perhubungan PAS Selangor bagi menyerahkan memorandum mendesak PAS mengakaji semula kedudukan mereka dalam pakatan rakyat Selangor.

Mereka kononya tidak berpuas hati terhadap pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang didakwa mengenepikan PAS dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu.

Bagaimanapun memorandum tersebut tidak berjaya diserahkan siang tadi dan hanya akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali esok.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dilaporkan menafikan penglibatan PAS dalam demonstrasi tersebut dan mendakwa ianya fitnah pihak tertentu yang mahu memecahbelahkan Pakatan Rakyat Selangor.

Sebelum ini, Harakahdaily menerima satu maklumat melalui sistem khidmat pesanan ringkas SMS, memaklumkan tentang perhimpunan tersebut yang akan diadakan hari ini.

"Datanglah beramai-ramai demi kepentingan Melayu...," sebahagian sms itu dipetik.

Bagaimanapun setelah diselidiki, sms itu datangnya dari salah seorang penggerak Umno negeri itu.

Satu sumber memberitahu Harakahdaily bahwa Umno dipercayai sedang menggerakkan satu perhimpunan kononnya untuk mendesak agar PAS Selangor keluar dari Pakatan Rakyat.

Kartika Saridewi terharu temui Nik Aziz

Sumber Harakahdaily

KOTA BHARU, 27 Dis: Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10.

Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun.

Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan.

Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika beriya-iya menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka bertentangan dengan hak asasi manusia.

SIAPA MEREKA? MAHU MENIMBULKAN FITNAH KEATAS PAS?



"SHAH ALAM, Dis 27 — Khabar angin berhubung pesanan SMS yang disebarkan sejak kelmarin terjawab pagi tadi apabila sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Penyokong dan Pengundi PAS Selangor mendesak parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) negeri dengan segera.Mereka mahu PAS bertindak demikian ekoran rasa tidak puas hati terhadap pimpinan kerajaan campuran Selangor dalam memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu sebenarnya.


Ketua kumpulan itu, Wan Hilman Abdul Rahim berkata pihaknya merasakan rakan sekutu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP cuba membelakangi PAS dalam membuat keputusan walaupun parti itu turut berada dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.





Wan Hilman yang juga ahli PAS dari Bahagian Gombak menafikan dakwaan kononnya kumpulannya didalangi Umno Selangor dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka dalam jumlahnya kira-kira 20 orang tidak sempat menyerahkan memorandum hari ini kerana pejabat ditutup.

Sebaliknya ia akan diserahkan kepada Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali esok pagi di pejabatnya di sini.































“Kami merasakan PAS dipermainkan dan dibelakangi dalam membuat keputusan... kami tidak puas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menjaga rakyat, khususnya bangsa Melayu dan kepentingan

40 pasukan sertai kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda

Thursday, December 24, 2009
KUALA LUMPUR, 24 Dis : Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS peringkat Kebangsaan yang di adakan baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa dari masyarakat belia seluruh negara sekaligus membuktikan sukan mampu menarik golongan anak muda.

Kejohanan anjuran Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS), Dewan Pemuda PAS Pusat itu berlangsung meriah di Subang Grand Sports Planet, Subang Jaya, Selangor dan diuruskan sepenuhnya oleh tuan rumah, DACS negeri Selangor.

Sebelum sampai ke peringkat akhir ini, DACS setiap negeri telah memilih empat pasukan terbaik untuk mewakili negeri melalui perlawanan yang diadakan di peringkat negeri masing-masing.

Hasilnya, hampir 40 pasukan mewakili Pahang, Perak, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutuan meyertai perlawanan tersebut bagi merebut piala pusingan Ketua Pemuda PAS Pusat.

Mengawal Keselamatan Negara Bukan Seperti Kawal Gudang Garam


dipetik dari MSO


BEGITULAH kalau sudah terdedah ia sukar untuk ditutup. Dan perkara busuk itu akan tetap busuk juga berbau kalaupun cuba disapu dengan minyak wangi. Attar gaharu tidak dapat menutupi bau busuk walaupun ia diambil dari pohon depu dari Kelantan. Begitulah apa yang dapat dilihat kepada isu kehilangan dua enjin jet pesawat supersonic F-5E milik TUDM.
Mulanya kata Zahid Hamidi kehilangan itu tidak melibatkan pegawai tinggi tentera, sebaliknya ia hanya melibatkan pegawai lain-lain pangkat (LLP) berpangkat sarjan saja. Budak kecil pun rasa tak logik dengan kenyataan Zahid itu dan lebih bersifat nak tudung bangai dengan nyiur.
Kita tahu cara Zahid itu nak jaga maruah dan wibawa tentera tetapi cara dia membela itu tidak kena pada tempatnya.
Masakan pegawai peringkat sarjan mampu untuk melarikan enjin bernilai RM50 juta setiap satu, tak sepadan sangat nampaknya. Siapalah mereka yang berani untuk melarikannya. Mucung senjata senantiasa terhala ke arah mereka. Logiknya perkara besar mesti dilakukan oleh orang besar juga. Budak Tadika hanya curi buah rambutan tetapi kalau guru besarnya songlap yuran sekolah.

Lepas jawatan untuk jaga nama baik parti- Dr Rosli

Wednesday, December 23, 2009
KOTA BHARU, 22 Dis: Demi menjaga maruah serta nama baik parti, Dr Rosli Allani Abdul Kader hari ini melepaskan kesemua jawatannya dalam parti sama ada diperingkat negeri dan kawasan Kota Bharu berkuat kuasa serta merta.

Bekas Pegawai Khas kepada salah seorang anggota exco Kelantan itu telah melepaskan dua jawatan yang disandangnya, iaitu sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu.

Dr Rosli dalam sidang medianya memberitahu, walaupun beliau yakin berada dipihak yang benar, namun demi menjaga nama baik parti dan persepsi masyarakat ke atas PAS, beliau bersedia melepaskan jawatan berkenaan serta merta.

Ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan letak jawatan

Sumber : malaysiakini
Ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan - yang tegas mendesak pengunduran segera menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai peneraju Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) - telah meletakkan semua jawatannya dalam parti hari ini.

Bagaimanapun, Dr Rosli Allani Abd Kader meletak jawatan bukan kerana kegagalan Pemuda PAS negeri mengadakan mesyuarat berhubung peletakan jawatan ketua pegawai eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Ab Rahman.

Sebaliknya, kata beliau, ia berkaitan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu - yang memerintahkannya tinggal berasingan dengan isteri keduanya - bagi mengelak menjejaskan imej PAS.

Dr Rosli mengumumkan peletakannya itu dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Kota Bharu tengahari ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau mengesahkan peletakan jawatan itu dan sebab beliau meletakkan jawatan.

Beliau mendapat perintah mufarakah (berpisah sementara) dengan isterinya Ilyana Mohd Noor kerana perkahwinannya pada Disember tahun lalu diragui oleh bapa mertuanya.

Pendaftaran Pakatan Rakyat di tangan ROS - Presiden PAS

Tuesday, December 22, 2009


KUALA LUMPUR, 22 Dis - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menjelaskan semula apa yang dimaksudkan oleh beliau dalam kenyataannya baru-baru ini adalah Pakatan Rakyat masih belum dapat didaftarkan secara rasmi kerana ia masih dalam proses pertimbangan Pendaftar Pertubuhan atau ROS.


Penjelasan yang dibuat beliau kepada Harakahdaily itu ekoran kekeliruan yang dibuat oleh media berdasarkan kenyataan beliau sebelum ini.


Memetik kata Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar yang menghubungi Harakahdaily itu memberitahu, beliau telah diminta menjelaskan perkara ini oleh Presiden PAS.

Hilang enjin RM50 juta, macam hilang kotak mancis! - Ustaz Idris

KUALA LUMPUR, 22 Dis - PAS merakamkan rasa kesal dan bimbang terhadap tahap keselamatan negara kita atas kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), ujar Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Ustaz Idris ketika mengulas perkara tersebut turut menimbulkan pelbagai persoalan terutamanya mengenai tahap keselamatan negara.

"Beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan kepada kerajaan dan Kementerian Pertahanan. Kenapa sekarang baru kerajaan sedar tentang kehilangan enjin tersebut, sedangkkan ia sudah berlaku sejak tahun 2007,

"Apakah tahap keselamatan negara kita begitu lemah. Enjin kapal terbang bukan boleh diletak di dalam kotak mancis, macam mana enjin sebesar itu boleh dicuri dengan begitu mudah?" soal beliau dalam satu kenyataannya hari ini.

MB T'ganu, ADUN Umno sindir sesama sendiri

Persidangan DUN Terengganu, yang sebelum ini disifatkan agak "muram", hari ini bertukar rancak dan sekali-sekala keadaan menjadi agak panas dengan soalan yang bertubi-tubi daripada penyokong kerajaan sendiri.

Semasa sesi soal jawab hampir satu jam pada hari pertama persidangan, beberapa soalan yang diajukan kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Said, menyebabkan keadaan sedikit tegang dan kadangkala sindir-menyindir kedengaran dalam dewan melibatkan wakil rakyat BN sendiri.

Bekas polis: Pemimpin PAS selamatkan saya di Memali

Bekas Ketua Polis Baling, Tunku Muzafar Tunku Ibrahim, hari ini bertemu seorang anggota PAS yang menyelamatkannya daripada diserang dalam peristiwa Memali pada tahun 1985.

Ketika mengimbas kembali kejadian itu, Tunku Muzafar berkata ketika beliau sedang menuju ke Kampung Memali menaiki sebuah kereta peronda, kenderaannya dikepung 200 penyokong PAS tetapi tiba-tiba beliau terdengar satu suara memekik:

"Ini Pak Tunku OCPD Baling, jangan apa-apakan dia, saya biasa berbincang dengan dia, saya tahu dia boleh dipercayai."

Tunku Muzafar, 67, hari ini buat pertama kalinya selepas 24 tahun berlakunya peristiwa itu, bertemu semula dengan orang yang menyelamatkannya, Muhamad Yusof Husin (sekarang senator) di lobi Parlimen.

Negara Dalam Keadaan Berbahaya. Sistem Pertahanan DiCemari Rasuah

Monday, December 21, 2009

Oleh : Sdr Suhaizan Kayat 
Kes kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM yang bernilai RM50 juta dan dipercayai berada di negara Amerika Selatan merupakan berita yang mengemparkan negara.Malah, siasatan kehilangan enjin jenis GE J85-21A itu turut membongkar pelbagai penyelewengan peralatan, termasuk salah laku membabitkan pelbagai kontrak bekalan bernilai jutaan ringgit dalam pasukan itu.

Kehilangan ini adalah petanda rasuah sudah sampai kekemuncaknya di mana negara dalam keadaan terancam. Jika enjin pesawat boleh jual maka maklumat perisikan pertahanan lagilah mudah untuk dijual kepada pihak musuh.

Satu Lagi Projek BN : Enjin F-5E TUDM dijual pada syarikat di AS


Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

"Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah untuk melarikan enjin itu ke luar negara.

Nik Aziz: ‘Saya rasa berada di dunia baru’


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, salah seorang pemimpin yang menyampaikan ucapan penutup pada Konvensyen Pakatan Rakyat semalam, menyifatkan beliau seolah-olah berada di dunia baru ekoran kerjasama PAS, DAP dan PKR.Selepas pengalaman berada bersama Umno dan Barisan Nasional (BN) kira-kira empat dekad lalu, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata beliau kini merasai suasana yang berlainan


"Saya rasa berada dalam dunia baru, sesuai dengan pengajian dan akidah saya," kata beliau yang muncul julung kali bersama Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh di pentas yang sama di auditorium MBSA.

ISU ROYALTI- UMNO AMAL POLITIK FEUDALISME

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Apabila PAS mula memerintah semula Kelantan pada tahun 1990, Kerajan pimpinan Y.A.B Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mewarisi dua perkara. Perkara pertama Kerajaan PAS mewarisi hutang yang dibuat oleh mantan Kerajaan BN yang dahulu kepada Kerajaan Pusat. Perkara kedua Kerajaan PAS mewarisi aset iaitu dalam bentuk gas dan petroleum.

Mengenai warisan hutang tersebut , ianya adalah beban yang Kerajaan PAS Kelantan harus tanggung meskipun hutang itu tidak ada kena mengena dengan Kerajaan PAS. Hutang dibuat oleh Kerajaan BN kepada Kerajaan Pusat . Namun atas semangat Federalisme, meskipun hutang itu diwarisi oleh Kerajaan lama iaitu Kerajaan BN, Kerajaan PAS tetap membayar hutang tersebut tanpa mengira bahawa bukan Kerajaan PAS yang berhutang.

4,000 hadiri ceramah Dr Yusuf al-Qaradhawi

Kira-kira 4,000 hadirin memenuhi dewan solat Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam bagi mengikuti syarahan perdana yang disampaikan oleh ulama tersohor, Prof Dr Yusuf Al-Qaradhawi malam tadi.

Dr Yusuf yang tiba kira-kira jam 7 petang, kemudiannya mengimamkan solat maghrib berjamaah bersama-sama makmum yang menunggu beliau sejak jam 6 petang lagi.

Bagaimanapun, tokoh pemikir Islam dari Mesir itu kelihatan tidak begitu sihat hanya mengimamkan solat dengan keadaan duduk di atas kerusi.

Blog Sebagai Arena Dakwah dan Bukan Medan Memfitnah

Oleh Ustaz Abdul Ghani Samsudin

Perkembangan teknologi informasi, bahkan segala cabang pengkhususan teknologi  kini begitu pesat dan pantas. Khasnya teknologi yang berkaitan dengan internet. Daripada laman web biasa,  hinggalah kepada  Web Blog kini semakin popular apabila penulisnya orang ternama dan kerap menulis pandangan peribadi mereka untuk ditatapi dan mempengaruhi pemikiran  orang ramai atau para pembacanya. Blog sudah menjadi media social yang sangat berpengaruh sehingga para pemimpin setengah negara turut menjadi blogger.

Blog tidak akan mati - Abu Hassan

Oleh Nazri Abdullah
 
KUALA LUMPUR, 20 Dis: Pengaruh blog terhadap masyarakat di dunia ini tidak akan mati namun mungkin mengalami sedikit penurunan pada masa akan datang.

Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, penurunan tersebut berlaku kerana masyarakat mula minat terhadap penggunaan video klip secara online yang bakal mendapat tempat sedikit masa lagi.

Namun tegasnya blog tetap menjadi instrumen terpenting bukan sahaja sebagai penyebar maklumat biasa malah mampu membentuk kepercayaan politik kepada masyarakat untuk memelilih kerajaan yang dikehendaki.

Bersatu leburkan perkauman sempit

Saturday, December 19, 2009
Sumber : www.harakahdaily.net

SHAH ALAM, 19 Dis: Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat sepakat untuk meleburkan semangat perkauman sempit untuk mencapai tujuan yang lebih besar iaitu mencapai tujuan bersama untuk seluruh masyarakat Malaysia.

Kesepakatan ini diikrarkan oleh pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat ketika memberikan ucapan utama mereka di Konvensyen Sulung Pakatan Rakyat pagi ini.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili parti masing-masing dalam menyampaikan kesepakatan itu.

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]