Seks Luar Tabii: Kerajaan Enggan Dakwa Chua Soi Lek
Tuesday, March 30, 2010Perdana Menteri Najib Razak, Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail lazimnya bingkas menegaskan sistem keadilan negara dilaksanakan tanpa memilih bulu dan yang salah tetap di kenakan tindakan.
Namun ketiga-tiga mereka membisu apabila berdepan dengan isu skandal video lucah Chua Soi Lek – bekas Menteri Kesihatan yang diangkat sebagai presiden baru MCA pada pemilihan parti itu Ahad lalu.
Sikap itu membawa tafsiran Chua dilindungi dan diberi layanan khas walaupun sendiri mengaku melakukan seks haram luar tabii yang menyalahi undang-undang negara.
Beberapa laporan polis di buat terhadap Chua setelah beliau mengakui melakukan hubungan seks di luar tabii dan pita rakaman itu diedarkan secara meluas di seluruh negara.
Namun semua itu dilupakan malah Najib mengangkat Chua sebagai penyelaras Barisan Nasional pada tahun lalu.
Musa dan Gani setakat ini tidak tampil untuk memaklumkan hasil siasatan atau memberi penjelasan mengapa tidak ada pendakwaan terhadap Chua.
Dan semalam, setelah diisytiharkan presiden baru MCA, segala laporan polis dan hasil siasatan pihak berkuasa nampaknya sudah dilupakan, bukan sahaja oleh Chua , tetapi juga oleh peguam Negara dan ketua polis Negara dan perdana menteri sendiri.
“Dalam kes Chua Soi Lek di mana beliau mengaku kesalahan yang beliau lakukan, video juga telah dikemukan, tetapi UMNO-Barisan Nasional gagal untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap Chua Soi Lek. Persoalan beliau telah dimaafkan oleh perwakilan, adalah masalah dalaman parti tetapi jenayah yang telah dilakukan mestilah diadili oleh mahkamah yang terbuka. Dari segi ini kita dapat melihat UMNO bukan berminat untuk membanteras jenayah tetapi mereka sekadar memilih bulu cuba melempar fitnah terhadap Pakatan Rakyat," kata Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.
Peguam Sankara Nair adalah antara yang pertama mempersoalkan kewibawaan Gani atas keengganannya mendakwa Soi Lek walaupun mempunyai bukti amat kukuh termasuk pengakuan bekas menteri kesihatan itu.
Sankara menyifatkan keengganan Peguam Negara untuk mendakwa Chua sebagai “Diskriminasi tahap paling tinggi dan mencerminkan sikap berat sebelah Peguam Negara”.
“Kes mengenai dia yang ada oral seks dan sebagainya itu, kita lihat Peguam Negara tidak mengambil tindakan terhadap perkara ini walaupun adanya keterangan yang nyata daripada pihak Chua Soi Lek sendiri dan juga pengakuan serta laporan polis dibuat terhadapnya," kata pengamal undang-undang Wan Anwar Wan Syahadat.
“Jadi mengapa dalam kes pendakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang kita nafikan sekeras-kerasnya dan tidak mempunyai bukti dan nyata yang keras, kenapa Datuk Seri Anwar didakwa di mahkamah sedangkan Datuk Chua soi Lek tidak didakwa di mahkamah," tegas beliau.
Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong, layanan berbeza untuk Chua dan Anwar menunjukkan kerajan mengamalkan dua sistem keadilan berteraskan kepentingan politik.
“Ini 1 Malaysia 2 sistemlah. Satu sistem untuk ahli-ahli Barisan Nasional, satu sistem untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini memang selective prosecution”.
Dan apa pula kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung su ini.
“ Tak tau. Saya tak tau. Itu kita tanya polis, saya tak tau”
TV Selangor
Melalui
INFO DPPSA
|
pada
12:56 PM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
March
(132)
- Penyertaan Ahli Umno dalam Perkasa bukti 1 Malaysi...
- Separuh Kepimpinan Perkasa Ahli dan Bekas Ahli Umno
- TG Hadi: MEB tiada roh, imbasan konsep Dr M
- APCO: Perjanjian dibuat sebelum konsep 1Malaysia d...
- Melayu hilang saham, gagal capai ekuiti 30 peratus
- Seks Luar Tabii: Kerajaan Enggan Dakwa Chua Soi Lek
- Kementerian Kesihatan diminta perjelas syarikat RM2
- Pesta Sukan @ Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring...
- MAKLUMAN DACS SHAH ALAM
- Apco serlahkan Umno tali barut Israel
- Penyatuan Empat Syarikat Konsesi Hampiri Realiti
- Nik Aziz sokong guna 'Allah' pada Rukun Negara
- MESYUARAT AGUNG PEMUDA PAS SHAH ALAM BERLANGSUNG D...
- 500 berkumpul di kedutaan Sweden bantah akhbar hin...
- Pakatan mula kempen di Hulu Selangor
- Hulu Selangor: Komposisi kaum beri kelebihan pada PR
- Saman YBK: Kerajaan Negeri Bawa Ke Meja Perbincangan
- SPR Bermesyuarat Jumaat 2 April Tentukan Tarikh Pi...
- Pinda Rukun Negara,satu langkah yang tepat
- Selangor Ikhtiar Pilihanraya PBT
- Saman Khir Toyo: ADUN Sekincan fail pembelaan
- Pemergian Dr. Zainal satu kehilangan besar-Presiden
- Gejala buang bayi: Perlu pada kaedah pencegahan
- Hina Nabi: Ribuan umat Islam protes Hari Ini
- Mahfuz: "Apa perlu lantik perunding Zionis?"
- Utusan biadab dan bodoh kepada Sultan Selangor - Zaid
- Media Asing Dedah Najib Mahu Anjur Judi Sukan
- Kembalikan roh Dewan Rakyat - Pemuda PAS
- Sivarasa: 'KPN tiada ijazah undang-undang'
- Selangor lancar Amanah Ikhtiar Selangor April Ini
- Usul bincang 'pihak ketiga' dalam PDRM ditolak
- Dewan Bistari Kembali Beroperasi
- Rumah kos rendah: Borang RM2 dijual RM300
- 1Malaysia Najib lompang, tiada pengisian – Preside...
- Klinik 1Malaysia: 'Pesakit diberi ubat silap'
- Isu arak di parlimen: Rembau terpaku, Pasir Salak,...
- Perlembagaan Negara Cacamarba, Air Tangan UMNO BN
- Kerajaan dicabar pamer perjanjian royalti minyak
- Selangor Galak Anak Muda Bersukan Elak Gejala Sosial
- Apa guna 1Malaysia sedangkan BN menuju kehancuran
- Selangor Anjur Bengkel Untuk Ibubapa Anak- anak Is...
- 92 peratus rakyat Malaysia percaya media baru
- Ku Li: Perdana Menteri Jelas Tersimpang
- Musa: Ada campurtangan 'orang ketiga' dalam PDRM
- Jom Heboh di Kelantan ada kelainan
- Pendedahan Zahrain bala buat Umno
- SPRM: Pegawai awam makin berani lapor rasuah
- Kurang Penggantungan Kenderaan Persendirian Elak K...
- Orang Muda Geng Kita
- LAWATAN KONVOI ORANG MUDA GENG KITA KAPAR KE SHAH ...
- Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM
- Bayar kepada kerajaan negeri: Kenyataan Tun Musa d...
- Bukan Islam perhati buruknya perangai pemimpin pol...
- Khalid Cadang Tabung Baiki Masalah Lalu Lintas
- Siapa untung di sebalik penyahsenaraian AAAN, Astro
- Ilmuwan digesa tidak 'menikus'
- PM must clarify link between 1Malaysia and 1Israel
- Ku Li: Wang Ehsan Punca Rasuah Salah Guna Kuasa
- Selangor mahu bersemuka dengan SPR
- Qazaf: Apa pendirian kerajaan fatwa munafik, fasik
- PELANCARAN BLOG INFODPPSA
- Orang Asli bukan bumiputera
- Kerajaan Selangor Rancang Projek Perintis Tangani ...
- Khalid Dedah Penyelewengan Umno-BN Lagi
- Model Ekonomi Baru Umno-BN seperti DEB kecundang
- Talam Corp Bayar Hutang RM290 Juta Dalam Setahun
- Tanah 'ditipu', orang Asli protes di Putrajaya
- Menanti kebebasan bersuara 'Parlimen Mahasiswa'
- Isu PKFZ: Kerajaan Dikecam Cuba Kelirukan Rakyat
- Rang undang-undang GST masih dalam agenda
- Selangor anjur Persidangan Anak Muda Kebangsaan
- Proses Audit YBK Jamin Ketelusan Dana Awam
- Pelaburan asing: Malaysia masih terkebelakang
- Penerangan diperluas melalui TVSelangor, Selangorkini
- Bukti kukuh Kelantan berhak dapat royalti
- Golongan muda tak minat politik?
- Pelik tapi benar, ekonomi pulih tapi BLR naik
- Ekonomi pulih, apa salah tolong rakyat
- GST bukti kerajaan lemah, pentadbiran tidak efektif
- Tangguh GST: Pelabur kurang yakin ekonomi M'sia
- Isu KPN: China Press hadapi hukuman gantung
- Kecewa Peguam Negara beku siasatan SPRM
- Agong: 'Pembohongan media baru berterusan'
- Islam should not be imposed on people - Khalid Samad
- Siapa pengkhianat dan petualang agama, bangsa dan ...
- Bantah hina Nabi di Kedutaan Sweden 19 Mac
- Ujian Hafaz Al-Quran Lahir Hufaz Cemerlang
- Di antara Ali dan Baba
- Empat Syarikat Teraju Projek Pemulihan Sungai Klang
- Tangguh bacaan kedua GST adalah kemenangan rakyat
- Selamatkan negara melalui penghayatan Islam
- Hutan Kota Damansara diwarta semula
- Prestasi empat negeri Pakatan lebih baik daripada BN
- Ketua Puteri Dapat Kontrak Anggerik Mall, Apa Penj...
- Khalid: Tragedi Natrah Dedah Tembelang Umno
- Perhimpunan Bantah GST di Parlimen Isnin ini
- Mahasiswa Boleh Kritik Kerajaan- Saifuddin
- Kerajaan Tidak Konsisten Amal Perundangan Syariah
- Debat Zul-Khalid Samad: Hanya Budak Hingusan Takut...
- Najib Terdesak, Peralat Mahkamah
-
▼
March
(132)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
1 Komen:
Bengong punya AG... Krisi MCA tidak akan berakhir kerana mereka mempunyai tokoh pemimpin yang bermasalah dan kesumat dendam...Ya Allah hancurkan UMNO dan konco-konconya...
Post a Comment