SHAH ALAM, 12 MAC - Pimpinan Umno dan Majlis Amanah Rakyat harus tampil memberi penjelasan berhubung kemelut yang melanda peniaga-peniaga di Anggerik Mall, Shah Alam.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, peniaga-peniaga berkenaan menjadi mangsa salahguna kuasa Umno yang menggunakan MARA untuk kepentingan politik parti.
Kontrak pengurusan bangunan itu diberikan kepada syarikat Inno Elegan Sdn Bhd (IESB) dengan seorang Ketua Puteri Umno sebagai pemegang saham terbesarnya.
IESB diberi kontrak panjang mengendalikan Anggerik Mall tetapi gagal menjalankan aktiviti promosi secukupnya.
Akibatnya pusat membeli belah ini ketandusan pengunjung dan peniaga terpaksa menanggung kerugian sekian lama.
"Diserahkan kepada satu syarikat IESB dan tempoh perjanjian di mana bangunan itu diserahkan pada Inno Elegan Sdn Bhd adalah selama 3 tahun + 3 tahun + 3 tahun, dengan adanya tempoh bernafas selama 12 bulan, bermakna 10 tahun.
"Syarikat Inno Elegan ini adalah milik pemegang saham utama bernama Huzry Fionnawatty Hussein yang merupakan Ketua Puteri Umno Wilayah Persekutuan,"katanya.
Beliau berkata IESB yang mendapat kotark itu sejak Julai 2009 dikenakan kadar sewa RM22,000 sebulan manakala pulangan dianggarkan RM60,000.
“Bagaimana syarikat yang dibina dengan modal RM50,000 boleh mengambil alih bangunan itu pun menjadi tanda tanya,”katanya.
Khalid menggesa Umno untuk menghentikan amalan memelihara kroni dan membelakangkan kepentingan rakyat.
"Kononnnya hendak tolong orang Melayu tetapi hanya menolong seorang-orang Melayu iaitu Ketua Puteri Wilayah Persekutuan tapi memangsakan ramai orang Melayu yang merupakan peniaga-peniaga kecil yang kebanyakkannya orang Umno, perkara ini biasa dalam Umno,"katanya.
TV Selangor
0 Komen:
Post a Comment