Bengkel ibu bapa anak- anak istimewa anjuran bersama Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Petaling Jaya semalam berlangsung dalam suasana muhibbah.
Dirasmikan oleh ADUN Taman Medan, Haniza Talha yang juga merupakan pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Taman Kanagarupan, bengkel tersebut dihadiri kira-kira 70 orang ibu bapa anak-anak istimewa.
Menurut Haniza, bengkel ibu bapa anak- anak istimewa ini diadakan untuk memberikan sedikit taklimat kepada ibu bapa yang memiliki anak istimewa agar menghargai anugerah yang diberikan dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
“ Untuk memberikan sedikit taklimat dan penjelasan bagaimana kita boleh membuatkan kehidupan orang kurang upaya (OKU) atau pun anak-anak istimewa ini lebih bermakna,” kata Haniza.
Haniza berkata, anak-anak kurang upaya atau anak- anak istimewa memerlukan perhatian yang sewajarnya dan perlu diberi didikan agar mampu berdikari.
Sementara itu, menurut taklimat salah seorang penceramah jemputan dari Pusat Perubatan Gleaneagles Intan Kuala Lumpur, Dr Tunku Taayah Tunku Zubir, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan ketidakupayaan boleh berlaku kepada anak- anak dan siapa yang perlu memainkan peranan kepada anak-anak istimewa ini.
“ Anak-anak yang mengalami ketidakupayaan, bukan ibu bapa sahaja, sepatutnya keluarga, para doktor, juru pulih, sosial pekerja, komuniti, masyarakat sangat mustahak dan pihak- pihak yang membuat keputusan seperti pihak-pihak atasan, dan keluarga itu dan pesakit itu sendiri,” katanya.
TV Selangor
0 Komen:
Post a Comment