Agong: 'Pembohongan media baru berterusan'

Monday, March 15, 2010
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa dukacita baginda terhadap pengabaian kebebasan yang dilakukan oleh media baru pada ucapannya ketika merasmikan Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 .

Seri Paduka berititah “fitnah, pembohongan dan pemesongan fakta masih berterusan” dengan rujukan terhadap kandungan media baru.

“Semua pihak yang terlibat perlu sedari, tiada agama yang merestui tindakan sedemikian. Kami menggesa mereka supaya menghentikan segera perbuatan itu,” titah baginda.

Tuanku Mizan juga mahu tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang bertanggung-jawab tetapi tidak menamakan pihak berkenaan.

Selain amaran kepada media baru, baginda juga meningatkan semua pihak agar tidak menyalah-gunakan kebebasan bersuara.

“Kebebasan bersuara adalah ciri demokrasi dan masyarakat yang matang. Bagaimanapun kebebasan itu bukan alasan bagi mana-mana pihak untuk memburukkan pihak yang lain sehingga meniupkan sentimen perkauman dan mencetuskan konflik,” titah baginda lagi.

Sebelum itu, ketibaan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tuanku Mizan kemudian menerima sembah “Hormat Diraja” sebelum lagu “Negaraku” dimainkan oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sungai Besi yang diketuai Mejar Zailani Mohd. Okhtat.

Ia disusuli dengan kibaran Bendera Diraja yang disertai dengan tembakan meriam 13 das.

Yang di-Pertuan Agong kemudian memeriksa kawalan kehormat yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Sungai Besi yang diketuai Mejar Rozaini Mohd.

Selepas mem
eriksa perbarisan kehormat, Seri Paduka kembali ke Peterana Diraja dan menerima sembah “Hormat Diraja” kali kedua sebelum Negaraku dimainkan sekali lagi.

Baginda kemudian diiringi Najib serta Muhyiddin memasuki bangunan Parlimen.

Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga akan bermula esok dan berakhir 15 April.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]