Penerangan diperluas melalui TVSelangor, Selangorkini

Wednesday, March 17, 2010
Salhan K Ahmad

Kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikatnya Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) sedang merancang untuk memperluaskan program penerangan melalui lidah rasminya TVSelangor dan juga Selangorkini.Pengarang beritanya, Abdul Rahim Zain berkata, usaha itu bertujuan menarik lebih ramai penonton di laman TV dalam talian itu, manakala keluaran akhbar Selangor Kini pula akan ditingkatkan menjadi akhbar mingguan.

"Kita akan terbitkan Selangorkini dua kali sebulan bermula April dan kita juga merancang untuk terbitkan seminggu sekali bermula Jun," katanya dalam satu taklimat media di pejabat penerbitan itu di Shah Alam hari ini. Pada masa ini, Selangorkini diterbit sebulan sekali.

"Rancangan jangka panjang kita ialah untuk tubuhkan biro di setiap negeri dan supaya kita boleh buat liputan berita nasional, bermula di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

"Kita akan mula menempatkan pemberita sambilan di seluruh negeri bermula akhir tahun ini untuk tingkatkan laporan berita nasional," katanya.

Tambahnya, akhbar tersebut kini berjaya mencapai edaran sebanyak 100,000 naskhah manakala laman TVSelangor pula berjaya meraih sehingga 10.5 juta capaian pembaca sebulan.

Jelasnya, penerbitan Selangorkini tidak memerlukan permit daripada Kementerian Dalam Negeri kerana setiap kerajaan negeri sememangnya diperuntukkan kuasa untuk mengeluarkan buletin mereka sendiri.

"Fungsi kita boleh dikatakan seperti jabatan penerangan bagi kerajaan. Tugas kita adalah untuk memberi penjelasan kepada rakyat dengan fakta-fakta yang ada," tambahnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata usaha itu boleh dilihat melalui laporan mengenai pemberian geran tanah kepada rakyat Selangor di Sabak Bernam, pemberian kunci kepada pemilik rumah kos rendah dan juga program membaikpulih lif di rumah pangsa berkenaan.

"Kerajaan negeri tidak mendapat ruang yang sewajarnya di media arus perdana, sebab itulah kerajaan tubuhkan CCSB sebaik menubuhkan kerajaan dua tahun lalu," katanya lagi.

Tambahnya, kekuatan kedua-dua penerbitan itu ialah bentuk laporan yang telus khususnya melalui web TVSelangor."TVSelangor menjadi saluran rasmi kepada sidang Selcat (jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan) dan sidang dewan undangan negeri.

"Dalam siaran kita, penonton boleh lihat contohnya ucapan (ketua pembangkang) Datuk Seri Khir Toyo, kita tidak sunting apa-apa.

"Jadi rakyat sendiri boleh menilai apa yang kita siarkan. Berdasarkan kajian kita, mereka lebih suka bentuk maklumat begitu," katanya.

Tambahnya, saluran TV berkenaan juga menerbitkan berita-berita sukan dan juga hiburan untuk menarik penonton muda, termasuk penyiaran filem-filem pendek.

Malaysia Kini

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]