Qazaf: Saiful Terlindung Dari Undang-Undang Islam
Wednesday, March 10, 2010Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur menyaksikan pasukan peguam mewakili kerajaan Malaysia terkedu bila disoal perihal layanan berat-sebelah yang ditunjukkan dalam kes Qazaf Anwar Ibrahim.
Peguam Syarie Zainul Rijal Abu Bakar, mewakili kerajaan Malaysia, berkata Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan pendakwaraya Syariah mendakwa Saiful Bukhari Azlan.
Selepas hampir dua tahun kes Qazaf tertunda, Anwar memfailkan permohonan meminta mahkamah mengarahkan Ketua Pendakwaraya Syariah Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain mendakwa Saiful Bukhari Azlan diatas kesalahan membuat pertuduhan palsu.
Dalam perkembangan yang mengejutkan, Menteri Hal-Ehwal Agama Islam Datuk Jamil Khir Baharom, Shamsuddin dan Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali memfailkan bantahan supaya permohonan Qazaf terhadap Saiful digugurkan.
Zainul Rijal berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau mengatasi bidang kuasa Ketua Pendakwaraya Syariah mengikut Seksyen 58(2) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam. Beliau juga berkata terdapatnya kesilapan dalam permohonan yang difailkan pihak Anwar Ibrahim, dan demikian itu permohonan Anwar harus ditolak.
Menyanggah hujah ini, Peguam Syarie Kamar Ainiah Kamaruzaman menyorot perhatian mahkamah kepada prinsip perundangan Islam. Kamar Ainiah meminta mahkamah menjelaskan apakah kuasa pendakwaan Ketua Pendakwaraya Syariah bersifat muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.
Beliau juga menarik perhatian peguam kerajaan kepada turutan sebelum ini yang menunjukkan bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk mencampuri hal-ehwal undang-undang Islam. Kamar Ainiah berkata jika mahkamah merasakan ia tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan Ketua Pendakwaraya mempercepatkan tuntutan Qazaf terhadap Saiful, maka Anwar boleh merujuk kes beliau ke mahkamah sivil.
"Tetapi, apakah kita mahu isu masyarakat Islam di dengar di mahkamah sekular dan oleh hakim yang 'kafir'?" soal Kamar.
Beliau menjelaskan kerajaan mutakhir ini memberi penekanan kepada keutamaan undang-undang Islam, dengan merotan tiga wanita sebelum ini, namun keutamaan itu tergugur bila ia membabitkan Saiful Bukhari Azlan.
"Pihak menteri, ketua pendakwaraya dan pengarah jabatan agama nampaknya lebih yakin pada mahkamah sivil dari mahkamah Syariah, dengan membenarkan kes Qazaf ini ditunda sehingga kes sodomi selesai," tegas Kamar.
"Kerajaan mahu memperkasa undang-undang Islam di negara ini dengan merotan tiga wanita tetapi mengapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Saiful, yang telah membuat sumpah laknat, bahawa beliau telah diliwat? Apakah tiga wanita itu dirotan kerana mereka tidak dilindungi oleh pihak tertentu?" soal Kamar.
Kamar menegaskan mahkamah tidak sewajarnya mengizinkan isu-isu teknikal dijadikan alasan untuk menafikan keadilan.
"Matlamat mahkamah adalah mencapai keadilan, bukan menghalangnya," kata Kamar.
Melalui
INFO DPPSA
|
pada
7:07 PM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
March
(132)
- Penyertaan Ahli Umno dalam Perkasa bukti 1 Malaysi...
- Separuh Kepimpinan Perkasa Ahli dan Bekas Ahli Umno
- TG Hadi: MEB tiada roh, imbasan konsep Dr M
- APCO: Perjanjian dibuat sebelum konsep 1Malaysia d...
- Melayu hilang saham, gagal capai ekuiti 30 peratus
- Seks Luar Tabii: Kerajaan Enggan Dakwa Chua Soi Lek
- Kementerian Kesihatan diminta perjelas syarikat RM2
- Pesta Sukan @ Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring...
- MAKLUMAN DACS SHAH ALAM
- Apco serlahkan Umno tali barut Israel
- Penyatuan Empat Syarikat Konsesi Hampiri Realiti
- Nik Aziz sokong guna 'Allah' pada Rukun Negara
- MESYUARAT AGUNG PEMUDA PAS SHAH ALAM BERLANGSUNG D...
- 500 berkumpul di kedutaan Sweden bantah akhbar hin...
- Pakatan mula kempen di Hulu Selangor
- Hulu Selangor: Komposisi kaum beri kelebihan pada PR
- Saman YBK: Kerajaan Negeri Bawa Ke Meja Perbincangan
- SPR Bermesyuarat Jumaat 2 April Tentukan Tarikh Pi...
- Pinda Rukun Negara,satu langkah yang tepat
- Selangor Ikhtiar Pilihanraya PBT
- Saman Khir Toyo: ADUN Sekincan fail pembelaan
- Pemergian Dr. Zainal satu kehilangan besar-Presiden
- Gejala buang bayi: Perlu pada kaedah pencegahan
- Hina Nabi: Ribuan umat Islam protes Hari Ini
- Mahfuz: "Apa perlu lantik perunding Zionis?"
- Utusan biadab dan bodoh kepada Sultan Selangor - Zaid
- Media Asing Dedah Najib Mahu Anjur Judi Sukan
- Kembalikan roh Dewan Rakyat - Pemuda PAS
- Sivarasa: 'KPN tiada ijazah undang-undang'
- Selangor lancar Amanah Ikhtiar Selangor April Ini
- Usul bincang 'pihak ketiga' dalam PDRM ditolak
- Dewan Bistari Kembali Beroperasi
- Rumah kos rendah: Borang RM2 dijual RM300
- 1Malaysia Najib lompang, tiada pengisian – Preside...
- Klinik 1Malaysia: 'Pesakit diberi ubat silap'
- Isu arak di parlimen: Rembau terpaku, Pasir Salak,...
- Perlembagaan Negara Cacamarba, Air Tangan UMNO BN
- Kerajaan dicabar pamer perjanjian royalti minyak
- Selangor Galak Anak Muda Bersukan Elak Gejala Sosial
- Apa guna 1Malaysia sedangkan BN menuju kehancuran
- Selangor Anjur Bengkel Untuk Ibubapa Anak- anak Is...
- 92 peratus rakyat Malaysia percaya media baru
- Ku Li: Perdana Menteri Jelas Tersimpang
- Musa: Ada campurtangan 'orang ketiga' dalam PDRM
- Jom Heboh di Kelantan ada kelainan
- Pendedahan Zahrain bala buat Umno
- SPRM: Pegawai awam makin berani lapor rasuah
- Kurang Penggantungan Kenderaan Persendirian Elak K...
- Orang Muda Geng Kita
- LAWATAN KONVOI ORANG MUDA GENG KITA KAPAR KE SHAH ...
- Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM
- Bayar kepada kerajaan negeri: Kenyataan Tun Musa d...
- Bukan Islam perhati buruknya perangai pemimpin pol...
- Khalid Cadang Tabung Baiki Masalah Lalu Lintas
- Siapa untung di sebalik penyahsenaraian AAAN, Astro
- Ilmuwan digesa tidak 'menikus'
- PM must clarify link between 1Malaysia and 1Israel
- Ku Li: Wang Ehsan Punca Rasuah Salah Guna Kuasa
- Selangor mahu bersemuka dengan SPR
- Qazaf: Apa pendirian kerajaan fatwa munafik, fasik
- PELANCARAN BLOG INFODPPSA
- Orang Asli bukan bumiputera
- Kerajaan Selangor Rancang Projek Perintis Tangani ...
- Khalid Dedah Penyelewengan Umno-BN Lagi
- Model Ekonomi Baru Umno-BN seperti DEB kecundang
- Talam Corp Bayar Hutang RM290 Juta Dalam Setahun
- Tanah 'ditipu', orang Asli protes di Putrajaya
- Menanti kebebasan bersuara 'Parlimen Mahasiswa'
- Isu PKFZ: Kerajaan Dikecam Cuba Kelirukan Rakyat
- Rang undang-undang GST masih dalam agenda
- Selangor anjur Persidangan Anak Muda Kebangsaan
- Proses Audit YBK Jamin Ketelusan Dana Awam
- Pelaburan asing: Malaysia masih terkebelakang
- Penerangan diperluas melalui TVSelangor, Selangorkini
- Bukti kukuh Kelantan berhak dapat royalti
- Golongan muda tak minat politik?
- Pelik tapi benar, ekonomi pulih tapi BLR naik
- Ekonomi pulih, apa salah tolong rakyat
- GST bukti kerajaan lemah, pentadbiran tidak efektif
- Tangguh GST: Pelabur kurang yakin ekonomi M'sia
- Isu KPN: China Press hadapi hukuman gantung
- Kecewa Peguam Negara beku siasatan SPRM
- Agong: 'Pembohongan media baru berterusan'
- Islam should not be imposed on people - Khalid Samad
- Siapa pengkhianat dan petualang agama, bangsa dan ...
- Bantah hina Nabi di Kedutaan Sweden 19 Mac
- Ujian Hafaz Al-Quran Lahir Hufaz Cemerlang
- Di antara Ali dan Baba
- Empat Syarikat Teraju Projek Pemulihan Sungai Klang
- Tangguh bacaan kedua GST adalah kemenangan rakyat
- Selamatkan negara melalui penghayatan Islam
- Hutan Kota Damansara diwarta semula
- Prestasi empat negeri Pakatan lebih baik daripada BN
- Ketua Puteri Dapat Kontrak Anggerik Mall, Apa Penj...
- Khalid: Tragedi Natrah Dedah Tembelang Umno
- Perhimpunan Bantah GST di Parlimen Isnin ini
- Mahasiswa Boleh Kritik Kerajaan- Saifuddin
- Kerajaan Tidak Konsisten Amal Perundangan Syariah
- Debat Zul-Khalid Samad: Hanya Budak Hingusan Takut...
- Najib Terdesak, Peralat Mahkamah
-
▼
March
(132)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment