PAS: Benarkan MP paling tadah tanding semula

Sunday, March 7, 2010
Akta Pilihan Raya yang membataskan wakil rakyat yang meletakkan jawatan daripada bertanding semula, perlu dipinda bagi membuktikan calon tersebut mempunyai pengaruh di kawasan yang ditandinginya, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Ini kerana katanya, akta tersebut tidak membenarkan ahli parlimen atau adun yang mengosongkan kerusi mereka untuk bertanding semula selama lima tahun.

"Secara peribadinya, calon yang bertanding dalam sesuatu parti, (kemudian) keluar parti, secara moralnya, dia perlu meletakkan jawatan (sebagai wakil rakyat).

"Untuk membuktikan bahawa dia mempunyai sokongan daripada rakyat, dia perlu mempunyai peluang untuk bertanding semula, kalau ada pengaruh.

"Saya harap akta ini dipinda untuk membuktikan calon itu mendapat sokongan rakyat," kata Mustafa pada sidang media di ibu pejabat parti itu pagi ini.

Mustafa mengulas perkembangan terkini yang berlaku dalam Pakatan Rakyat termasuk beberapa ahli parlimen PKR yang berpaling tadah.

Mereka ialah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim - Bayan Baru, Tan
Tee Beng - Nibong Tebal dan Mohsin Fadzil Samsuri (kiri, berketayap) - Bagan Serai yang baru-baru ini mengumum keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata dengan adanya pindaan itu, ia dapat mewujudkan demokrasi apabila wakil rakyat yang dipilih bernar-benar mendapat sokongan rakyat.

Katanya, beliau "tidak tahu menahu" mengenai sebab utama ketiga-tiga ahli Parlimen PKR itu berpaling tadah.

Bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya, Mustafa berkata kemungkinan terdapat dua faktor - faktor dalaman dan luaran - yang menyebabkan mereka berbuat demikian.

Katanya, faktor dalaman itu adalah disebabkan terdapat ahli parlimen yang tidak tahan dengan suasana sebagai ahli parlimen kerana mendakwa ahli parlimen pembangkang tidak mendapat peruntukkan daripada kerajaan.

"Seseorang itu mempunyai sebab yang tidak sama. Ada yang tidak tahan dengan ujian. Mungkin ada ahli parlimen lain tahan, dia tak tahan," katanya.

Dari segi faktor luaran pula, Mustafa berkata, beliau tidak menolak kemungkinan Umno "berusaha untuk mendapatkan sokongan" ahli parlimen pembangkang untuk mendapat majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Kalau mereka boleh buat di Perak, (apa yang berlaku) ini bukan satu perkara yang pelik. Trek rekod Umno daripada dulu hingga sekarang (adalah) untuk tarik wakil rakyat dengan perlbagai cara. Ini yang saya nampak," katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan agar wakil rakyat Pakatan Rakyat harus bersedia untuk menjadi sebagai wakil rakyat pembangkang di Parlimen

"Kalau takut dipukul ombak jangan berumah di tepi pantai. Jadi kita kena bersiap sedia.

"Kalau tidak istiqomah (dengan perjuangan) mungkin terdedah dengan perkara itu," kata Mustafa sambil menegaskan bahawa ahli Parlimen PAS tidak bertindak untuk keluar parti.

Katanya, tindakan keluar parti "tidak mungkin" berlaku di kalangan ahli PAS kerana mereka mempunyai keyakinan terhadap dasar dan perjuangan parti.

"Orang PAS tidak akan ikut individu. Mereka bukan mengikut pemimpin. Pemimpin boleh keluar tetapi ahli tidak akan ikut sebab berpegang dengan dasar perjuangan parti," katanya.

Susulan beberapa ahli parlimen PKR yang keluar PKR, Mustafa masih optimis, keadaan tersebut tidak memberi kesan kepada parti tersebut.

Ini kerana, katanya, mereka yang berpaling tadah itu bukan dari pemimpin PKR pada peringkat nasional yang mempunyai ramai pengikut.

Pada sidang media itu juga, Mustafa menegaskan sekali lagi, bahawa PAS akan terus tetap dalam Pakatan Rakyat bersama-sama DAP dan PKR.

Beliau juga berkata PAS akan terus memberi sokongan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang.

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]