Isu PKFZ: Kerajaan Dikecam Cuba Kelirukan Rakyat

Thursday, March 18, 2010
Yusmawati Mhd Yusof
                               
KUALA LUMPUR, 17 MAC - Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Phua mengecam tindakan kerajaan yang cuba mengelirukan rakyat bagi menutup kenyataan betapa Projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) menghanguskan hampir RM200 juta setahun.

Nilai yang sebegitu besar itu adalah faedah pinjaman wang yang diberi kerajaan dalam projek.

Kenyataan Tony Phua itu susulan lagak sombong Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat yang mendabik dada apabila membuat pengumuman kononnya PKFZ memperoleh hasil RM15 juta dan RM5.2 juta keuntungan dari operasinya.

Tony berkata demikian pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

"Apa yang lebih teruk kerajaan dalam cubaan menutup kegaggalan ini, Tee Keat dengan bangga mengumumkan dalam January tahun ini PKFZ 'mendapat kembali' RM15 juta hasil dan RM5.2 juta keuntungan operasi. Namun bagiamanapun beliau gagal menyatakan fakta bahawa cukai 4 peratus bernilai RM185 juta terpaksa ditanggung PKFZ setahun akibat daripada pinjaman yang diberi kerajaan.

"Bermakana PKFZ jauh dari pemulihan dan hutangnya bertambah kepada beratus juta ringgit pada tahun ini,"katanya.

Tony Phua turut mengecam kegagalan kerajaan Umno-BN ini mengheret 'jerung' yang terlibat dalan skandal zon pelabuhan bebas (PKFZ) ke mahkamah walaupun mencanangkannya berkali-kali.

Beliau terkejut kerana beberapa individu termasuk bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dalam skandal ini masih belum didakwa.

Tambah menghairankan, Jawatankuasa Kira-kira Awam Parlimen juga sudah  membentang hasil laporannya sejak 5 bulan lalu.

"Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail berjanji kepada rakyat bahawa lebih ramai akan didakwa tidak alam lagi, selepa empat orang termasuk bekas Pengurus Besar LPK, Datuk OC Phang didakwa pada 17 Disember tahun lalu.

"Timbalan Perdana Menteri juga memberi jaminan kerajaan tidak akan  terburu-buru bertindak kepada sesiapa dan tidak akan melindungi sesiapa',"katanya.

Malah, Tony Phua berkata, Kabinet juga menubuhkan pasukan petugas khas diketuai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menyiasat penyalahgunaan kuasa.
 
"Bagaimanapun, ia kelihatan pelbagai jawatankuasa yang telah ditubuhkan kerajaan yang konon-kononnya jawatankuasa 'super', dan tindakan mengekang penyalahgunaan kuasa dan plan perniagaan 'turnoround' masih tidak dapat menyelesaikan kemelut ini,"katanya.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]