Malah, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kerajaan juga telah menangguhkan pengumuman tarif elektrik baru, menarik balik rancangan mereka untuk menghentikan subsidi petrol dan juga pindaan kepada cukai hartanah.
Menurut ketua ekonomi, Ratings Agency Malaysia chief Yeoh Kim Leng, pelabur akan melihat penangguhan rang undang-undang GST sebagai petunjuk yang kerajaan tidak mampu membuat keputusan yang sukar.
Yeoh berkata pelabur bergantung kepada kerajaan untuk memberi arahan dan dasar yang jelas dan kerajaan yang teragak-agak tidak mampu menyuntik keyakinan kepada pelabur khususnya dalam keadaan ekonomi yang sedang pulih.
Tambahnya lagi, kerajaan harus melaksanakan pembaharuan ekonomi dalam menghadapi cabaran fiskal.
Timbalan Dekan Sains Sosial USM, P
Seorang lagi pengarah di Research for Social Advancement, Richard Yeoh, pula lebih lantang.
“Jika kerajaan tidak mempunyai kapasiti untuk membuat sesuatu dasar, mereka seharusnya merujuk kepada pihak swasta untuk input lanjut,” katanya.
Menurut beliau, tindakan penangguhan kerajaan hanya mencerminkan kedangkalan pemikiran dan kurangnya penyelidikan oleh penggubal dasar berkenaan.
Timbalan ketua Sekolah Perniagaan, Universiti Monash, Jeyapalan Kasipillai, berkata tindakan kerajaan membuktikan “kurang keberanian” akibat keraguan berhubunh sokongan terhadap rang undang-undang itu.
Beliau berkata: “Kita perlu berfikir mengenai polisi itu terlebih dahulu sebelum mengumumkannya. Jika tidak keyakinan terhadap kerajaan terhakis. Dapatkan maklum balas, jalankan penyelidikan dan kemudian terus melaksanakanya,” katanya.
Penangguhan rang undang-undang GST menimbulkan spekulasi bahawa pilihan raya umum bakal diadakan.
0 Komen:
Post a Comment