Usul bincang 'pihak ketiga' dalam PDRM ditolak

Thursday, March 25, 2010
Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria  

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Usul berhubung isu kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa ada campurtangan pihak ketiga dalam urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam kamar hari ini.

Usul tersebut dicadangkan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo'Lo' Ghazali (gambar) pada 23 Mac lalu di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).

Beliau membuat usul mencadangkan sidang Dewan Rakyat ditangguhkan bagi membincangkan perkara itu yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Lo' Lo' ketika mencelah pada sesi soal jawab hari ini sekali lagi membangkitkan perkara itu kerana mendakwa ianya peting untuk dibincangkan kerana melibatkan pencerobohan secara langsung terhadap sektor keselamatan negara.

Selain itu, beliau juga kecewa dengan jawapan Menteri Dalam Negeri yang didakwa terlalu ringkas dan tidak menjelaskan perkara tersebut kepada pihak media.

"Bagaimana boleh rasa ianya tidak penting? Saya rasa patut kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan berbincang perkara ini," jelasnya.

"Lebih penting katanya isu tersebut dinyatakan Musa Hassan sendiri bahawa ada tekanan daripada pihak ketiga yang mengarahkan pihak Polis DiRaja Malaysia melakukan sesuatu yang di luar pengetahuan dan keizinan Ketua Polis Negara sendiri. 

"Ini bukan cerita atau andaian yang kita kutip tepi jalan, tapi diletupkan Ketua Polis Negara sendiri," tambahnya lagi ketika ditemui media di lobi parlimen kemudiannya.

Beliau juga khuatir dengan pendedahan Ketua Polis Negara itu kerana mendakwa mampu membawa pelbagai tafsiran negatif.

Sehubungan itu beliau mahu Parlimen mendesak menteri menjelaskan siapa pihak ketiga tersebut.

"Biasanya pegawai tinggi kerajaan tidak akan mendedahkan masalah dalaman kepada media, tetapi ini yang dilakukan Ketua Polis Negara di akhir persaraan beliau.

"Adakah pihak ketiga itu kongsi gelap, pengganas antarabangsa atau ahli politik? Sebab kita tidak tahu," soalnya.

Harakah Daily

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]