http://episodeperjuangan.blogspot.com/ |
1. Kebelakangan ini negara kita mengalami perubahan suhu panas yang agak ketara . Paras takungan air menurun dan pemanasan suhu meningkat . Ia memberi kesan kepada tahap kemarau yang membimbangkan. 2. Sebagai seorang muslim dan mukmin , kita sangat yakin bahawa fenomena ini bukanlah terjadi dengan sendiri tanpa sebarang sebab atau hikmah disebaliknya melainkan ia adalah merupakan ketentuan Allah swt sebagai a] ibtila' [ujian untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan] b] kaffarah [ penghapusan dosa dan menyucikan jiwa ] atau c] musiibah [ bencana untuk manusia insaf , berfikir dan bertaubat ] 3. Kerakusan dan ketamakan manusia sekali lagi boleh menjadi faktor penyumbang kepada fenomena pemanasan suhu ini . Sebagai contoh mudah ialah , penebangan bebas dan menggondolkan bukit tanpa mengambil kira kesan ke atas alam sekitar , pembakaran terbuka , mengotor dan memusnahkan sungai . Kesan dari perbuatan tangan [ dosa ] manusia inilah mencetus musiibah . Firman Allah swt : Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).Surah Ar Ruum : 41 4. Menyedari perkara [ musibah ] ini adalah datang daripada Allah swt , maka langkah yang paling bijak ialah kembali [ taqarrub dan taubah] kepada Allah swt. Bermula dari pemimpin , rakyat , ahli politik , ahli ekonomi , aktivis sosial dan semua pihak mesti kembali tunduk dan patuh kepada syariat Allah swt . 5. Langkah yang diambil oleh YAB Dato' Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sebagai ketua kerajaan negeri Kelantan menganjurkan solat Istisqa' [ sembahyang minta hujan ] adalah satu contoh yang paling bijak . Solat Istisqa' bukan sahaja berupa munajat [ memohon ] hujan tetapi turut mengandungi istighfar [ mohon ampun ] dan taubah serta tadharru' dan tawakkal [ merendah dan menyerah diri ] kepada Allah swt Tuhan yang menjadikan kemarau panjang ini . 6. Kaedah dan pendekatan seperti ini tidak berlaku di dalam sistem pentadbiran sekular yang memisahkan politik mereka dari agama . Akhirnya mereka akan terus sengsara dan derita bersama keangkuhan dan keegoan mereka yang enggan kembali kepada Allah swt . Tidak mustahil , kesombongan dan keangkuhan itu kelak akan membawa musibah yang lebih besar dan menjanjikan azab yang lebih pedih terutamanya diakhirat kelak . 7. Memerintah , mentadbir dan mengurus manusia serta negara , tidak hanya terhenti di atas kemahiran dan kepakaran tetapi mestilah juga berpaksi di atas kepatuhan dan ketundukan kepada syariat Allah swt . Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk [ rakyat dan pemimpin ] negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan .Surah Al A'raaf : 96 8. Perjuangan yang memisahkan politik dari agama [ sekular ] adalah perjuangan yang bathil malah membawa mala petaka kepada negara . Negara yang ditadbir dan diperintah tanpa agama akan melahirkan manusia yang tidak kenal dosa dan pahala bahkan wujud pelbagai budaya maksiat dan mungkar yang mengundang jenayah serta salah laku atau penyelewengan moral [ akhlak ] . 9. Logik dan rasionalnya sesuatu sistem ciptaan manusia tentunya tidak boleh mengatasi peraturan [ syariat ] ciptaan Allah swt . dan tentu sahaja Allah swt lebih tahu bagaimana mengurus manusia sebagai makhluk ciptaanNya atau siapa yang boleh menafikan bahawa manusia adalah hasil ciptaan Allah swt ? 10. Selamatkan negara kita dengan menyeru seluruh rakyat kembali kepada Islam . Sementara non muslim diseru agar menerima dan memberi kepercayaan kepada Islam untuk mentadbir dan memimpin negara [ sementara mereka tidak dipaksa menganut agama Islam . Kerana: a] Islam agama yang adil untuk semua . b] Islam melarang segala bentuk jenayah dan menghukum penjenayahnya c] Islam memberi hak membela diri bagi mereka yang dituduh d] Islam menuntut bukti kukuh bagi mereka yang mendakwa. e] Islam mengharamkan kezaliman dan penindasan f] Islam anti rasuah dan sistem riba yang menindas g] Islam menganjurkan perpaduan dan silaturrahim h] Islam mengutamakan ilmu pengetahuan dan budaya yang sihat i] Islam memelihara hak dan memulangkan hak kepada yang berhak j] Islam menghormati pandangan dan agama yang berbeza k] Islam bukan agama perkauman l] Islam tidak eksterim sebaliknya sangat toleransi] m] Islam benci maksiat dan mungkar n] Islam menganjurkan keamanan , kesejahteraan dan keharmonian. o] Islam menjaga keselamatan dan memberi perlindungan p] Islam menaja kebersihan dan kesucian q] Islam memastikan kesihatan dan keafiatan r] Islam mengurus tamaddun dan peradaban yang sihat dan hebat s] Islam adalah agama rahmat [ kasih sayang ] dan berkat [ bertambah kebaikan ] t] Islam menjanjikan ketenangan dan kedamaian u] Islam menawarkan keampunan v] Islam menjanjikan ganjaran pahala dan syurga atas ketaatan w] Islam menjanjikan dosa dan neraka atas penderhakaan x] Islam menganjurkan kebajikan dan kebaikan y] Islam membunuh segala sifat mazmumah [ jahat dan negatif ] z] Islam membina segala sifat mahmudah [ baik dan terpuji ] Jika Islam tidak benar dan betul atau ada yang tidak kena dengan Islam , sila beritahu saya , dimana tidak kenanya Islam ? Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. * Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan. |
Selamatkan negara melalui penghayatan Islam
Saturday, March 13, 2010
Melalui
INFO DPPSA
|
pada
4:08 PM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
March
(132)
- Penyertaan Ahli Umno dalam Perkasa bukti 1 Malaysi...
- Separuh Kepimpinan Perkasa Ahli dan Bekas Ahli Umno
- TG Hadi: MEB tiada roh, imbasan konsep Dr M
- APCO: Perjanjian dibuat sebelum konsep 1Malaysia d...
- Melayu hilang saham, gagal capai ekuiti 30 peratus
- Seks Luar Tabii: Kerajaan Enggan Dakwa Chua Soi Lek
- Kementerian Kesihatan diminta perjelas syarikat RM2
- Pesta Sukan @ Kejohanan Bola Sepak dan Bola Jaring...
- MAKLUMAN DACS SHAH ALAM
- Apco serlahkan Umno tali barut Israel
- Penyatuan Empat Syarikat Konsesi Hampiri Realiti
- Nik Aziz sokong guna 'Allah' pada Rukun Negara
- MESYUARAT AGUNG PEMUDA PAS SHAH ALAM BERLANGSUNG D...
- 500 berkumpul di kedutaan Sweden bantah akhbar hin...
- Pakatan mula kempen di Hulu Selangor
- Hulu Selangor: Komposisi kaum beri kelebihan pada PR
- Saman YBK: Kerajaan Negeri Bawa Ke Meja Perbincangan
- SPR Bermesyuarat Jumaat 2 April Tentukan Tarikh Pi...
- Pinda Rukun Negara,satu langkah yang tepat
- Selangor Ikhtiar Pilihanraya PBT
- Saman Khir Toyo: ADUN Sekincan fail pembelaan
- Pemergian Dr. Zainal satu kehilangan besar-Presiden
- Gejala buang bayi: Perlu pada kaedah pencegahan
- Hina Nabi: Ribuan umat Islam protes Hari Ini
- Mahfuz: "Apa perlu lantik perunding Zionis?"
- Utusan biadab dan bodoh kepada Sultan Selangor - Zaid
- Media Asing Dedah Najib Mahu Anjur Judi Sukan
- Kembalikan roh Dewan Rakyat - Pemuda PAS
- Sivarasa: 'KPN tiada ijazah undang-undang'
- Selangor lancar Amanah Ikhtiar Selangor April Ini
- Usul bincang 'pihak ketiga' dalam PDRM ditolak
- Dewan Bistari Kembali Beroperasi
- Rumah kos rendah: Borang RM2 dijual RM300
- 1Malaysia Najib lompang, tiada pengisian – Preside...
- Klinik 1Malaysia: 'Pesakit diberi ubat silap'
- Isu arak di parlimen: Rembau terpaku, Pasir Salak,...
- Perlembagaan Negara Cacamarba, Air Tangan UMNO BN
- Kerajaan dicabar pamer perjanjian royalti minyak
- Selangor Galak Anak Muda Bersukan Elak Gejala Sosial
- Apa guna 1Malaysia sedangkan BN menuju kehancuran
- Selangor Anjur Bengkel Untuk Ibubapa Anak- anak Is...
- 92 peratus rakyat Malaysia percaya media baru
- Ku Li: Perdana Menteri Jelas Tersimpang
- Musa: Ada campurtangan 'orang ketiga' dalam PDRM
- Jom Heboh di Kelantan ada kelainan
- Pendedahan Zahrain bala buat Umno
- SPRM: Pegawai awam makin berani lapor rasuah
- Kurang Penggantungan Kenderaan Persendirian Elak K...
- Orang Muda Geng Kita
- LAWATAN KONVOI ORANG MUDA GENG KITA KAPAR KE SHAH ...
- Agen Israel Dalam Sistem Komunikasi PDRM
- Bayar kepada kerajaan negeri: Kenyataan Tun Musa d...
- Bukan Islam perhati buruknya perangai pemimpin pol...
- Khalid Cadang Tabung Baiki Masalah Lalu Lintas
- Siapa untung di sebalik penyahsenaraian AAAN, Astro
- Ilmuwan digesa tidak 'menikus'
- PM must clarify link between 1Malaysia and 1Israel
- Ku Li: Wang Ehsan Punca Rasuah Salah Guna Kuasa
- Selangor mahu bersemuka dengan SPR
- Qazaf: Apa pendirian kerajaan fatwa munafik, fasik
- PELANCARAN BLOG INFODPPSA
- Orang Asli bukan bumiputera
- Kerajaan Selangor Rancang Projek Perintis Tangani ...
- Khalid Dedah Penyelewengan Umno-BN Lagi
- Model Ekonomi Baru Umno-BN seperti DEB kecundang
- Talam Corp Bayar Hutang RM290 Juta Dalam Setahun
- Tanah 'ditipu', orang Asli protes di Putrajaya
- Menanti kebebasan bersuara 'Parlimen Mahasiswa'
- Isu PKFZ: Kerajaan Dikecam Cuba Kelirukan Rakyat
- Rang undang-undang GST masih dalam agenda
- Selangor anjur Persidangan Anak Muda Kebangsaan
- Proses Audit YBK Jamin Ketelusan Dana Awam
- Pelaburan asing: Malaysia masih terkebelakang
- Penerangan diperluas melalui TVSelangor, Selangorkini
- Bukti kukuh Kelantan berhak dapat royalti
- Golongan muda tak minat politik?
- Pelik tapi benar, ekonomi pulih tapi BLR naik
- Ekonomi pulih, apa salah tolong rakyat
- GST bukti kerajaan lemah, pentadbiran tidak efektif
- Tangguh GST: Pelabur kurang yakin ekonomi M'sia
- Isu KPN: China Press hadapi hukuman gantung
- Kecewa Peguam Negara beku siasatan SPRM
- Agong: 'Pembohongan media baru berterusan'
- Islam should not be imposed on people - Khalid Samad
- Siapa pengkhianat dan petualang agama, bangsa dan ...
- Bantah hina Nabi di Kedutaan Sweden 19 Mac
- Ujian Hafaz Al-Quran Lahir Hufaz Cemerlang
- Di antara Ali dan Baba
- Empat Syarikat Teraju Projek Pemulihan Sungai Klang
- Tangguh bacaan kedua GST adalah kemenangan rakyat
- Selamatkan negara melalui penghayatan Islam
- Hutan Kota Damansara diwarta semula
- Prestasi empat negeri Pakatan lebih baik daripada BN
- Ketua Puteri Dapat Kontrak Anggerik Mall, Apa Penj...
- Khalid: Tragedi Natrah Dedah Tembelang Umno
- Perhimpunan Bantah GST di Parlimen Isnin ini
- Mahasiswa Boleh Kritik Kerajaan- Saifuddin
- Kerajaan Tidak Konsisten Amal Perundangan Syariah
- Debat Zul-Khalid Samad: Hanya Budak Hingusan Takut...
- Najib Terdesak, Peralat Mahkamah
-
▼
March
(132)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment