"Apakah tidak ada kepakaran itu di kalangan perunding media tempatan?," soalan wakil Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
Jelas beliau tugas perunding media seperti itu sepatutnya dijalankan oleh syarikat-syarikat tempatan
"Soalannya sekarang ini kenapa kalian melantik Apco. Apa perlu untuk kerajaan melantik Apco?," katanya lagi ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.
"Banyak lagi syarikat-syarikat yang kalau nak bercakap tentang soal bumiputera soal orang Melayu, yang dimiliki kepakaran itu oleh orang Melayu, oleh Bumiputera.
"Tiba-tiba kerajaan mengambil syarikat yang dimiliki oleh orang asing yang ada kaitan dan hubungan dengan gerakan Zionis antarabangsa," katanya lagi.
Tambah Mahfuz, tindakan itu tidak konsisten dengan sikap kerajaan terhadap negara Israel.

"Tapi dalam masa sama dia mengambil syarikat yang dalam syarikat itu merupakan pemuka-pemuka, pembesar-pembesar Israel yang pernah berkhidmat dengan negara haram Israel," katanya lagi yang turut menyebut beberapa nama 'pembesar' berkenaan.
Dalam pada itu, beliau turut menggesa kerajaan supaya menjelaskan bentuk tindakan yang diambil terhadap pihak yang didakwa 'membocorkan maklumat rahsia negara.'
"Sehingga sekarang menteri pertahanan belum memperjelaskan kepada kita siapa yang terlibat dan apa bentuk tindakan yang diambil kepada orang yang membocorkan maklumat terbabit.
Malaysia Kini
0 Komen:
Post a Comment