Ujian Hafaz Al-Quran Lahir Hufaz Cemerlang

Sunday, March 14, 2010
Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor Darul Ehsan berakhir semalam setelah berlangsung selama empat hari tiga malam bermula 9 hingga 12 Mac di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam. 

Yang Amat Mulia Tengku Panglima DiRaja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Aziz Shah Al Haj  semalam berkenan mewakili Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi merasmikan majlis penutup.

Majlis Menghafaz Al-Quran ini diadakan saban tahun di Selangor, bertujuan untuk menjadikan Al-Quran sebagai santapan rohani umat Islam kontemporari. 

Seramai 43 orang peserta telah menyertai ujian Menghafaz Al-Quran kali ini yang mewakili 9 buah daerah. 
Jumlah peserta tahap 1 hingga 10 juzuk adalah seramai 17 orang, tahap 1 hingga 20 juzuk disertai seramai 13 orang manakala tahap 1 hingga 30 juzuk disertai seramai 13 orang. 

Turut hadir pada majlis penutupan ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu, Dato’ Dr Hassan Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Ramli Mahmud.
Pada tahun ini terdapat perubahan peraturan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan iaitu bacaan bertarranum bagi tahap 1 hingga 10 juzuk dan para peserta hendaklah tidak melebihi usia 25 tahun untuk semua penyertaan peringkat kebangsaan. 

Jemaah hakim yang bersidang memutuskan 18 peserta layak menerima insentif sebanyak seratus ringgit selama enam bulan. Elaun ini akan dibayar oleh Lembaga Zakat Selangor. 

Serentak dengan majlis penutupan semalam turut diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Ujian Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Selangor. Mereka yang menjadi johan untuk ketiga-tiga kategori akan mewakili Selangor ke Ujian Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan. 

Johan kategori satu (1-10 juzuk) menerima wang tunai tiga ribu ringgit, piala iringan, sepersalinan pakaian dan sijil penghargaan, kategori ketegori kedua (1-20 juzuk)menerima wang tunai empat ribu ringgit, pakej mengerjakan umrah, piala iringan, sepersalinan pakaian dan sijil penghargaan. 

Manakala ketegori tiga (1-30 juzuk) menerima hadiah wang tunai lima ribu ringgit, pakej mengerjakan umrah, sepersalinan pakaian dan sijil penghargaan. 

Berikut senarai pemenang Ujian Menghafaz Al-Quran. 
-Lelaki

Tahap 1 (1 hingga 10 juzuk)
Tempat pertama : Muhamad Naazir Sheik Alauddeen
Tempat kedua : Mohamed Syafiq Mohamed Bahaudin
Tempat ketiga : Muhammad Al-Nawawi Borhan

Tahap 2 (1 hingga 20 juzuk)
Tempat pertama : Muhamad Ezmir Khusairy Roslee
Tempat kedua : Muhammad Nawawi Abdul Raof
Tempat ketiga : Hafizuddin Hishamoodin

Tahap 3 (1-30 juzuk)
Tempat pertama : Mohd Labib Mohamad Anuar
Tempat kedua : Muhammad farid Abdullah
Tempat ketiga : Muhammad Izzul Zahidi

-Perempuan
 
Tempat pertama : Siti Hajar Nabilah Mohd darha
Tempat kedua : Hanees Fateemah Mohd Kamal
Tempat ketiga : Suwaibah Mustapha

Tahap 2 (1-20 juzuk)
Tempat pertama : Farah Nabilah Amindin
Tempat kedua : Nor Haafizah Mohd Shafie
Tempat ketiga : Nurlailie Shmasuddin

Tahap 3 (1-30 juzuk)
Tempat pertama : Siti Nadhira mohd shafie
Tempat kedua :Zunaidah Johari
Tempat ketiga : Nurhidayah Ahmad
 

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]