Khalid Cadang Tabung Baiki Masalah Lalu Lintas

Friday, March 19, 2010
SUBANG : Satu tabung amanah akan ditubuhkan di peringkat pihak berkuasa tempatan di Selangor bagi membaiki dan mengatasi masalah aliran pengangkutan.

Ampang Jaya dan Petaling Jaya menjadi projek perintis penubuhan tabung berkenaan yang diurus PBT daerah masing-masing dan kini dalam proses perbincangan.

Itu antara cadangan Menter Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibragim bagi membantu mengatasi masalah kemudahan jalan raya dan kesesakan lalu lintas di Lembah Klang.

“Perkara ini sudah diluluskan Exco dan dicuba di Petaling Jaya. Kita mula uji bagaimana penerimaan masyarakat, pemaju dan bagaimana pelaksanaannya boleh dilakukan,” katanya.

Khalid berkata demikian ketika merasmikan pembukaan 2  laluan susur masuk  baru ke Subang Jaya hari ini. Pembukaan susur keluar itu mengurangkan beban rakyat yang menggunakan laluan berkenaan terutama pada waktu puncak, mulai hari ini.

Kedua-dua laluan itu adalah susur keluar dari Lebuh raya Kesas ke Persiaran Mewah, USJ 1 dan ke Persiaran Subang.

Projek berkepentingan rakyat itu siap dalam tempoh 2 tahun sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dari cengkaman Umno-BN.

Mengulas lanjut, Khalid menyatakan tabung amanah itu akan dibuat dengan pemaju atau penduduk membuat caruman bagi memudahkan menambah baik aliran sistem pengangkutan.

“Itu antara konsep yang akan saya bincang dengan Datuk Bandar Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), bagaimana mahu menyediakan dana atau tabung amanah bagi memperbaiki aliran pengangkutan,” katanya.

Dalam pada itu, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata ini adalah antara usaha Kerajaan Pakatan Rakyat bagi menyiapkan 2 laluan  susur masuk ini.

“Dengan adanya dua laluan masuk ini, ia akan meringankan beban trafik di Persiaran Kewajipan," katanya.

TV Selangor

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]