MB Lancar Kempen Perlembagaanku Fasa Ketiga

Tuesday, March 2, 2010
Suraya Sanusi

SHAH ALAM 1 MAC: Kempen Perlembagaanku yang masuk fasa ketiga hari ini dilancarkan Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi mendedahkan lebih banyak hak seseorang rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan.

Ia juga menerangkan batasan kuasa kerajaan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, selain proses perjalanan institusi kehakiman dan pelbagai agensi kerajaan.

Kempen itu dimulakan oleh Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan Majlis Peguam dilancarkan pada 13 November  tahun lalu dalam beberapa fasa selama dua tahun.

Fasa pertama dilancarkan pada 13 November tahun lepas, fasa kedua pada 15 Januari lalu dan fasa ketiga dilancarkan pada hari ini.

Pada sidang media, Tan Sri Abdul Khalid yakin kempen itu dapat meningkatkan kesedaran pengetahuan dan pemahaman masyarakat tentang Perlembagaan Negara.

"Ini adalah perkhidmatan sosial yang penting kerana mengingatkan rakyat bahawa demokrasi di Malaysia berjalan dan diharapkan dengan lebih mantap lagi," katanya.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Mr. Ragunath Kesavan pula, berkata sebahagian besar  masyarakat di Malaysia sebenarnya tidak benar-benar memahami konsep Perlembagaan.

"Apakah hak rakyat Malaysia mengikut Perlembagaan persekutuan? Apakah batasan kuasa kerajaan negeri, kerajaan persekutuan? institusi kehakiman dan juga kedaulatan undang-undang.

"Ini adalah semua prinsip rukun negara berkisar dan berasas kepada Perlembagaan persekutuan," katanya.

Lantaran itu, usaha untuk mendedahkan maklumat berkaitan Perlembagaan kerana system perundangan sentiasa terpakai untuk semua pihak.

"Kempen ini untuk meningkatkan kesedaran rakyat berhubung Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan bukan untuk ahli politik, bukan untuk peguam, bukan untuk pensyarah undang-undang tetapi semua rakyat Malaysia," katanya.

TV Selangor

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]