Isu Royalti Wujudkan Petanda ke Zaman Jahil

Tuesday, March 2, 2010
Li Fook Gao 

Isu royalti minyak Kelantan telah menyebabkan tertimbulnya empat petanda khusus yang memberikan isyarat kepada kita bahawa zaman jahil telahpun berkunjung datang tanpa diundang ke negara kita di abad internet ini.

1. Petanda pertama: Orang yang tak tahu mengaku tahu.


Perihal royalti minyak, orang yang tak tahu pergi membeli satu iklan penuh tiga akhbar Melayu utama negara kita cuba untuk 'menerangkan' istilah royalti minyak dan mengapa sesetengah negeri tidak layak untuk menerima royalti minyak. Apabila hujah-hujah menyeleweng mereka dipatahkan oleh bekas Pengerusi Petronas (orang yang menandatangani perjanjian Petronas), tahap kesetiaannya terhadap parti pula diserang.

Itu masalahnya apabila orang yang tak tahu mengaku tahu....

2. Petanda kedua: Orang yang tahu tidak diberi amanah.
3. Petanda ketiga: Orang yang jujur tidak dipercayai.


Ahli politik manakah dari Barisan Nasional lebih layak daripada Tengku Razaleigh Hamzah selaku bekas Pengerusi Petronas sendiri untuk memberi pandangan dan keputusan dalam isu kelayakan negeri Kelantan menerima royalti daripada hasil minyaknya?

Dalam hal isu royalti Kelantan, orang Umno, dari Kelantan sendiri, iaitu Tengku Razaleigh Hamzah tidak diberi amanah dan kepercayaan untuk menyelesaikan 'kemelut' antara royalti dan wang ihsan yang dicipta khas oleh Tun Dr Mahathir ketika Terengganu jatuh di tangan PAS pada 1999.

Kesetiaan Tengku Razaleigh pada Umno memang tidak perlu dipertikaikan kerana beliau sendiri mengakui dirinya masih setia kepada perjuangan Umno walaupun terus menyuarakan hak Kelantan dalam tuntutan royalti minyak yang menyebabkan tahap kesetiaannya kepada Umno disoal oleh Tan Sri Muhyddin Yassin sendiri.

Orang yang 'tahu' dan jujur dalam prinsip perjuangannya dianggap sebagai pengkhianat parti; masihkah kita menolak bahawa zaman jahiliah telah menimpa kerajaan kita....

4. Petanda keempat: Orang yang khianat dipercayai.

Semua orang masih tertanya-tanya, adakah Tok Pa ini seorang anak kelahiran Kelantan? Jika ya, mengapa pula beliau, sejak kebelakangan ini dilihat terlalu aktif mengatur pelbagai program dengan mendakwa Kelantan tiada hak mendapatkan bayaran royalti lima peratus walaupun sudah beberapa kali hujah wang ihsannya dibidas dan dijawab dengan rapi oleh PAS dan Tengku Razaleigh dari segi fakta undang-undang?

Melihat kemurahan Perdana Menteri dalam mengumumkan peruntukan khas RM20 juta untuk tiga projek bagi meningkatkan mutu kehidupan penduduk empat skim penempatan semula kawasan Rascom, saya tertanya-tanya, apa perasaan Tok Pa dengan ketegasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hanya akan membayar wang ihsan kepada Kelantan sebanyak RM20 juta sebagai ganti wang royalti? Adil?

Adakah ini bukan petanda keempat bahawa seorang pengkhianat negeri telah diberi kepercayaan oleh kerajaan persekutuan untuk 'mempersendakan' kampungnya sendiri....??

Siapalah yang dapat menjangkakan di zaman internet yang penuh dengan pelbagai saluran media-media baru, seperti Facebook, Twitter dan Blog untuk menyalurkan informasi-informasi terkini secara "live"; zaman jahiliah tetap dapat diwujudkan kembali oleh pihak-pihak yang berkepentingan sendiri dalam misinya untuk terus menguasai takhta pemerintahan negara kita?

Kita semua tahu kejahilan menyebabkan manusia hilang pertimbangan hidup; bukan itu sahaja, kita harus sedar bahawa kejahilan juga penyakit utama sesebuah kerajaan itu untuk alpa dengan tanggungjawabnya dalam menunaikan segala janjinya kepada rakyat dan seterusnya berubah menjadi sebuah kerajaan yang zalim.

Kita tidak boleh lagi berduduk diam dan membiarkan kezaliman dan zaman jahiliah ini kembali demi masa depan generasi akan datang. Sanggupkah kita membiarkan negara kita, satu-satunya negara yang kita sayang dan membesar bersama selama 53 tahun  ditimpa kedatangan zaman jahiliah yang akan memusnahkan segala kehidupan rakyat kita? Sudah tentu tidak. Zaman jahiliah ini HANYA akan kembali sepenuhnya sekiranya kita sebagai rakyat terus menjadi takut; takut di dalam keluarga kita, ummah kita dan juga parti kita dalam mencegah kemungkaran dan kezaliman yang berlaku ke atas kita.

Ingatlah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda (yang bermaksud) "Jika ummatku telah takut berkata kepada orang yang zalim itu: "Engkau zalim!", maka ucapkan selamat tinggal pada ummat itu (mereka akan binasa dan hina)."

Dengan itu, marilah kita bangkit bersama-sama tanpa mengira bangsa untuk melaksanakan prinsip Amar Makruf Nahi Mungkar untuk merampas kembali kedaulatan demokrasi negara kita sempena Maulidur Rasul ini. Kepada semua umat Islam, Selamat Menyambut Maulidur Rasul.



Harakah Daily
---------------------------------------
Li Fook Gao ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada adiknya (1hb Feb), ibu tersayangnya (19hb Feb), ayah angkat ustaznya (22hb Feb) dan abang angkatnya (28hb Feb). Semoga mereka senantiasa sihat dan bahagia dalam kehidupan seharian.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]