Kontroversi: Isu Khalimah Allah, Meminta Umat Islam Bertenang Dan Sengaja Lambatkan Proses Rayuan Bukti Ada Agenda Tersembunyi Kes Ini !
Tuesday, January 5, 2010
Dipetik dari PDO
Kenyataan Perdana Menteri 1Malaysia, Najib Razak (foto), yang meminta umat Islam di negara ini bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katolik (Herald) menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya jelas sekali menunjukkan bahawa memang "ada udang disebalik mee" terhadap kes ini. Apa tidaknya, Najib hanya mampu berkata, kerajaan sedar bahawa isu itu amat sensitif serta menyentuh perasaan umat Islam di negara ini dan kerajaan akan menangani isu itu sebaik mungkin. Malah Najib mahu rakyat hendaklah bersikap bertenang pada masa ini dan membiarkan perkara ini diselesaikan melalui proses mahkamah. Soalnya sekarang, puak-puak manakah yang begitu "bising" dan "gila meroyan" dengan kes ini agaknya?. Dapat dilihat sekarang, bahawa puak-puak UMNO sahaja yang bagai "cacing kepanasan" dalam memperjuangkan isu ini. Sebaliknya rakyat yang lain hanya melihat dengan penuh kelucuan akan gelagat mereka. Kononnya hanya Melayu UMNO yang mempertahankan Islam di negara ini, walhal sebaliknya merekalah yang telah mencemar serta merosakkan imej Islam itu sendiri. Kelewatan pihak kerajaan untuk merayu kes ini di Mahkamah Rayuan juga amatlah dikesali dan mengejutkan sebenarnya. Apa tidaknya, dalam kes yang membabitkan agama Islam seperti ini pemimpin UMNO dan kerajaan BN hanya mampu meminta rakyat bersabar atas segalanya. Sedangkan, kerajaan sepatutnya bertindak cepat sepantas kilat untuk memfailkan rayuan kes ini jika mereka benar-benar jujur dan ikhlas ingin mempertahankan kesucian agama Islam itu. Sebaliknya, mereka lebih gemar mengambil sikat tunggu dan lihat selepas beberapa hari kes ini dihebohkan baru-baru ini. Soalnya, kenapa mereka mahu rakyat bertenang dan dalam masa yang sama mengaku UMNO "juara rakyat" dalam memperjuangkan isu agama seperti ini.
Kenapa Isu MB Perak Secepat Kilat Fail Rayuan
Apa yang jelas dapat dilihat, sememangnya tindakan ini adalah bermotifkan politik semata-mata. Disamping untuk mengalih pandangan rakyat terhadap isu utama yang melanda sekarang iaitu perihal kenaikan harga gula dipasaran dan isu-isu lain, maka mereka memainkan isu "khalimah Allah" ini agar rakyat tertumpu kepada isu berkenaan dan melupakan isu yang lain. Inilah strategi jahat puak-puak UMNO dan BN yang sebenarnya memang tidak jujur dan bertanggungjawab kepada rakyat itu sendiri. Sesuatu yang harus kita fikirkan disini ialah kenapa dalam isu politik yang melibatkan kuasa seperti kes Menteri Besar Perak dulu, kerajaan begitu cepat menfailkan rayuan di mahkamah. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Nizar Jamaluddin adalah menteri besar yang sah, maka dengan sepantas kilat kerajaan menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan yang akhirnya membatalkan keputusan tersebut dan memberi kemenangan "tak bermoral" kepada Zambry Kadir. Kenapa dalam kes kuasa seperti ini mereka lebih "advanced" tetapi dalam isu "agama yang lebih penting" mereka terkebelakang. Apa lagi yang harus difikirkan oleh pemimpin UMNO sekarang?.
Walhal, dalam masa yang sama mereka mengatakan hanya mereka pejuang Islam sejati. Inikah namanya pejuang sejati, bila sanggup membiarkan mahkamah sewenangnya membuat keputusan. Di sinilah bukti jelas yang menunjukkan mereka sengaja mahu mengelirukan rakyat dalam isu agama seperti ini. Sengaja melambat-lambatkan proses rayuan demi kepentingan politik mereka sebenarnya. Ini membuktikan puak-puak UMNO sudah ketandusan idea dalam memenangi hati rakyat terutamanya orang Melayu yang beragama Islam. Isu perkauman yang dimainkan selama ini, gagal memecahbelahkan keutuhan Pakatan Rakyat. Maka kini isu agama pula dijadikan bahan "eksperimen" mereka. Apakah kita harus tertipu dan terpedaya dengan adengan yang cukup memualkan di tahun baru 2010 ini agaknya?
Kenapa Biarkan Hakim Bukan Islam Kendali Kes
Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu juga sebenarnya amat "memeranjatkan" kerana kerajaan membenarkan dan membiarkan seorang hakim yang bukan Islam iaitu Lau Bee Lan (foto) untuk mengendalikan dan memutusan keputusan penting ini. Kenapa kerajaan tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menukarkan hakim lain yang berbangsa Melayu dan beragama Islam untuk mengendalikan kes ini. Di sini, nampak sangat mereka sudah merangka strategi untuk menarik perhatian rakyat terhadap isu ini. Malah, mereka mahu menampakkan seolah-olah UMNO itu pejuang agama yang sebenar-benarnya. Akhirnya, rakyat yang dibutakan mata dan hati terpengaruh dan percaya dengan taktik permainan kotor mereka. Inilah yang amat dinantikan oleh mereka sebenarnya. Justeru itu, kita tidak hairan yang Najib akan melambat-lambatkan proses rayuan ini bagi memberi sokongan yang lebih banyak kepada para pejuang agama yang terdiri dari kalangan puak-puak UMNO untuk memainkan isu ini. Soalnya sekarang, apakah tidak ada hakim beragama Islam yang boleh diarahkan mengendalikan kes seperti ini agaknya?. Kenapa membiarkan hakim bukan Islam membicarakan dan membuat keputusan. Ditambah lagi dengan peguam yang bukan Islam dan sebagainya. Akhirnya memang sudah kita jangkakan, satu keputusan yang cukup mengelirukan berlaku. Kenapa kerajaan tidak bertindak lebih awal? Sedangkan dalam isu politik mereka boleh mencaturkan siapakah hakim yang akan mengendalikan kes tertentu. Inilah juga bukti jelas bahawa kes ini sengaja dirancang dengan rapi dalam usaha mengembalikan kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO sebenarnya. Oleh itu, rakyat tidak harus terkeliru dengan kes seperti ini.
[Puak-puak UMNO BN sekarang ini memang terpaksa mencari isu untuk mengalih perhatian rakyat terhadap kes-kes panas yang lebih besar sebenarnya. Cara yang terbaik ialah memainkan isu agama seperti ini bagi mencari populariti. Maka itulah, kita tidak hairan mereka yang membuat demontrasi atas isu ini sering memperli pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang kononnya tidak peka dengan permasalahan umat Islam. Malah mereka menuduh, pemimpin Melayu dalam pembangkang hanya memperjuangkan isu-isu politik semata-mata sebaliknya dalam isu agama seperti ini mereka membisu. Sedangkang, pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya tahu tentang strategi licik UMNO ini, maka tidak perlulah mereka membuang masa menyertai demonstrasi jalanan dengan golongan yang selama ini memang menghina dan menolak Islam isu. Biarlah mereka bermain dengan api, kelak nanti sudah pasti ia akan membakar diri !!]

Melalui
INFO DPPSA
|
pada
6:40 PM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
January
(207)
- Anwar: JJ ketuai usaha Umno 'pikat' MP PKR
- Kerajaan silap tutup kementerian
- TINDAKAN TATATERTIB : PENDIRIAN RASMI DEWAN PEMUDA...
- kenaikan harga minyak bulan mei
- Ibu Tunggal Ditembak Tanpa Sebab
- Khalid terima keputusan, akan rayu segera
- Keputusan p'raya kampus UM digantung
- Khalid digantung jawatan 6 bulan, Hassan Ali diber...
- Anasir dari Umno dan Polis Terlibat dengan Insiden...
- Hina Raja: Penulis blog, Aduka Taruna didakwa
- Kalimah Allah: Presiden PAS anjur dialog dengan NG...
- Bukti Pemuda Umno Terlibat..Mengapa Hishamuddin Ke...
- Pelajar UM terus berdemonstrasi
- Selangor dakwa polis sabotaj Thaipusam
- PROJEK MENTERNAK IKAN KELI PEMUDA PAS PADANG JAWA
- Bantahan e-undi di UM memuncak, pelajar berang
- Pemuda PAS WP persoal daftar Puteri Umno di sekolah
- Ku Li: Kelantan Berhak Dapat Royalti, Bukan "Wang ...
- Harga Proton Waja Di Arab Saudi
- Ketegangan agama: Nik Aziz persalahkan Umno
- Nik Aziz jadi hos 200 pemimpin agama makan tengaha...
- Royalti minyak Kelantan sepatutnya RM40 juta
- Rakyat perlu waspada dengan manipulasi perkauman, ...
- DPPP bidas kelembapan kerajaan
- Serang gereja: Azmin dakwa ahli Umno terbabit
- DALAM DIAM ISA DIGUNAKAN : 50 termasuk pelajar dit...
- AdukaTaruna: Rais Yatim Terpaksa Menyelamatkan Mar...
- The Sultan and I
- Dua kepala babi di masjid Datuk Harun
- Kelantan Dapat RM20 Juta Wang Ehsan Mac Ini
- Adun Triang menitiskan air mata mengenangkan sokon...
- Siasatan lawatan Disneyland diserah ke Putrajaya
- PAKATAN RAKYAT VS BN PART 1
- Nizar akan ambil tindakan undang-undang terhadap T...
- Hina Sultan: Polis juga diiminta siasat Cybertroop...
- Komplot Menjatuhkan maruah YB Nizar
- Pemuda PAS buat jelajah erat ukhuwah
- Agong jalani rawatan, Sultan Kedah memangku
- Minta maaf tidak cukup, Aduka Taruna perlu disiasat
- Akhirnya : Mahkamah Persekutuan putuskan 9 Feb Kes...
- Melayu Bukan UMNO Bertaraf Lebih Rendah Dari Kaum ...
- Polis naik pentas hentikan ceramah Anwar
- (Kepala Surat Umno) Bajet Pilihanraya MPP di Kampu...
- DSAI Dihalang berceramah di Lembah Pantai
- Pasukan khas siasat blog hina Almarhum Sultan Iska...
- bersungguh pertahan kalimah allah, filem menghina ...
- Kelantan tolak lantik wakil pantau wang ehsan
- Mahasiswa Malaysia tidak redha ditindas
- YB Khalid perjelas inti titah Sultan
- Kedah telah laksana 80% janji manifesto - Exco
- SPRM didakwa menggeledah rumah tanpa waran geledah...
- Bakar surau kerja orang tidak siuman - Idris
- Ustaz Hadi nafi laporan 'God bukan Allah'
- kera dihutan disusukan : Rosmah jemput pelajar New...
- Pemuda PAS jalin hubungan dengan kedutaan asing
- kEHILANGAN 40000 WARGA INDIA DI MALAYSIA : PELIK &...
- Muzakarah: Penggunaan Kalimah Allah Sebagai Terjem...
- Bersedia untuk naik minyak
- bersedialah kakitangan kerajaan menanggung beban r...
- yb khalid samad menghadap sultan selangor
- Adakah selepas 10 tahun kes di perak baru mendapat...
- Khalid Samad nafi tidak hormati Sultan S'gor
- Tutup mulut jika tak faham - Tun Salleh
- Saiful Bukhari: UMNO Nak Buat Agama Baru ke?
- SPR Tidak Ikhlas, PAS Mesti Agresif Daftarkan Pemi...
- agenda menjatuhkan kerajaan negeri selangor masih ...
- Aktivis: Isu Allah tak timbul jika k'jaan cepat be...
- Kondusif: Selangor sesuai untuk melabur
- sidang media yb khalid samad berhubung laporan 16 ngo
- Siasatan bakar gereja, 8 ditahan
- Ikhwan umum Dr Muhammad Badi' mursyidul am baru
- Islam Mengajak Manusia Dengan Cara Damai - Preside...
- gambar sekitar himpunan pemuda shah alam
- Apa manfaat tingkat pendapatan kalau inflasi
- Perluas hak undi pos karut, undur ke belakang
- PAS Kelantan anjur seminar dedah dakwaan Wain tent...
- Tidak Pernah Solat, Minum Arak! - Saksi Tragedi Ba...
- Najib Upah Firma Yahudi RM20 Juta Pulih Imej
- Pemotongan Bajet Hospital-Hospital
- 700 Lori Angkut Pasir Silika Ke Singapura Setiap H...
- Antara Dua Pemuda
- PAS urges M'sians to pray, send aid to Haiti
- PAS tidak perlu ‘rasuah politik’
- Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 B...
- Kepimpinan DS Azizan terbukti: Sultan Kedah puji p...
- Pasukan Bomba dan Penyelama...
- Pro-M diterima, pro-aspirasi makin hilang pengaruh
- Nizar: No news yet from the Fed Court on MB vs MB
- Zambry bertemu Najib di Arab Saudi: Petanda Pertan...
- Sanggupkah Najib Bubar DUN Perak?
- Non-Muslim can use ‘Allah’ in three states, FTs
- 4.39 Juta Layak Mengundi Belum Daftar Sebagai Pemilih
- Ratapan ibu dan beberapa anggota keluarga mangsa k...
- Isu Nama Allah: Prinsip "Bagi Kamu Agama Kamu dan ...
- Keluhan rakyat yang Umno abaikan
- Sistem Kehakiman negara : Umumkan siapakah MB Pera...
- Isu Kalimah Allah: Umno Tak Payah Berlakon
- YB Husam musa : Cerita Bazar
- IMEJ ASAL POSTING YB HAMIDAH DISIMPAN OLEH GOOGLE
-
▼
January
(207)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment