PAS tidak perlu ‘rasuah politik’

Wednesday, January 20, 2010
Abdul Aziz Mustafa    KUALA LUMPUR, 19 Jan: PAS tidak perlu rasuah termasuk politik untuk membiayai aktivitinya selagi semangat pengorbanan para pemimpin dan ahli masih menjadi aset parti, kata Ahli Jawatankuasa Kerjanya, Haji Mohamad Sabu.



Mengulas pendedahan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low bahawa rasuah politik adalah ibu segala rasuah di negara ini, beliau berkata, segala usaha perlu dilakukan untuk mempertahan dan melindungi PAS dari rasuah politik seperti itu.
Dalam kenyataannya semalam, Low berkata, ketiadaan ketelusan dan akauntabiliti mengenai sumber pembiayaan politik mengakibatkan penyalahgunaan sistem politik yang melemahkan proses demokrasi pilihan raya.
Ketika menolak rasuah politik sedemikian, Mohamad menekankan bahawa PAS selama ini hidup dengan semangat pengorbanan para pemimpin dan ahli-ahlinya.

"Kita menjatuhkan pemerintahan Barisan Nasional (BN) di Kelantan pada tahun 1990 dengan semangat perjuangan dan pengorbanan para pemimpin dan ahli-ahli PAS dan Semangat 46. PAS tidak menerima apa jua pembiayaan politik dari mana-mana tauke atau peniaga berkepentingan.
"Begitu juga ketika PAS bersama-sama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) mengulangi sejarah menjatuhkan pemerintahan BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam pilihan raya umum 2008 lalu.
"Saya sendiri bertanding di kawasan Nilam Puri di Kelantan pada tahun 1990 berbekalkan wang RM70 sahaja dan Allah membantu kemenangan kita kerana semangat pengorbanan ahli-ahli dan penyokong kita," katanya.
Malah, kata Mohamad, PAS membina kompleks Markas Tarbiyyah PAS Pusat di Taman Melewar dan markas-markasnya yang lain di seluruh negara dengan hasil pengorbanan dan titik peluh ahli-ahli dan penyokongnya sendiri.
"Sejarah tersebut membuktikan bahawa kita boleh hidup dan bergerak dengan hasil pengorbanan dan titik peluh kita sendiri.
"Kita bina markas-markas PAS. Kita tidak bina tugu rasuah," katanya sambil merujuk tuduhan penulis buku "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times" bahawa ibu pejabat Umno - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) - dibiayai sebahagiannya oleh para pembayar cukai.
Mohamad menegaskan, lebih baik menadah kopiah memohon derma dari ahli-ahli dan penyokong PAS dari mengemis rasuah serta menjatuhkan maruah parti kepada tauke-tauke dan peniaga-peniaga berkepentingan sehingga akhirnya menyebabkan peluang dan keuntungan beredar kepada orang yang sama."Saya penuh yakin ahli-ahli dan para penyokong PAS memandang jijik dan memerangi mana-mana pemimpin politik yang tiba-tiba hidup kaya raya dengan sumber-sumber yang meragukan.
"Saya juga yakin PAS boleh mempertahankan kemenangannya serta menambahkan kerusi dalam pilihan raya akan datang tanpa menjual maruah kepada mana-mana tauke dan peniaga berkepentingan," katanya.
Ketika mengulas cadangan menggubal Akta Parti Politik bagi membendung gejala rasuah di kalangan ahli politik di negara ini, Low berkata, rasuah sedemikian seringkali menjadi punca penyalahgunaan kuasa di dalam kerajaan.
Mohamad bagaimanapun tidak percaya akta sedemikian akan digunakan terhadap Umno dan BN selagi parti tersebut masih berkuasa.
"Boleh jadi digunakan terhadap orang-orang Umno dan BN, tetapi hanya ke atas mereka yang tidak disenangi dan hendak dibuang oleh pemimpin yang menguasai parti tersebut dan kerajaan yang dikuasainya," kata beliau.

0 Komen:

Post a Comment

ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]