AG: Dr Pornthip tak buat salah

Friday, January 15, 2010
Pakar patologi terkemuka, Dr Pornthip Rojanasunand - saksi penting dalam inkues Teoh Beng Hock - tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung dakwaan berlaku kebocoran hasil laporan bedahsiasat kedua.coroner court teoh beng hock inquest visit macc 070809 azmil muntapha 02.jpgPeguam Tan Hock Chuan yang mewakili pejabat peguam negara, memberitahu koroner coroner Azmil Muntapha Abas (kiri) demikian dalam inkues kematian Teoh hari ini.
"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pejabat AG dan peguam negara, Tan Seri Abdul Gani Patail meminta saya mengumumkan bahawa Dr Pornthip tidak melakukan sebarang kesalahan.
"Tidak ada tuduhan yang akan dibuat terhadap Dr Pornthip," katanya.
Menurutnya lagi, polis juga mendapati Dr Pornthip tidak melakukan sebarang kesalahan.
Kontroversi yang mengaitkan Dr Pornthip dengan kebocoran hasil laporan bedahsiasat kedua itu, timbul selepas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan terhadap pakar patologi Thailand itu pada 1 Januari lalu.
NONEPegawai SPRM itu, Raub Ghani, telah membuat laporan berhubung satu artikel dalam akhbar PKR - Suara Keadilan - yang memetik seorang pegawai kementerian kesihatan bahawa Dr Pornthip telah mengesahkan bahawa Teoh telah dibunuh.
Keluarta Teoh telah mempersoalkan tindakan Raub membuat laporan polis terhadap Dr Pornthip dan kemudiannya memfailkan permohonan menghina mahkamah terhadap pegawai SPRM itu. Permohonan tersebut sedang didengar di hadapan Azmil hari ini.
Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas dia memberi kenyataan sebagai saksi dalam siasatan dakwaan salahguna peruntukan ADUN di Selangor, di pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan yang sama pada 16 Julai tahun lalu.
Sementara itu, berlaku perang mulut antara penguam Karpal Singh yang mewakili keluarga Teoh dengan peguam Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili SPRM ketika koroner berhubung permohonan menghina mahkamah terhadap Raub itu.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]