Najib Upah Firma Yahudi RM20 Juta Pulih Imej

Wednesday, January 20, 2010
Oleh: monazmuslim

"Dalam keadaan simpanan rizab negara hampir pupus, PM Najib dengan sewenang-wenangnya berbelanja besar mengupah sebuah firma Yahudi yang berpengkalan di Washington untuk memulihkan imejnya yang teruk akibat pelbagai skandal penyelewengan, rasuah dan kes pembunuhan Altantuya.

Salah sebuah media paling berpengaruh di India, The Times of India melaporkan baru-baru ini yang Najib memang menggunakan khidmat syarikat APCO Worlwide ini.

APCO Worldwide, sebuah syarikat Yahudi yang diupah RM20 juta oleh PM Najib untuk membina dan memulihkan imejnya. Menurut The Times of India, syarikat ini dikatakan memberi perkhidmatan yang sama kepada para diktator dan perasuah di seluruh dunia.

Syarikat yang berpengkalan di Washington ini juga memberikan perkhidmatannya kepada Diktator Nigeria Sani Abacha dan Presiden Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev.

Pelanggan APCO juga termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, salah seorang pemimpin pemuda Parti Komunis Rusia yang ada kaitan dengan mafia.

The Times of India menjelaskan APCO Worldwide memang pakar dalam membina dan memulihkan imej individu yang menjadi tumpuan umum dan juga untuk pemimpin yang tidak popular di kalangan rakyatnya.

Media India ini telah melakukan siasatan terhadap APCO Worldwide selepas mendapati Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi juga menggunakan khidmat syarikat Yahudi ini.

Narendra dituduh bertanggungjawab menyebabkan berlakunya rusuhan agama di mana 1,000 orang terbunuh dan majoriti mereka adalah Muslim.

Bagi memulihkan imejnya, kerajaan Gujarat telah mengupah APCO Worldwide dengan membayar sebanyak USD 25,000 (RM80,000) sebulan untuk perkhidmatan tersebut.

Walaupun perkhidmatan APCO ini tiga kali ganda lebih mahal daripada firma PR yang lain, namun ia tetap menjadi pilihan sebab ramai konsultannya adalah terdiri daripada bekas pemimpin Republikan dan Demokrat.

Jumlah yang dibayar oleh Najib untuk khidmat ini adalah sebanyak RM 20 juta. Banyak betul duit Najib ni kan. Apalah sangat dengan RM 20 juta ni. Beli Sukhoi + Scorpene = RM 980 juta.

Macamana dengan ahli dan penyokong UMNO ?

Apa yang kamu dapat dengan menyokong parti hapraq ni. Pemimpin atasan kamu dengan mudah saja belanja RM20 juta untuk pulihkan imejnya. Dari mana datangnya duit sebanyak itu ? Kamu pula dapat apa ? Baru dapat RM50, sehelai kain pelekat dan gula 1 kg setiap kali pilihanraya, dah mula hilang akal sehingga merasakan dah takde lagi parti yang terbaik dalam dunia ni melainkan UMNO.

Inilah mentaliti bangsa ku... Tak tahulah aku apakah jenis manusia yang terus setia menyokong dan menjadi ahli UMNO ni. Dahlah hidup tak sekaya mana, lepas tu Aqidah pulak boleh rosak tanpa sedar kerana memberhalakan pemimpin. Pendek kata, dunia entah ke mana manakala di Akhirat pulak dijanjikan Neraka.

Dari mana Najib dapat RM20 juta ?

Andaikan gaji + elaun Najib sebagai Perdana Menteri RM 50,000 sebulan. Tahukah kamu wahai para penyokong dan ahli UMNO, Najib terpaksa simpan pendapatan bulanannya tanpa diusik selama 400 bulan (33 tahun 4 bulan) untuk dapat jumlah RM 20,000,000 (RM20 juta).

Mungkin sampai Najib mampus pun belum tentu cukup jumlah ni.

Dah jelas lagi tersuluh memang si Najib ni perompak wang rakyat. Oleh kerana dia tahu yang imejnya buruk di mata dunia ekoran skandal pembelian Scorpene dan kes pembunuhan Altantuya, maka digunakan khidmat firma Yahudi untuk bina dan pulihkan kembali imejnya.

Di mana duduknya iman dan Islam Najib ni jika sanggup guna khidmat orang Yahudi (musuh Islam) sebagai penasihat dan perunding imejnya. Ooopss saya terlupa... UMNO = Yahudi = Nasrani

Teringat saya kata-kata Almarhum Ustaz Fadhil Noor dalam ceramah terakhirnya di Johor. Katanya "Dalam dunia ini ada 3 golongan yang bunuh Ulama' yaitu Yahudi, Komunis dan UMNO".

Kadang-kadang saya sedih dengan sikap orang Islam yang jadi ahli UMNO ni. Bukannya kita tak habaq pasal ancaman Allah terhadap golongan yang dok sokong pemimpin toghut ni. Tapi puak-puak ni degil. Masih dok percaya fahaman sesat Kristian yang memisahkan agama dengan politik (pemerintahan).

Hujah Al-Qur'an dan Bukti

Sekali lagi saya bawa hujah Al-Qur'an dan fatwa Ulama' bagi membuktikan bahawa pemimpin UMNO ni memang munafiq atau kafir.

Sebelum itu saya ambil kenyataan Almarhum Tunku Abd.Rahman "UMNO adalah sebuah parti kebangsaan berfahaman sekular."

Hujah 1 - Fatwa Syeikh Mustafa Sabri (Ulama' masyhur di zaman Pemerintahan Islam Khalifah Uthmaniyyah) ;

"Jalan mudah untuk menjadi KAFIR apabila memisahkan agama dengan politik."
 
Hujah 2 - Dalam Surah Al-An'am : ayat 159, Almarhum Prof Dr Hamka menafsirkan ayat ini sebagai ;

"Barangsiapa yang ada keyakinan dalam hatinya bahawa ada sistem lain yang lebih baik daripada Islam, maka kafirlah orang itu walau masih bersolat."

Hujah 3 - Balasan Neraka bagi orang yang menyokong pemimpin sesat ;

Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 yang bermaksud ;

"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

Saya menyeru kepada seluruh umat Islam yang masih menjadi ahli dan penyokong UMNO agar buatlah penilaian semula sebelum terlambat.

Berhijrahlah dari kegelapan toghut kepada cahaya kebenaran (Islam).

Jazakallah.
 

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]