Minta maaf tidak cukup, Aduka Taruna perlu disiasat

Monday, January 25, 2010
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Dewan Pemuda PAS Wilayah (DPPWP) bersetuju dengan pandangan Pemuda PAS Johor agar polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
Tulisan dalam blog Adukantaruna.blogspot.com berkenaan Almarhum Sultan adalah biadap dan tidak menunjukan sikap sebagai orang yang berakhlak. Artikelnya yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la" jelas membuat penyataan yang menghina.

Sebelum ini Aduka Taruna juga pernah menghina ulama mahzab dan juga isteri Rasulullah saw, Aisyah.

"DPPWP berpandangan bahawa tahap kebiadapan Aduka Taruna amat melampau dan beliau langsung tidak sensitif terhadap perasaan rakyat dan umat Islam. Keegoan beliau perlulah disiasat sebagai memperbetulkan fikrah yang kian tersesat," kata Herman Shamsudin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Bagi Herman, Jakim juga perlu bertindak dalam hal ini kerana minta maaf sahaja tidak cukup untung melangsaikan hutang kebiadapan dan fikrah yang mengarut Aduka Taruna.


"DPPWP tidak menolak kebebasan bersuara, tetapi kita perlu tegas dalam menghadapi kelakuan yang biadap oleh seorang blogger yang menghina ulama, keluarga Rasulullah dan Sultan. DPPWP menolak penggunaan ISA kerana perbuatan ini perlulah diselesaikan mengikut kaedah perundangan yang lebih baik," katanya dalam satu kenyuataan.

Sehubungan itu, DPPWP mengingatkan agar para blogger dan rakyat keseluruhannya agar tidak menimbulkan isu-isu yang boleh menghina Allah, Islam, Rasulullah dan keluarganya serta sultan-sultan yang memerintah di negara ini.

Isu-isu berkaitan dengan agama, bangsa dan kesultanan merupakan perkara sensitif yang perlu dibincangkan secara bijak dan berilmu, bukannya mengikut hawa nafsu, tambah beliau.

1 Komen:

Unknown said...

wahai aduka taruna yang hanya berkerja dikedai kopi...

kalau dibiarkan kita secara bersendirian mentafsir pemikiran sendiri tanpa merujuk kepada yang hakiki pasti dunia ini kucar kacir.Kerana:

sudah beratus ratus tahun manusia membina peraturan dan undang2 supaya manusia sentiasa hidup secara aman berlandaskan simbol2 tertentu yang terbukti berkesan jika kena aturcaranya.

Tanpa simbol2 tertentu seperti institusi diraja yang telah terbina semenjak nenek moyang kita lagi,membawa kita kepada satu bangsa yang sopan dan taat setia kepada tanah air.

walaupun demikian,kehalusan pemikiran kamu ada kebaikannya,tetapi tidak kena dengan aturcaranya yang pastinya membawa padah jika manusia hilang pedoman dan rujukan,adakah itu yang kamu mahu kita di Malaysia berpecah!

kreativiti pemikiran perlulah di bawa kepada yang lebih menguntungkan seperti cara nak masak mee goreng jadi lebih sedap lagi,macam mana nak majukan warung kamu,atau macam mana nak bangunkan diri kita supaya berkualiti etc

sesetengah pandangan perlu diteliti,kerana jika dibiarkan akal hilang pedoman pasti membawa kekeliruan,justeru itu sesetengah perkara baik tak usah difikirkan sangat,just do it dengan ketetapannya.

kepada rakyat Malaysia amnya jagalah keharmoniaan kita supaya aman dan damai dan menghormati satu sama lain dan nilai2 nya

kepada isteri aduka,diharap berfikir lah siapa suami kamu sebenarnya...jangan pulak nanti beranak anak si penderhaka ini lantas menjadi keturunan yang sesat seterusnya keluar islam atau mengheret orang lain benci islam atau Raja2

kalau nak minta ceraipun memang boleh pada pandangan saya,sila rujuk JAKIM terlebih dahulu kak ya sebelum tu...


yang terasa tercabar,
eimie mustaqim..

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]