SPR Tidak Ikhlas, PAS Mesti Agresif Daftarkan Pemilih Baru
Thursday, January 21, 2010
Oleh: sofiwahab
"SPR baru-baru ini mengumumkan bahawa kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera. Menurut kenyataan itu Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000) yang masih belum mendaftar diri mereka menjadi pemilih.
Jika ditakdirkan terjadi pilihanraya dalam masa terdekat (kurang dari 6 bulan) sudah pasti mereka akan terlepas dari mengambil bahagian sebagai pengundi berdaftar kerana proses pendaftaran pemilih biasanya memakan masa sekurang-kurang 6 bulan.
Persoalannya mengapa begitu ramai rakyat yang tidak peka dan tidak sensitif dengan kewajipan menjadi pemilih.
Malang sekali setiap kali kita membicarakan masalah ini, SPR menuding jari ke arah rakyat yang tidak peka dan tidak tahu kewajipan mereka sebagai rakyat. Ikhtiar dan program pendaftaran pemilih secara bergerak dan sebagainya telah dilakukan oleh SPR. Agen Penolong Pendaftar pemilih di kalangan orang perseorangan dan anggota parti sudahpun dilantik dan beroperasi sejak beberapa lama dahulu. Tetapi hasilnya tidak seberapa.
Bagi saya SPR sebenarnya tidak berusaha atau sengaja tidak mahu berusaha untuk memastikan 100 % rakyat yang berumur 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih. Kalau sekiranya semua sistem dan tradisional iaitu pendaftaran secara manual gagal, SPR sepatutnya beralih kepada cara yang lebih moden, konvesional dan terkini.
Pada saya masalah ini berlaku kerana SPR dan kerajaan tidak mahu mengubah sistem yang ada. Mengapa mereka tidak mahu mengubahnya, kita pun tidak pasti.
Jalan penyelesaian bagi masalah ini mudah sahaja, jika SPR dan Kerajaan benar-benar ikhlas mahu memastikan semua rakyat berumur 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih, SPR mesti mewujudkan sistem pendaftaran automatik di antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR. Di mana dari ‘database’ JPN hubungkan dengan ‘database’ SPR. Mana-mana warganegara yang berumur 21 tahun ke atas akan secara automatik menjadi pemilih.
Perkara ini sudah pasti boleh dilakukan kerana kita tahu ianya tidak susah dan tidak begitu rumit. Kalau dalam perkara-perkara lain kerajaan boleh menaiktarafkan perkhidmatannya dengan menggunakan sistem e-government dan on-line (atas talian) mengapa dalam perkara ini ianya tidak boleh dilaksanakan. Itu persoalan yang bermain di minda rakyat dan parti-parti politik. Apakah ada usaha yang sengaja tidak mahu sistem ini diamalkan dalam urusan pendaftaran pemilih.
Alternatif kedua untuk mengatasi masalah ramai yang tidak mendaftar sebagai pemilih ialah dengan mewujudkan undang-undang mewajibkan semua rakyat yang berumur 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih sebagaimana kewajipan membuat kad pengenalan. Mana-mana rakyat yang gagal mendaftar sebagai pemilih diambil tindakan seperti didenda atau dihukum dengan hukuman-hukuman lain.
Saya yakin jika sistem diatas dilaksanakan khasnya cadangan yang pertama, sudah pasti 100 % rakyat akan menjadi pemilih berdaftar dan tidak perlu SPR terhegeh-hegeh mencari jalan untuk mendaftarkan rakyat untuk menjadi pengundi.
Persoalannya mengapa sistem di atas tidak mahu dilaksanakan sedangkan kerajaan melaung-laungkan bahawa kita semua sedang menuju ke arah sistem elektronik dan on-line. Tetapi dalam bab ini mereka seolah-olah tidak serius menggunakan sistem e-pendaftaran ini.
Aktivis parti juga tidak mendaftar
Ramai penyokong dan ahli parti-parti politik sendiri tidak sensitif tentang pendaftaran pemilih. Perkara ini terbukti sejak dari dahulu, kini dan mungkin selamanya. Lebih malang lagi ada anak, cucu, isteri dan sanak saudara pimpinan parti-parti politik seperti PAS, UMNO dan lain-lain juga tidak mendaftar sebagai pemilih.
Menurut sumber yang boleh dipercayai banyak program turun padang yang dijalankan oleh PAS membongkar perkara ini. Ada di antara penyokong dan ahli PAS yang dilawati mempunyai 4 orang anak umur mereka melebihi 21 tahun tetapi belum mendaftar sebagai pemilih. Jadi siapa yang harus kita persalahkan.
Bayangkan kalau anak pimpinan parti politik pun tidak mendaftar sebagai pemilih, sudah tentu anak dan kaum kerabat kepada mereka yang tidak berminat politik sudah tentu mendaftar sebagai pemilih juga. Jadi tidak hairan kalau SPR menyatakan bahawa 4.9 juta rakyat yang layak masih belum mendaftar sebagai pemilih.
Majoriti dari mereka pula adalah kaum bumiputera. Jadi nanti jangan marah kalau banyak kerusi-kerusi parlimen dan DUN pengundi majoritinya adalah bukan bumiputera walaupun majoriti rakyat Malaysia adalah bumiputera.
SPR tidak ikhlas
Para pemerhati juga merasakan masalah ini adalah disebabkan kerajaan, SPR dan JPN tidak ikhlas bagi menyelesaikannya. Mereka didakwa sengaja mencari alasan agar sistem pendaftaran automatic ini tidak digunapakai. Mustahil ianya tidak dapat dilaksanakan sedangkan kerajaan melaung-laungkan slogan kearah sistem e-government dan lain-lain.
Selagi masih ada perasaan tidak ikhlas, tidak jujur dan tidak professional selagi itulah masalah pendaftaran pemilih ini tidak selesai kerana di sana terdapat agenda tersembunyi pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh. Mereka mungkin merasa rugi jika semua rakyat terdaftar secara automatik sebagai pemilih.
Undi Pos
Pengerusi SPR, Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, pihaknya sedang meneliti untuk memperluaskan hak pengundi pos kepada mereka yang berada dalam perkhidmatan-perkhidmatan penting, yang sebelum ini terhad untuk anggota tentera dan polis.
Beliau berkata SPR sedang meneliti dari segi bilangan mereka termasuk adakah mereka (dalam perkhidmatan penting) ini boleh bergilir-gilir untuk mengundi, misalnya di sebelah pagi separuh berbuat demikian dan pada sebelah petang separuh lagi.
Menurutnya pertimbangan ini adalah untuk mereka yang terlibat dalam urusan pilihan raya.
Aziz menambah bahawa jika ini dibenarkan, bermakna hak pengundi pos yang sebelum ini dikhususkan hanya untuk pasukan tentera, polis atau pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara akan diperluaskan ke perkhidmatan penting lain.
Beliau berkata demikian kepada media di Putrajaya baru-baru ini.
Kita tidak pernah mendengar rungutan jururawat, doktor dan wartawan tentang kesulitan mereka untuk mengundi tetapi sering mendengar masalah tentang nama pemilih dicatatkan 2 kali dalam senarai pemilih; nama pengundi mati masih ada dalam daftar pemilih; isu pengundi hantu ; tuntutan menggunakan dakwat ; penghapusan undi pos ; ketidaktelusan SPR dan lain-lain. Tetapi SPR nampaknya lebih peka kepada masalah yang remeh temeh dan kecil berbanding dengan masalah integriti SPR itu sendiri.
Jelas sekali SPR tidak mengambil kira langsung pandangan sebahagian besar rakyat dan parti-parti politik khususnya PR yang sudah lama membuat tuntutan supaya daftar pemilih dibersihkan dari sebarang kekeliruan; tuntutan menggunakan dakwat untuk mengelakkan pengundi mengundi lebih dari sekali dan sebagainya.
Di saat rakyat dan parti politik bercakap tentang ketidaktelusan undi pos dan penipuan yang mungkin berlaku dalam urusan pengundian pos, tiba-tiba SPR ingin meluaskan penggunaan undi pos. Jika ini berlaku bermakna SPR sebenarnya berundur setapak ke belakang.
PAS mesti kehadapan dalam urusan pendaftaran pemilih
Gesaan Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Ustaz Idris Ahmad yang mengesa Jentera Pilihanraya PAS disemua peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih merupakan suatu langkah yang baik. Setidak-tidak gesaan ini mesti disahut oleh semua ahli dan penyokong PAS supaya tidak ada yang terlepas dari menunaikan kewajipan memilih pemimpin negara.
Lebih penting lagi PAS sebagai parti politik sudah tentu memerlukan pengundi yang ramai khususnya pengundi yang diyakini mengundi PAS. Andaikata ahli dan penyokongnya sendiri tidak mendaftar sebagai pengundi maka ini merupakan sesuatu yang malang bagi PAS.
Dalam kenyataannya baru-baru Ustaz Idris Ahmad mencadangkan kepada PAS agar menawarkan satu kerjasama serius disegerakan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara. Demi memastikan negara ini dapat dipimpin oleh Kerajaan yang lebih baik dimasa hadapan, program-program kempen pendaftaran pengundi baru perlu digerakkan dan disusun secara berjadual.
Menurutnya PAS mesti mengambil peluang ini untuk memberikan sumbangan kepada demokrasi dan memimpin rakyat untuk memahami hak mereka sebagai pengundi. Jentera PAS katanya, perlu serius untuk mengambil peluang dalam menyampaikan dakwah dan juga hasrat perjuangan sebagai mengalakkan rakyat keluar mengundi kelak.
http://mutaligat.blogspot.com

Melalui
INFO DPPSA
|
pada
9:25 AM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
▼
2010
(1112)
-
▼
January
(207)
- Anwar: JJ ketuai usaha Umno 'pikat' MP PKR
- Kerajaan silap tutup kementerian
- TINDAKAN TATATERTIB : PENDIRIAN RASMI DEWAN PEMUDA...
- kenaikan harga minyak bulan mei
- Ibu Tunggal Ditembak Tanpa Sebab
- Khalid terima keputusan, akan rayu segera
- Keputusan p'raya kampus UM digantung
- Khalid digantung jawatan 6 bulan, Hassan Ali diber...
- Anasir dari Umno dan Polis Terlibat dengan Insiden...
- Hina Raja: Penulis blog, Aduka Taruna didakwa
- Kalimah Allah: Presiden PAS anjur dialog dengan NG...
- Bukti Pemuda Umno Terlibat..Mengapa Hishamuddin Ke...
- Pelajar UM terus berdemonstrasi
- Selangor dakwa polis sabotaj Thaipusam
- PROJEK MENTERNAK IKAN KELI PEMUDA PAS PADANG JAWA
- Bantahan e-undi di UM memuncak, pelajar berang
- Pemuda PAS WP persoal daftar Puteri Umno di sekolah
- Ku Li: Kelantan Berhak Dapat Royalti, Bukan "Wang ...
- Harga Proton Waja Di Arab Saudi
- Ketegangan agama: Nik Aziz persalahkan Umno
- Nik Aziz jadi hos 200 pemimpin agama makan tengaha...
- Royalti minyak Kelantan sepatutnya RM40 juta
- Rakyat perlu waspada dengan manipulasi perkauman, ...
- DPPP bidas kelembapan kerajaan
- Serang gereja: Azmin dakwa ahli Umno terbabit
- DALAM DIAM ISA DIGUNAKAN : 50 termasuk pelajar dit...
- AdukaTaruna: Rais Yatim Terpaksa Menyelamatkan Mar...
- The Sultan and I
- Dua kepala babi di masjid Datuk Harun
- Kelantan Dapat RM20 Juta Wang Ehsan Mac Ini
- Adun Triang menitiskan air mata mengenangkan sokon...
- Siasatan lawatan Disneyland diserah ke Putrajaya
- PAKATAN RAKYAT VS BN PART 1
- Nizar akan ambil tindakan undang-undang terhadap T...
- Hina Sultan: Polis juga diiminta siasat Cybertroop...
- Komplot Menjatuhkan maruah YB Nizar
- Pemuda PAS buat jelajah erat ukhuwah
- Agong jalani rawatan, Sultan Kedah memangku
- Minta maaf tidak cukup, Aduka Taruna perlu disiasat
- Akhirnya : Mahkamah Persekutuan putuskan 9 Feb Kes...
- Melayu Bukan UMNO Bertaraf Lebih Rendah Dari Kaum ...
- Polis naik pentas hentikan ceramah Anwar
- (Kepala Surat Umno) Bajet Pilihanraya MPP di Kampu...
- DSAI Dihalang berceramah di Lembah Pantai
- Pasukan khas siasat blog hina Almarhum Sultan Iska...
- bersungguh pertahan kalimah allah, filem menghina ...
- Kelantan tolak lantik wakil pantau wang ehsan
- Mahasiswa Malaysia tidak redha ditindas
- YB Khalid perjelas inti titah Sultan
- Kedah telah laksana 80% janji manifesto - Exco
- SPRM didakwa menggeledah rumah tanpa waran geledah...
- Bakar surau kerja orang tidak siuman - Idris
- Ustaz Hadi nafi laporan 'God bukan Allah'
- kera dihutan disusukan : Rosmah jemput pelajar New...
- Pemuda PAS jalin hubungan dengan kedutaan asing
- kEHILANGAN 40000 WARGA INDIA DI MALAYSIA : PELIK &...
- Muzakarah: Penggunaan Kalimah Allah Sebagai Terjem...
- Bersedia untuk naik minyak
- bersedialah kakitangan kerajaan menanggung beban r...
- yb khalid samad menghadap sultan selangor
- Adakah selepas 10 tahun kes di perak baru mendapat...
- Khalid Samad nafi tidak hormati Sultan S'gor
- Tutup mulut jika tak faham - Tun Salleh
- Saiful Bukhari: UMNO Nak Buat Agama Baru ke?
- SPR Tidak Ikhlas, PAS Mesti Agresif Daftarkan Pemi...
- agenda menjatuhkan kerajaan negeri selangor masih ...
- Aktivis: Isu Allah tak timbul jika k'jaan cepat be...
- Kondusif: Selangor sesuai untuk melabur
- sidang media yb khalid samad berhubung laporan 16 ngo
- Siasatan bakar gereja, 8 ditahan
- Ikhwan umum Dr Muhammad Badi' mursyidul am baru
- Islam Mengajak Manusia Dengan Cara Damai - Preside...
- gambar sekitar himpunan pemuda shah alam
- Apa manfaat tingkat pendapatan kalau inflasi
- Perluas hak undi pos karut, undur ke belakang
- PAS Kelantan anjur seminar dedah dakwaan Wain tent...
- Tidak Pernah Solat, Minum Arak! - Saksi Tragedi Ba...
- Najib Upah Firma Yahudi RM20 Juta Pulih Imej
- Pemotongan Bajet Hospital-Hospital
- 700 Lori Angkut Pasir Silika Ke Singapura Setiap H...
- Antara Dua Pemuda
- PAS urges M'sians to pray, send aid to Haiti
- PAS tidak perlu ‘rasuah politik’
- Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 B...
- Kepimpinan DS Azizan terbukti: Sultan Kedah puji p...
- Pasukan Bomba dan Penyelama...
- Pro-M diterima, pro-aspirasi makin hilang pengaruh
- Nizar: No news yet from the Fed Court on MB vs MB
- Zambry bertemu Najib di Arab Saudi: Petanda Pertan...
- Sanggupkah Najib Bubar DUN Perak?
- Non-Muslim can use ‘Allah’ in three states, FTs
- 4.39 Juta Layak Mengundi Belum Daftar Sebagai Pemilih
- Ratapan ibu dan beberapa anggota keluarga mangsa k...
- Isu Nama Allah: Prinsip "Bagi Kamu Agama Kamu dan ...
- Keluhan rakyat yang Umno abaikan
- Sistem Kehakiman negara : Umumkan siapakah MB Pera...
- Isu Kalimah Allah: Umno Tak Payah Berlakon
- YB Husam musa : Cerita Bazar
- IMEJ ASAL POSTING YB HAMIDAH DISIMPAN OLEH GOOGLE
-
▼
January
(207)
ADUAN MASALAH
HANTAR ARTIKEL
DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM
Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
0 Komen:
Post a Comment