Klinik 1Malaysia Mendapat Bantahan Dari Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)
Untuk makluman semua, penubuhan klinik ini telah mendapat bantahan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Namun rata-rata masyarakat tidak dimaklumkan tentang isu bantahan ini kerana tidak mendapat liputan media bagi menjaga imej Kerajaan di mata rakyat.
3 Sebab Bantahan
Setahu saya, ada 3 isu utama yang telah diketengahkan oleh pihak MMA. Yang pertama, berkenaan mutu klinik ini. yang kedua, tiadanya doktor yang bertauliah untuk mengawasi klinik ini dan yang ketiga, penubuhan klinik ini boleh menyebabkan pengamal perubatan swasta akan kehilangan punca pendapatan yang ketara.
Isu pertama yang diketengahkan oleh MMA sememangnya isu yang sangat penting.
Klinik 1Malaysia Diawasi Oleh "Paramedik" Tanpa Tauliah
Sepertimana yang kita sedia maklum, klinik ini di jalankan oleh pembantu perubatan (MA), jururawat dan juga attendan kesihatan. Mereka ini berstatus 'paramedik' dan tidak mempunyai kelayakan professional dalam penjagaan kesihatan. malah, mengikut peraturan yang sebenar, mereka hanya boleh membuat preskripsi ubat yang berstatus 'C' sahaja seperti panadol etc.
Akan tetapi untuk klinik ini, mereka telah diberi kebenaran untuk membuat rawatan penyakit di luar bidang dan pengetahuan mereka, contohnya penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.
Kebanyakan ubat-ubat untuk pesakit ini adalah berstatus 'A' dan 'B' yang hanya boleh di berikan oleh doktor dan pakar yang bertauliah. Tujuan ubat-ubat ini di kelaskan sedemikian rupa adalah kerana kesan sampingan yang boleh diberikan oleh ubat-ubat ini.
Demi untuk membela agenda mereka, Kerajaan mendakwa bahawa paramedik yang di tempatkan di klinik ini adalah mereka yang berpengalaman.
Pengalaman sahaja tidak mencukupi tanpa pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu penyakit. Seseorang doktor memerlukan masa hampir 7 tahun sebelum dibenarkan bertugas mengendalikan klinik. itu 1 tempoh masa yang lama. Ini kerana mengendalikan klinik bukanlah seperti mengendalikan kedai runcit yang mana pelanggan boleh datang dan membeli barangan dengan mudah.
Klinik 1Malaysia Menyalahi Akta Perubatan
Selain itu, tahukan anda bahawa Klinik 1Malaysia ini telah menyalahi akta perubatan kerana mana-mana pengamal perubatan yang tidak bertauliah, tidak boleh mengendalikan klinik. Akan tetapi, Kerajaan dengan selambanya telah melanggar akta perubatan ini.
Pihak MMA telah beberapa kali membangkitkan isu ini tapi tidak mendapat layanan daripada pihak Kerajaan. Jika di tanya kepada mana-mana doktor sekalipun, tiada yang setuju tentang perkara ini.
Akhir sekali, ingin saya tegaskan, dalam kita mengejar cita-cita politik masing-masing, janganlah sampai merendahkan mutu penjagaan kesihatan di negara kita. Ekoran penubuhan klinik ini, kita telah menjadi bahan ketawa masyarakat dunia kerana mempunyai klinik yang mutunya rendah. tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang mempraktikkan apa yang telah di lakukan di Malaysia kerana mereka sedar bahawa mutu penjagaan kesihatan amat penting.
Umum masyarakat tidak mengetahui masalah berbangkit seperti ini kerana liputan yang terpilih oleh Media Prp Kerajaan. Bagi mereka, mendapat ubat sudah cukup menggembirakan mereka walhal tanpa disedari, mutu perkhidmatan kesihatan telah pun di rendahkan oleh pihak Kerajaan.
Ingatlah, kesihatan bukan semata-mata mendapat ubat. Banyak lagi faktor-faktor lain dalam bidang kesihatan. marilah kita sama-sama menyedarkan rakyat bahawa pembukaan klinik ini adalah atas nama politik semata-mata.
Rakyat sepatutnya mendapat khidmat penjagaan kesihatan yang bermutu, bukannya 'second class healthcare'. Mahukah anda suatu hari nanti, hospital-hospital pun turut dikendalikan oleh staff-staff yang berstatus paramedik? Tepuk dada, tanya diri sendiri...
Sekian..
"sihat Sepanjang Hayat"
Doktor Rakyat
Berikut adalah kenyataan akhbar yang telah dibuat oleh Presiden Persatuan Perubatan Malaysia berhubung pelanggaran akta perubatan oleh kerajaan :
MMA slams 1Malaysia clinics
(The Sun)
PETALING JAYA (Dec 22, 2009) : The Malaysian Medical Association (MMA) has criticised the government’s decision to implement 1Malaysia clinics which are to be manned by medical assistants and nurses, calling it "wasteful" and "illegal".
"The MMA believes such clinics in urban areas would be redundant and shortchange the rakyat," its president Dr David K.L. Quek said in a statement today.
"Furthermore, getting unregistered medical doctors to man these clinics is also wrong and undermines the healthcare service which leads to a possible poorer standard of care," he said.
Quek said the employment of medical assistants and nurses to man clinics is against the Medical Act 1971 which prohibits medical assistants from prescribing “any more than some very simple medicines”.
Last week, Bernama quoted Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai as saying the clinics would be allowed to prescribe medicine for minor illnesses like fever, cough or minor cuts and could also handle referral cases.
A total of 50 1Malaysia community clinics will begin operation next month to provide basic health treatment for urban residents.
However, Quek said there are already many “under-utilised” general practitioner clinics.
He said there are many doctors in the country but they are poorly distributed.
"If the government feels the 1Malaysia clinics have to be established, the least it could do is ensure these clinics are manned by registered medical doctors,” he said.
“The standard of medical care should not be compromised."
Prime Minister Najib Abdul Razak recently announced an allocation of RM10 million under Budget 2010 for the clinics.
8 Komen:
salam,
sedarkah saudara dengan apa yang saudara tulis ini. Mengapa para doktor2 ini membantah penubuhan klinik satu malaysia. Mengapa mereka perlu bimbang dengan klinik yang hanya berstatus kelas kedua seddangkan klinik mereka berstatus kelas pertama. Klinik satu malaysia hanya untuk rawatan penyakit2 ringan sahaja, cthnya demam, selesema, batuk n dll dan paling penting ubat2an yg disediakan di klinik ini hanya berpedanan dengan fungsinya. Utk pengetahuan saudara, penubuhan klinik satu malaysia bukanlah pengganti kepada klinik2 kesihatan kerajaan diseluruh negara. Klu nk dapatkan rawatan penyakit2 kronik spt kencing manis dan darah tinggi, pesakit perlulah pergi ke klinik kesihatan. Memandangkan klinik ini hanya utk penyakit2 ringan, cukuplah sekadar meletakkan pembantu perubatan @ paramedik sahaja. Buat apa membazirkan tenaga n kepakaran doktor2 yg hanya beberapa kerat jer tue jika skadar hanya utk merawat penyakit2 ringan. Hospital dan klinik kesihatan lebih memerlukan khidmat mereka. Pembantu perubatan dibenarkan oleh undang2 utk merawat penyakit2 ringan. Hal ini terdapat dalam peruntukan undang2 melalui akta pembantu perubatan 1974 dan panduan tugas dan tanggungjawab pembantu perubatan yg dikeluarkan oleh KKM bertarikh 20 oktober 1988. Pembantu perubatan berkelayakan diploma, mendapat latihan di kolej2 kelolaan KKM sebelum mereka ditauliahkan sebagai pembantu perubatyan terlatih, apakah harus KKM sendiri akan menidakkan produk hasil kelulusan KKM sendiri. Jika dilihat, kebanyakkan klinik2 kesihatan dan hospital2 daerah telah sekian lama dikendalikan oleh pembantu perubatan....renung2kn, jgn menuduh kami pembantu perubatan gagal merawat pesakit dgn pengetahuan yg kami ada, hanya dengan melihat pandangan pegawai atasan yg hanya pandai bercakap yg mereka boleh buat segalanya sedangkan yg melaksanakan adalah kami semua, golongan bawahan ini.
aku sokong mat..politik-politik jugak..jangan semua perkara nak dipolitikkan,,terlalu cetek pemikiran sedara tanpa memikirkan kepentingan rakyat malaysia dalam soal ini..MMA hanya tahu becakap dan nak conquer semua tempat yang di duduki oleh paramedik, tantang isu paramedik tak bertauliah juga satu penghinaan yang tidak boleh dimaafkan..paramedik yang juga bertugas sebagai penolong pegawai perubatan adalah ditauliahkan oleh kolej sains kesihatan bersekutu di bawah unit latihan kementerian kesihatan malaysia..setiap tahun APC ( sijil akuan amalan ) diperolehi bagi setiap paramedik yang bertugas di malaysia..tolong delete la statemen yang tak berasas ini
walaupun aku tak bersetuju dgn sesetengah dasar UMNO pada rakyat, tetapi ada bersebabnya. jika ada kebaikan dari pihak rakyat kita perlu lebih berfikiran terbuka mengenainya sebagaimana keterbukaannya rakyat Malaysia pd ahli keluarga pemimpin UMNO yg mengaut keuntungan hasil negara dikalangan mereka sahaja.now kita kata klinik swasta caj mahal, jumpa DR sekian-sekian MBBS(entah apa2 negara)bagi panadol, antibiotik dan MC kena caj RM50 balik tak sampai 10minit.kita diam sbb kena bayar kalo nk lama2 caj lg tinggi.sebelum klinik satu Malaysia wujud selama mana klinik swasta telah mengaut keuntungan yg tinggi pd rakyat???kita tak pernah ambil tahu, belum lg yg supply ubat batuk atau dadah2 tertentu pd mat2 gian, atas dasar kelayakan profesional prekrepsi ubat kelas A dan B.kita juga tidak pernah ambil tahu.utk demam,batuk dan selesema amat rugi masanya utk beratur berjam2 lamnya di klinik swasta/kerajaan jika DR hanya memberi PCM, Piriton dan Benadrly sahaja. kalo rakyat yg bijak adalah lebih baik ubat beli di farmasi sahaja.tidak bodoh rasanya jika rakyat ke klinik 1malaysia daripada teguk air sejuk dari tok bomoh.tak bodoh rakyat rasanya jika cuci luka hanya membayar RM1 diklinik 1malaysia.bukan isu professionalism sebenarnya dari MMA.ia lebih kepada isu survival kilinik swasta dan $$$ doktor swasta dgn simple procedure.kita hairan mengapa sejak merdeka sehingga sekarang MMA gagal menyediakan bilangan doktor yg mencukupi di kawasan luar bandar? alasan nya mudah tidak lain dan tidak bukan ramai doktor kerajaan telah beralih ke sektor swasta utk mendapat imbuhan yg tinggi.
klinik satu malaysia xder guna la..ma jer bukan doktor pon..
Yeke ta dak guna ..... cuba tanya nenek dan datuk dulu... mereka semua pun dulu bersalin di sambut MA jg... sakit p klinik MA yang bg rawatan... ada apa masalah pun tengah malam panggil MA jg. tp kita tak penah merungut... bila MA yang buat keja DR juga yang dapat nama...
Doktor pun walaupun diorg ada kepakaran dlm bidang medical, bole prescribe ubat kelas A pun, tp still kena consult paramedik..even extensor tendon cut pun diorg x sure apa jenis splint @ slab yg sesuai sbb kepakaran bidang tu lebih kepada org berjawatan paramedik - mmg putus tangan dr bole operate sambung balik tp management post-op paramedik mcm kami lebih berkemahiran..tu pun bole dikategorikan sbg paramedik x bertauliah ke?
Mereka yang berada dalam bidang perubatan lebih arif tentang peranan masing-masing. Memang benar para doktor juga perlu merujuk kepada paramedik, pakar bius, pegawai2 bahagian ujikaji etc.... ramai la kalau nak disebut satu persatu. It's a team work, babeh... hehe. Malah ramai di kalangan pembantu perubatan yang berkepakaran dan berpengalaman luas, tidak kurang juga yang lebih terer daripada segelintir doktor sebab diorang hands-on, berdepan dgn ramai patient. Yang paling tak boleh blah, is statement pengamal perubatan swasta akan kehilangan punca pendapatan yang ketara. aiseh, come on la. korang pandai hentam umno bn kaut duit masuk poket sendiri, tapi ibarat mengata dulang paku serpih la. ada beberapa org yg aku kenal sendiri, dlm kes kecemasan antara hidup atau mati, terpaksa pg private clinic or medical center, and guess what, ditolak depan mata sebab tak mampu bayar. ini kah yang nak dipertahankan oleh MMA? memang semua org nak senang, tapi sanggupkah kita bersusah untuk org lain? we are talking about our countrymen here. some medical doctors drive bmw's and camry's, while some patients only ride bicycles and motorcycles.
jgn nak gaduh MA ke Doktor ke.. Semua ada fungsi....
penyataan yang dibuat salah tu....
- MA ditempat diklinik satu Malaysia, kita patut bersyukur, untuk demam batuk, selsema dan gatal tak perlu ke klinik kesihatan yag ramai pesakit dan perlu tunggu lama. nak pergi ke kecemasan lagi lah... banyak lagi kes kecemasan. So bersyukurlah ada MA kat Klinik 1Malaysia.
Tiada dalam akta mengatakan Melnaggar peruntukan di bawah akta perubatan. Semua MA di kelinik 1Malaysia bekerja di bawah doctor, semua masalah akan dirujuk kepada doctor terlibat. Zaman tidak kolot. semua akan berhubung.
mmg doctor swasta akan kecewa... sbb itu lah mereka menimbulkan pelbagai perkara yang tidak sahih.....
Post a Comment