TINDAKAN TATATERTIB : PENDIRIAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM

Sunday, January 31, 2010
Isu tindakan disiplin terhadap YDP PAS Kawasan Shah Alam Dan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor mendapat perhatian serius oleh Dewan Pemuda PAS Shah Alam dan kami juga percaya banyak pihak yang terkejut dengan apa yang telah diputuskan.

Walaubagaimanapun DPPSA bersyukur dan lega kerana PAS dilihat mempunyai mekanisme yang tegas untuk menjaga keutuhan dan kemantapan parti.

PAS semenjak akhir-akhir ini dilihat mula diminati oleh sebahagian besar masyarakat di Malaysia. Jesteru kehadiran pelbagai jenis golongan ke dalam PAS sudah semestinya akan membawa bersama pelbagai bentuk ragam dan warna. Maka PAS perlu memperkasakan jawatankuasa tatatertibnya agar dapat memastikan tindakan ahlinya tidak melanggar perlembagan atau akhlaq parti.

DPPSA juga berbangga dengan sikap Pesuruhjaya PAS Selangor dan Yang Dipertua PAS Shah Alam kerana masing-masing mampu menterjemahkan sikap matang dan berlapang dada yang patut menjadi contoh kepada keseluruhan ahli di dalam menerima keputusan Jawatankuasa Tatatertib ini. Sikap keterbukaan dan berlapang dada sahaja mampu meredakan segala kegusaran dan rasa tidak selesa terhadap sesuatu keputusan.

DPPSA memahami kesukaran Lembaga Disiplin yang terpaksa menangani kes rumit ini yang mana ianya memang jarang berlaku dalam parti PAS sebelum ini. Atas kapasiti itu adalah mustahil untuk lembaga disiplin memuaskan hati semua pihak dalam keputusannya. Namun kita amat meyakini lembaga disiplin telah berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka sebaik mungkin.

DPPSA juga melihat bagaimana kedudukan YB Khalid dan YB Datuk Hassan Ali sebagai individu baru dalam konteks kemenangan.

PAS baru mengecapi erti kemenangan di Selangor dan masing-masing sedang belajar untuk mengurus kemenangan tersebut. Sebagaimana kami Dewan Pemuda PAS Shah Alam juga baru dalam memahami rentak mengurus kemenangan ini. Jesteru dalam meniti proses ini ada masanya akan berlaku kesilapan dan perlu diperbetulkan agar kesilapan tidak berulang. Janganlah dilihat kesalahan ini terlalu besar sehingga tidak boleh dimaafkan. Malang lagi kalau masih ada yang terus membesar-besarkan kesalahan ini. Sampai bila pun penyelesaian tidak akan terlaksana.

DPPSA menyeru agar kes ini menjadi suatu pengajaran berguna untuk kita memperkukuhkan saf dan mara dengan lebih tersusun untuk mengisi kemenangan dan seterusnya menjadi benteng pertahanan Pakatan Rakyat di Selangor ini. DPPSA menekankan bahawasanya TARBIAH wajib diperkasakan agar dapat dipastikan ahli-ahlinya berkualiti. Kes ini hanyalah secebis kes dalam asam garam berjuang. Akhirnya nanti PAS akan terus utuh sebagai parti matang yang mampu menerajui pentadbiran Malaysia.

DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM

2 Komen:

Ibnu Shariff said...

DPPSA tak faham apa yang berlaku, walaupun berada di Shah Alam, pemimpin yang go against keputusan muktamar diberikan amaran ? Pemimpin kamu sendiri digantung, kamu kata OK ? Saya malu membaca pendirian rasmi DPPSA jika dibandingkan dengan kenyataan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang.

Anonymous said...

Ye la..nampak gayanya tuan ibnu shariff sorang je yang faham ape yang berlaku..orang lain semua tak faham..pimpinan tak faham..semua lah tak faham...tuan sorang je faham... Pening organisasi kalau semua ahli macam tuan..buat tu tak betul buat ni tak betul.....

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]