inilah politik umno : Putrajaya setuju perkataan Allah diguna di Sabah, S'wak

Saturday, January 16, 2010
Setelah mereka mengajak rakyat bersama mereka untuk membuat kekacauan di merata tempat, akhirnya inilah pendirian ketua-ketua mereka... Kita tunggu dan lihat masih adakah tali barut UMNO yang akan bangkit menentang keputusan ini..Atau akan diadakan forum-forum untuk menghalalkan perkara yang pernah mereka sendiri haramkan. Pendirian PAS dalam hal ini amat jelas. bahkan menurut YB Khalid Samad pendirian Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah paling tepat dan mungkin kerajaan UMNO cuba mengambilnya sebagai penyelesaiannya setelah gagal mengawal kemarahan yang semakin memuncak. Pendiran Tuan Guru penggunaan kalimah tersebut harus namun disebabkan faktor keadaan setempat yang tidak sesuai maka wajarlah dibenarkan hanya di sabah dan Sarawak dan tidak di semenanjung.


Namum hari ini kita lihat betapa UMNO, demi kepentingan politik mereka sanggup menolak ketepi pandangan ahli bawahan mereka yang mahukan kalimah Allah adalah ekslusif di Malaysia (Semenanjung & Sabah Sarawak). Satu lagi sandiwara UMNO terdedah....

Berita asal dari Malaysiakini : 
Selepas beberapa bulan tercetus isu penggunaan perkataan Allah oleh bukan Islam, kerajaan BN nampaknya bersetuju kalimah suci tersebut digunakan di Sabah dan Sarawak.

Penganut Kristian di Malaysia Timur boleh terus menggunakan kalimah tersebut bagi terjemahan 'God' dalam cetakan bahasa Malaysia, kerana mereka telah menggunakannya sejak 300 tahun yang lalu.

parliament gobind singh ban over nazri mistake 251108 04Kerajaan persekutuan bagaimanapun masih tidak bersetuju penganut Kristian di Semenanjung menggunakan perkataan Allah walaupun dalam cetakan bahasa Malaysia.

Rakyat Sabah dan Sarawak yang tinggal di Semenanjung mesti menghormati larangan tersebut.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (kiri) dalam satu wawancara eksklusif dengan lima wartawan daripada Borneo Post, Utusan Borneo and Oriental Daily.

Katanya, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang berhubung isu tersebut kerana ia sudah menjadi tradisi mereka di sana.

Nazri berkata, beliau pernah menyaksikan upacara sembahyang di sebuah gereja kaum Iban dan mendengar perkataan Allah disebut di situ.

Ditanya mengapa perlunya dua peraturan mengenai penggunaan perkataan Allah, beliau berkata ia bukan satu amalan yang unik kerana Malaysia juga mempunyai dua undang-undang bagi perkara yang lain juga, contohnya, mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

Menurut Nazri, situasi di Semenanjung berbeza kerana perkataan Allah hanya mula diperkenalkan dalam penerbitan dan upacara sembahyang penganut Kristian beberapa tahun yang lalu.

Katanya, umat Islam di Semenanjung Malaysia tidak dapat menerimanya kerana perkataan Allah tidak pernah digunakan untuk tujuan penyebaran, sehinggalah baru-baru ini.

Oleh itu, katanya, mereka mempersoalkan motif di sebalik penggantian perkataan Tuhan dengan perkataan Allah.

Menurut Nazri lagi, Perlembagaan Persekutuan juga menegaskan bahawa agama lain tidak boleh disebarkan di kalangan masyarakat Melayu-Islam dan ia telah digubal di semua negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.

Oleh itu, katanya, ia tidak termasuk Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Katanya, di negeri-negeri tersebut, bagi melarang penggunaan Allah dilaksanakan, menteri dalam negeri boleh menggunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk menguatkuasakannya.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]