kera dihutan disusukan : Rosmah jemput pelajar New Delhi sertai Permata Pintar

Friday, January 22, 2010
NEW DELHI 21 Jan. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menjemput pelajar-pelajar di New Delhi School, sebuah sekolah untuk pelajar-pelajar cemerlang di sini menyertai program Permata Pintar yang dicetuskan oleh beliau di Malaysia.
Dalam lawatannya ke Delhi Public School di sini, beliau berucap kepada 300 pelajar dan guru sekolah itu juga memaklumkan akan memanjangkan jemputan yang sama kepada pelajar-pelajar di negara lain.
Menjawab soalan seorang pelajar mengenai program itu, Rosmah berkata, Permata lahir atas sifat keibuannya yang mahu melihat generasi hari ini tidak dipersia-siakan.
Beliau yang berkongsi pengalaman mengenai perkembangan Permata Negara dan Permata Pintar memberitahu, program Permata telah diperkembangkan dengan kewujudan Permata Seni Muzik dan Permata Seni Koir.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
New Delhi School menempatkan pelajar cemerlang dalam lingkungan umur 3 hingga 17 tahun.
Rosmah juga menegaskan, adalah penting generasi muda di dunia ini berinteraksi dan memahami antara satu sama lain yang berbeza budaya, fahaman dan cara hidup.
''Semangat saling hormat menghormati dan bekerjasama perlu diterapkan dalam diri kanak-kanak tanpa mengenal batas sempadan, budaya, agama dan cara hidup bagi memastikan dunia akan terus aman dan terpelihara," katanya.
Beliau juga menekankan perlunya diadakan interaksi dan dialog untuk golongan kanak-kanak dari seluruh dunia agar mereka dapat membincangkan langkah-langkah bagi memastikan kesempurnaan hidup mereka pada masa akan datang.
Rosmah turut mencadangkan supaya diadakan pertandingan koir kanak-kanak peringkat antarabangsa. - UTUSAN

1 Komen:

Anonymous said...

Mak Kera Siapa Pula?

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]