Kondusif: Selangor sesuai untuk melabur

Thursday, January 21, 2010
Ismail Hashim   
SHAH ALAM, 20 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan suasana kondusif di negeri ini sesuai untuk kelangsungan yang terbaik dalam medan ekonomi bagi setiap pelabur.
Menurutnya, Selangor masih mampu berjalan dengan baik meskipun di sana terdapat kekangan birokrasi yang berat namun dengan kerjasama pasukan yang terlatih dan tegap, semua itu dapat dihadapi dengan sebaik-baiknya.
“Sebagai contoh, belanjawan untuk tahun ini dibuat dalam keadaan Selangor memiliki wang itu dan masih mempunyai wang yang banyak untuk dibelanjakan demi kebajikan dan faedah rakyat keseluruhannya,” tegasnya.
Beliau berkata demikian dalam Taklimat Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Dan Perbincangan Dengan Chinese Chamber Of Commerce And Industry Of Kuala Lumpur And Selangor (KLSCCCI) yang diadakan di Bilik Gerakan negeri, di sini, petang ini.

Majlis itu dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Selangor, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Selangor, Teresa Kok.
Rombongan lebih 20 wakil itu diketuai oleh Presiden KLSCCCI, Tan Sri William Cheng Heng Jem yang disertai sama timbalannya, Ter Leong Yap, dua naib presiden, Datuk David Chua dan Sung Siew Thong dan setiausaha agung kehormat, Michael Chai Woon Chew.
Turut sama adalah Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Industri, Undang-undang, Kebajikan, Pelajaran dan Budaya, Modal Insan, Pertanian dan Industri Sederhana, Teknologi Maklumat, Hartanah dan Pembinaan, Hubungan Awam, Setiausaha Eksekutif dan tiga pegawai lain.
Abdul Khalid menyatakan rasa gembiranya dengan lawatan yang dibuat oleh pihak KLSCCCI pada hari ini kerana banyak perkara dalam hubungan kerjasama kedua-dua belah pihak boleh dijalinkan dengan jayanya.
Ketika berucap balas, Tan Sri William mengucapkan terima kasih atas penerimaan baik oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor dan memberitahu satu rombongan dari Negara China akan datang ke negeri ini pada Mac depan.
Sehubungan itu, Khalid menyatakan layanan untuk mereka akan disediakan oleh pihak kerajaan negeri dengan sebaik-baiknya.

0 Komen:

Post a Comment


ADUAN MASALAH

Nama
Emel
Telefon
Aduan
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

HANTAR ARTIKEL

Tajuk
Pengirim
Artikel
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]

DAFTAR DENGAN DEWAN PEMUDA PAS SHAH ALAM


Sila Isi Maklumat dibawah untuk mendaftarkan diri anda secara online dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan Shah Alam. Khidmat anda amat diperlukan bagi memperteguhkan perjuangan yang mulia ini.
Nama
Emel
Alamat (R)
Alamat (P)
Telefon
Status
Perancangan
Blog/Website
Image Verification
captcha
Sila Masukkan Teks dari Imej Di Sebelah: [ Refresh Image ] [ What's This? ]